Saturday, July 5, 2008

MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL DAN KEDUDUKANNYA MENURUT PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Posted by syafiqe on March 22, 2008

Oleh: MOHAMAD SYAFIQE BIN ABDUL RAHIM

PENGENALAN

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.

Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.

Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan.[1]

APA ITU KONTRAK SOSIAL?

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.[2] Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.[3]

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.[4] Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak.[5] Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.[6] Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.[7] Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.[8] Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu (yang lain).[9]

Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:

“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbua oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.” [10]

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum.[11] Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian:[12]

“Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu”

Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan.[13] Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:

KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih dianggap sebagai raja yang berdaulat[14] dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri masing-masing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti dengan British untuk menerima penasihat British.

Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan.[15] Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.[16]

Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri.[17] Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan[18] dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.[19]

Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan[20] boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.[21]

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan (imunity) raja. Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.[22]

Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri.[23]

Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.

Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut;

Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.[24] Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.[25]

Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.[26]

Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak.[27] Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.[28]

KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia.

Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”[29]

Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.[30] Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam.[31]

Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.

Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:

a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri

b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan

c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu.[32] Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2).

BAHASA MELAYU

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.

Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:

“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju”[33]

Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa-

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.[34]

--------------------------------------------------------------------------------

[1] Nazaruddin Mohd Jalil et.al (2001) “Pengajian Malaysia:Kenegaraan dan Kewarganegaraan“, Petaling Jaya : Prentice Hall, hal. 151

[2] Syed Ahmad Hussein(1994), Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur : USM, hal. 189

[3] Ibid.

[4] Lihat dalam Kamus Dewan

[5] Ibid.

[6] Ibid.

[7] Mohamed Jauhar Hassan, “Keadilan Sosial dan Hubungan Kaum dalam Konteks Masyarakat Yang Berubah” dalam Keadilan Sosial, Azizan Bahari dan Chandra Muzaffar (edi.) (1996), Kuala Lumpur : Institut Kajian Dasar, hal. 147-148

[8] Ahmad Mohd Ibrahim (Prof. Tan Sri Datuk), “Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam dalam Perlembagaan Malaysia“, dalam Seminar Persidangan Pemerintahan Islam, anjuran IKIM pada 17 dan 18 Ogos 1995

[9] YAM Sultan Azlan Shah, “The Role of Constitutional Rulers in Malaysia” dalam The Constitution of Malaysia Further Perspectives and Development, F.A Trindade dan H.P. Lee (ed.) (1998), Singapura : Oxford University Press, hal. 78

[10] Malaya Merdeka, 26 April 1956

[11] Mohamed Suffian Hashim (1984), Mengenal Perlembagaan, (terj.) Abdul Majid Abd. Latiff dan Ridzuan Omar, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 24

[12] Ibid, hal. 251

[13] Abdul Aziz Bari, “Perlembagaan sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-Nilai asal Negara” dalam Kongres Sejarah Malaysia II, 26-28 November 1996

[14] Lihat misalnya dalam kes Mighell lwn Sultan Johor [1894] 1 QBD 149

[15] Salleh Abbas (1997), Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 39

[16] Abdul Aziz Bari, “Institusi Ketua Negara, Ketua Negeri dan Majlis Raja-Raja” dalam Perkembangan Undang-Undang Persekutuan Malaysia, Ahmad Ibrahim et.al (1999), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 43

[17] Perkara 39 dan 40

[18] Perkara 41

[19] Perkara 44

[20] Perkara 159(5)

[21] Perkara 38(4)

[22] Perkara 18(1) yang asal, yang memberi imuniti raja secara mutlak telah dipinda pada 1992. Akibat pindaan ini, raja boleh didakwa tetapi perbicaraan ke atasnya hanya boleh dijalankan dalam Mahkamah Khas. Lihat juga Perkara 182 dan 183

[23] Nazaruddin Hj Mohd Jali, op. cit., hal. 181

[24] Salleh Abbas, op. cit., hal. 54

[25] Ibid.

[26] Nazaruddin Hj Mohd Jali, op. cit.

[27] Salleh Abbas, op. cit., hal. 55

[28] Ibid.

