Friday, May 22, 2009

INISIATIF PEMODENAN DAN TRANSFORMASI PENTADBIRAN AWAM BAGI MENINGKATKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KERAJAAN

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah mengeluarkan satu pekeliling mengenai Inisiatif Pemodenan dan Transformasi Pentadbiran Awam sebagai langkah proaktif bagi merealisasikan proses Pemodenan dan Transformasi Pentadbiran Awam Negeri Sabah bagi mencapai Visi Perkhidmatan Awam Negeri iaitu "Ke arah Perkhidmatan Awam Kelas Pertama menjelang 2015".

Sejajar dengan pelaksanaan inisiatif Pemodenan dan Transformasi Pentadbiran Awam oleh pentadbiran Persekutuan yang menjadi teras kepada inisiatif meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan, dan sebagai lanjutan kepada Gerakan Budaya Kerja Cemerlang yang telah di perkenalkan sejak tahun 1990, semua kementerian dan agensi Kerajaan Negeri adalah di kehendaki melaksanakan inisiatif-inisiatif Pemodenan dan Transformasi Pentadbiran seperti berikut :-

  1. Menerapkan Komitmen Perkhidmatan Awam dengan penekanan kepada penyediaan Perkhidmatan Awam Kelas Pertama selaku Visi baru Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Visi Perkhidmatan Awam Negeri ini akan tetap mendokong Visi Negeri Sabah iaitu "Menjadikan Negeri Sabah Sebuah Masyarakat Madani, Berilmu dan Makmur".
  2. Mengoperasikan perkhidmatan awam ke arah "Satu Perkhidmatan, Satu Penyampaian, No Wrong Door Policy" sebagai Mantra Perkhidmatan Awam dengan matlamat menginstitusikan perkhidmatan berkualiti berteraskan pelanggan di semua kementerian, jabatan/agensi dan PBT. Melalui mantra tersebut, identiti tunggal kerajaan sebagai "Satu Kerajaan Pelbagai Agensi" dapat di realisasikan di. mana agensi kerajaan di lihat sebagai satu entiti yang bersepadu, terselaras dan mesra pelanggan, pelanggan dapat berurusan melalui pelbagai saluran perkhidmatan, dan pelanggan mendapat kepuasan melalui tindakan pro-aktif anggota perkhidmatan awam.
  3. Bagi merealisasikan konsep "Satu Kerajaan Pelbagai Agensil" secara lebih efektif pula, usaha berterusan hendaklah di jalankan untuk memperbanyakkan lagi saluran-saluran elektronik di bawah agenda Kerajaan Elektronik (E-Govt.) Negeri Sabah sebagai teras utama Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan masa kini. Oleh itu, kemudahan online' sama ada untuk pertanyaan, bayaran atau permohonan untuk sesuatu perkhidmatan Kerajaan hendaklah di wujudkan khususnya bagi perkhidmatan utama dan kritikal.
  4. Sebagai menjamin tahap keselamatan ICT pula, Penilaian Tahap Keselamatan (Security Posture Assessment) atau ringkasnya SPA dalam semua projek ICT Kerajaan juga perlu di wujudkan bagi mengelak berlaku kebocoran maklumat dan gangguan sistem atau .hacking' oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dengan adanya SPA, maka kelemahan dan kerentanan (vulnerabilities) dalam sistem dan aplikasi ICT dapat di kenalpasti dan di atasi sewajarnya. Semua kementerian dan agensi kerajaan di minta mengambil perhatian serius terhadap isu security risk' terutama melibatkan maklumat sensitif kerajaan serta mengambil tindakan sewajarnya ke arah meningkatkan lagi tahap keselamatan ICT di organisasi masing-masing.
  5. Bagi memastikan kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan dan pengurusan organisasi masing-masing dan menjadi Organisasi Cemerlang, maka penarafan melalui Sistem Star Rating (SSR) juga akan di laksanakan. Bagi mengupayakan organisasi Kerajaan melaksanakan pemodenan dan transformasi pentadbiran awam dengan berkesan, maka ketetapan telah di ambil agar pemantapan aspek dalaman organisasi melalui pelaksanaan "5S" dan lain-Iain kriteria mengikut keperluan Program Kebersihan dan Keindahan Pejabat Kerajaan, Kawasan Bandar dan Tempat Awam turut di utamakan. Selain itu, pelaksanaan MS ISO dan Key Performance Indicator (KPI) juga diberi kepentingan sebagai mengukur keupayaan dan tahap pencapaian kualiti dan akauntabiliti organisasi Kerajaan.
  6. Bagi memacu Perkhidmatan Awam kehadapan sesuai dengan Visi 2020, Pelan Transformasi Sektor Awam dengan Visi ke arah pencapaian World Class Public Service by the Year 2015", dan dengan Misi "To Enhance National Competitiveness Through Efficient Public Service Delivery" juga akan di terimapakai pelaksanaannya dalam pentadbiran awam Negeri Sabah. Sehubungan itu, sebagai langkah awal, semua organisasi Kerajaan adalah di kehendaki merangka dan membangunkan halatuju strategik masing-masing dan menyediakan Pelan Strategik organisasi ke arah pewujudan Perkhidmatan Awam Kelas Pertama di samping memperkasakan lagi daya saing negara.

2 comments:

Unknown said...

saya ingin melihat saudara menulis tentang isu sosial dan politik untuk jadi rujukan saya.. saudara mempunyai pengetahuan yg cukup luas mencakupi semua bidang kehidupan.

1SEMPORNA said...

Saudara Musli, terima kasih kerana meminta saya untuk menulis isu sosial dan politik. Memang adalah menjadi cita-cita saya untuk menulis apa sahaja perkara yang saya mempunyai maklumat yang cukup mengenai sesuatu isu untuk saya tulis untuk maksudk dikongsi bersama dengan sesiapa sahaja yang mengunjungi laman blog kendelian saya, tetapi sehingga masa ini, saya masih lagi tidak dapat merealisasikannya kerana "masa diperuntukan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai perkhidmatan awam" telah mengganggu hasrat saya untuk merealisasikan minat atau hobi saya sebagai mana yang saudara Musli maksud. Setelah berkunjung ke daerah Semporna saya macam terpanggil untuk buat lagi satu blog, maka setiba sahaja saya di rumah di kk, maka saya ON kan PC dirumah kami dan saya daftar dan aktifkan sebuah lagi blog mungkin khusus untuk Daerah Semporna bertajuk 1SEMPORNA. Saudara dijemput untuk memberi info mengenai 1st "posting" dalam blog 1SEMPORNA berkenaan tajuk : NOSTALGIA DISEBALIK MENGUNJUNGI "PILOT PROJEK SK BERPUSAT DI PULAU BUM-BUM, SEMPRNA".