[29] Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan

[30] Salleh Abbas (1986), Traditional Element of Malaysia Constitutions : Its Development 1957-1977, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 3

[31] Ahmad Ibrahim 1987), “Islam and Constitutions” dalam Kertas Kerja Persidangan The Malaysia After 30 Years, Kuala Lumpur : Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya

[32] Perkara 12(2)

[33] Perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957

[34] Salleh Abbas, op.cit., hal. 52

This entry was posted on March 22, 2008 at 7:49 am and is filed under Isu Perundangan, Isu Semasa. . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

MALAYSIA DAN DUNIA YANG TIDAK MENENTU

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at July 3, 2008 11:38 AM

1. Kerajaan Malaysia nampak seolah-olah tidak risau dengan keadaan dunia yang tidak menentu.

2. Kerajaan nampak begitu yakin bahawa ia dapat mengasingkan dan mempertahankan negara daripada apa sahaja kejadian yang berlaku di dunia.

3. Kerajaan nampak yakin yang negara tidak akan merasai apa-apa kesan.

4. Kerajaan hanya bertindak terhadap apa jua situasi yang bangkit berasingan dan satu persatu.

5. Media arus perdana tidak menyentuh kekusutan yang dihadapi dunia. Jauh sekali analisa yang mendalam dibuat. Hanya Malaysian Business pernah bertanya apakah kita bersedia menghadapi kekucaran yang sudah tentu akan membawa kerosakan dan masalah kepada ekonomi, kewangan politik dan kehidupan sosial kita. Yang lain-lain nampaknya tidak sikitpun merasa khuatir. Jelas sekali rakyat tidak disediakan untuk menghadapi apa-apa kemungkinan.

6. Benarlah nasib kita jauh lebih baik berbanding banyak lagi negara lain. Apabila kos meningkat dan eksport barang buatan merosot, komoditi kita menyelamatkan kita. Pendapatan daripada eksport daripada petroliam dan gas, minyak kelapa sawit, getah dan timah telah jauh meningkat.

6. Kenaikan harga petrol dan barangan telah membawa kesan kepada kehidupan kita dan taraf hidup kita.

7. Kita keluarkan lebih kurang 650,000 tong (minyak mentah) sehari, menggunapakai 400,000 dan eksport lebih kurang 250,000 tong. Dulu kita menjual pada kadar 30 Dollar Amerika satu tong; hari ini kita memperoleh 140 Dollar Amerika, hampir semuanya keuntungan. Cubalah kira perolehan daripada 250,000 tong sehari untuk setahun.

8. Selain itu kita juga keluarkan gas bersamaan 900,000 tong yang kebanyakannya di eksport. Tak perlu kita ambil kira minyak yang dikeluarkan di Sudan dan lain-lain tempat yang dijual pada kadar lebih 100 Dollar Amerika.

9. Tetapi kita juga memperoleh pulangan yang lebih banyak daripada minyak kelapa sawit. Dulu kos pengeluaran RM600 setiap tan. Mungkin ianya telah naik sedikit. Tetapi satu tan minyak kelapa sawit dulu dijual dengan harga RM800. Sekarang ianya dijual lebih RM3,000. Sudah tentu syarikat-syarikat perladangan membuat duit yang banyak. Mereka ketawa besar meluru ke bank.

10. Tetapi harga getah dan bijih timah juga telah naik mendadak.

11. Bagi Kerajaan ianya bermakna kenaikan pendapatan cukai yang tinggi. Keuntungan daripada petroleum adalah 100% hak Kerajaan. Pada tahun 2006 apabila harga minyak sekitar 70 Dollar Amerika keuntungan sebelum cukai Petronas berjumlah 60 billion Ringgit.

12. Walaupun cukai pendapatan korporat syarikat pembuatan adalah minimal, pendapatan cukai korporat daripada syarikat-syarikat pengeluar dan pengeksport minyak kelapa sawit, getah dan timah amat tinggi. Jika kita lihat keuntungan syarikat-syarikat hari ini, banyak yang mencatat lebih satu bilion setahun, sesetengah mencecah lebih tiga bilion.

13. Oleh itu Kerajaan seharusnya mempunyai banyak wang. Tetapi syarikat-syarikat yang tidak terlibat dalam pengeluaran bahan mentah tidak mungkin begitu berjaya. Bahan mentah yang diimport termasuk minyak dan komponen kesemuanya mengalami peningkatan harga. Mereka terpaksa menaikkan harga export serta harga dalam negeri tetapi keuntungan mungkin kurang.

14. Syarikat-syarikat pembinaan terpaksa berkongsi hanya beberapa kontrak di antara mereka. Projek-projek besar Kerajaan tidak berjalan. Sub-kontraktor dan pembekal bahan binaan juga tidak begitu maju.

15. Syarikat-syarikat pembinaan yang besar telah berhijrah ke luar negara. Sesetengahnya berjaya tetapi mereka tidak boleh membantu sub-kontraktor Malaysia kerana sub-kontraktor tempatan lebih layak mendapat kontrak.

16. Pelabur Malaysia juga tidak melabur dalam negara. Mereka punyai pilihan baik untuk mengaut untung dengan melabur di negara-negara seperti China dan Vietnam. Mereka akan bayar cukai di negara-negara ini.

17. Sementara itu dunia sedang berhadapan kelembapan ekonomi dan kewangan. Ianya bermula dengan penyusutan nilai Dollar Amerika. Saya tidak tahu berapa banyak bon Dollar Amerika yang dipegang Malaysia. Saya ingat yang saya telah memberitahu Gabenor Bank Negara supaya dikurangkan pegangan Dolar Amerika sebelum saya bersara. Saya harap dianya telah berbuat demikian. Jika tidak kita akan kerugian 80 sen Malaysia untuk setiap satu Dollar Amerika yang kita pegang. Dan apabila kita pegang 30 atau 40 billion Dollar Amerika kerugian boleh jadi agak besar.

18. Kita mungkin akan dapat keuntungan daripada pegangan matawang lain yang telah meningkat berbanding Ringgit.

19. Dollar Amerika akan susut lagi disebabkan tindakan dan permainan wang yang tidak sihat. Pinjaman sub-prima dulu dianggap menguntungkan tetapi sekarang ini penjualan kertas pinjaman sudah jatuh. Kertas pinjaman yang biasanya dibeli institusi-institusi kini tidak lagi berharga kerana tidak ada pihak yang ingin beli. Dan peminjam tidak dapat bayar kerana mereka tidak ada duit.

20. Amerika Syarikat yang dahulunya mengutuk kita kerana menyelamatkan syarikat-syarikat kita sekarang ini membenarkan "bail-out" secara besar-besaran oleh Institusi dan Bank Simpanan Persekutuan yang melibatkan jumlah di antara US200 bilion hingga US400 billion.

21. Penjualan Bear Stearns menakjubkan, tetapi bank-bank lain juga tidak punyai prestasi yang baik. Mereka akan terpaksa jual lelong sebagaimana bank-bank di Asia Tenggara terpaksa dijual setelah dibankrapkan penyangak matawang. Meludah ke langit terkena muka sendiri! Seharusnya ini memberi kesan kepada orang kaya dan negara-negara kaya yang bongkak.

22. Masalah kewangan Amerika Syarikat telah melimpah ke Eropah. Mereka juga terlibat dalam pinjaman sub-prima, secara langsung atau tidak langsung.

23. Dolar Amerika akan susut lagi apabila negara-negara lain menjual simpanan Dolar mereka, menolak pembelian bon Dolar Amerika dan menggunakan matawang lain bagi urusan perdagangan. Pengeluar minyak mungkin akan menuntut dibayar dalam matawang mereka sendiri. Ini akan menyebabkan rejim kewangan antarabangsa lumpuh.

24. Dollar Amerika tidak disokong oleh apa-apa. Ia mempunyai nilai hanya kerana ianya digunakan sebagai matawang dagangan. Apabila negara-negara menggunakan matawang lain bagi urusan dagangan dan melepaskan pegangan Dollar Amerika dan diganti dengan Euro atau Yen; apabila Dollar Amerika tidak lagi digunakan sebagai matawang simpanan negara-negara kaya, maka Dolar Amerika tidak akan bernilai sama sekali.

25. Amerika Syarikat kini menghadapi defisit berkembar. Apabila Dollar tidak lagi bernilai Amerika Syarikat akan menghadapi kemelesetan ekonomi. Percetakan berlebihan duit oleh Bank Simpanan Persekutuan (yang tidakpun dimiliki oleh Kerajaan tetapi oleh Bank-bank lain) hanya akan menyebabkan penyusutan nilai serta inflasi di Amerika Syarikat.

26. Amerika Syarikat akan alami kemelesetan ekonomi yang teruk (Saya pasti yang Amerika Syarikat akan lakukan sesuatu yang menyalahi aturan peraturan untuk mengelak daripada ini berlaku). Apapun, kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat akan dirasai seluruh dunia.

27. Satu lagi yang tidak pernah berlaku untuk jangkamasa yang amat lama ialah dunia sedang mengalami kekurangan makanan.

28. Saya tidak akan berkata apa-apa tentang dunia kerana semua orang tahu dan saya juga tahu yang saya ini bukanlah pakar ekonomi atau kewangan. Tetapi saya akan cuba teka apa yang akan terjadi kepada Malaysia.

29. Dua puluh empat peratus eksport negara kita adalah ke Amerika Syarikat. Sudah tentu pasaran ini tidak mungkin dapat menerima semua yang kita hendak jual kepada mereka. Kita tidak akan kehilangan semua tetapi kita akan kehilangan jumlah yang agak besar.

30. Ekonomi negara-negara maju juga akan turut alami kemelesetan, mungkin kurang daripada Amerika Syarikat. Tetapi eksport kepada mereka juga akan susut.

31. Dengan sumber kewangan daripada eksport minyak dan pendapatan daripada lain-lain bahan mentah kita telah berjaya mengekalkan subsidi untuk seberapa lama. Tetapi harga bahan api dan barangan lain akan meningkat jauh lebih tinggi daripada peratusan kenaikan harga minyak selepas ditarik balik subsidi. Ini akan menjadi lebih teruk dengan kenaikan harga barang makanan, bijirin, bahan binaan dan pelbagai barangan import lain. Begitu juga dengan harga barangan buatan tempatan yang akan meningkat kerana mengandungi bahan-bahan yang diimport.

31. Tetapi Kerajaan masih lagi bercakap tentang kadar inflasi 5%-7%. Ini tidak membawa apa-apa makna kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terpaksa bayar 40% lebih tinggi untuk minyak dan 100% lebih tinggi untuk beras. Harga lain-lain keperluan juga telah meningkat lebih 5%-7%. Menghentikan kawalan harga kerana percaya yang pasaran akan menentukan harga adalah tidak bijak.

32. Salah satu sebab kenapa kadar inflasi Malaysia kekal rendah berbanding lain-lain negara membangun dan sesetengah negara maju ialah kerana kawalan harga ke atas barangan keperluan. Tanpa kawalan harga akan terdapat pengambilan untung yang berlebihan. Dan pengambilan untung berlebihan akan menyebabkan kadar inflasi naik tinggi.

33. Hari ini mereka yang makan gaji terutamanya terpaksa tanggung beban. Gaji tidak bertambah untuk mengimbang kenaikan kos sara hidup. Mengejar harga barang dengan menaikkan gaji akan menghasilkan peningkatan inflasi yang teruk, tetapi kenaikan yang beransur-ansur untuk mengimbang peningkatan kos akan mengurangkan kesan inflasi ke atas rakyat berpendapatan rendah.

34. Malaysia tidak boleh bertanding di atas landasan harga tenaga kerja yang rendah. Kita tidak boleh bersaing dengan China, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Kita mesti sediakan elemen-elemen lain untuk menarik pelabur.

35. Keyakinan dengan polisi Kerajaan yang tidak bertukar-tukar dan kestabilan politik adalah antara faktor yang menarik pelaburan. Ada banyak lagi yang boleh ditawar untuk mengimbang kenaikan kadar gaji. Kita mesti ingat yang banyak negara maju mempunyai kadar gaji yang amat tinggi. Jika kita gandakan gaji dan upah di Malaysia, ianya masih lagi jauh lebih rendah berbanding negara maju.

36. Kita telah merancang untuk menuju ke arah teknologi tinggi untuk meningkatkan pendapatan. Tetapi tidak banyak yang berubah di dalam mengimplimentasikan polisi ini. Malahan kita ingin berbalik kepada negara pertanian. Bercucuk tanam di tepi jalan mungkin akan tingkatkan pengeluaran makanan tetapi tidak akan membantu memerangi inflasi pada kadar yang kita perlukan untuk menangani kecelaruan di dunia.

Rujukan : http://test.chedet.com/che_det/2008/07/malaysia-and-a-world-in-turmoi.html

THE SOCIAL CONTRACT

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at June 30, 2008
(versi Bahasa Malaysia di akhir artikel ini)

1. There has been a lot of talk about a Social Contract in Malaysia.

2. Perhaps it would be useful if we understand this concept a little bit more before we argue about it.

3. If we care to look into the origins of the social contract we will find that it is a European concept enunciated by European philosophers. The most famous is Socrates, the Greek philosopher who was jailed and sentenced to death.

4. He refused to escape and migrate to another Greek city-state because he believed he was bound by a social contract to live by the laws of his state of Athens as he was born and brought up there, benefiting from the aforesaid laws.

5. Before this social contract, men were said to live in a State of Nature, where there was no law to govern the relation between individuals in a small primitive society. The law of the jungle prevailed where might was right.

6. As society grew it became necessary to have laws which govern the behaviour of members of the society. All citizens were committed to respect and submit to the laws. This understanding is in fact a social contract although there was no oral or written undertaking to respect and submit to the laws. This was the view of Socrates. Later philosophers enlarged on this concept but there was never a requirement for a formal contract.

7. The Greeks are said to practise a democratic form of Government. However the citizen who had the right to participate in Government were limited to male adults of sound mind. Women, children, slaves, captives, criminals and foreigners were not accorded the rights of citizens and could not play a part in Government.

8. Much of European civilisation is based on the Greek civilisation. But as society grew bigger, direct participation in Government by the people became impossible.

9. At one stage democracy was abandoned in favour of feudalism in which a monarch ruled by Divine Right. In Asia this had always been the form of Government. Nevertheless the submission of the subjects to the Monarch was also a form of social contract.

10. Later feudalism was replaced by republicanism i.e. a return to the public of the power of Government.

11. Numerous forms of republics have emerged, each with its own set of laws and rules regarding the government of the country. But whatever may be the form, the laws and the rules, the citizens are bound by them. There would be no written contract but for foreigners to accept the rights of citizenship, there would usually be a formal undertaking to submit to the laws and system of the Government of the country.

12. After becoming citizens their offspring would automatically be regarded as citizens and as citizens they need not swear a formal oath of allegiance to the country. This right is through jus sanguinis i.e. through blood relation.

13. But there can also be citizenship by being born in the country or jus soli. This can be provided for by the laws of the country.

14. But whether citizenship is gained through jus sanguinis or jus soli, the social contract still applies even though there is no formal oath taking.

15. What is clear is that a social contract is a general understanding on the part of a citizen to submit to and obey the laws and the institutions of the country. The social contract governs not just his relation with the country, its Government and its institutions but also his relationship with his fellow citizens.

16. After receiving comments on this I will talk about the Malaysian social contract and its effect on Malaysia.

*****

KONTRAK SOSIAL

1. Banyak yang diperkatakan berkenaan Kontrak Sosial di Malaysia

2. Mungkin ada baiknya kita cuba faham akan konsep ini sebelum kita berbahas dengan lebih lanjut.

3. Jika kita kaji asal usul kontrak sosial kita akan dapati bahawa ianya adalah satu konsep bangsa Eropah yang diketengahkan para falsafah Eropah. Yang termasyhur adalah Socrates, ahli falsafah berbangsa Greek yang telah dipenjarakan dan disabitkan hukuman bunuh.

4. Beliau enggan lari dan berhijrah ke bandar Greek yang lain kerana beliau percaya bahawa ia terikat dengan kontrak sosial untuk hidup berlandaskan undang-undang Athens di mana dianya dilahir dan dibesarkan dan mendapat manfaat daripada undang-undang tersebut.

5. Sebelum adanya kontrak sosial ini, manusia dikatakan hidup di dalam Keadaan Semulajadi, dimana tidak ada undang-undang untuk mentadbir perhubungan antara individu dalam masyarakat primitif yang kecil. Yang ada hanyalah undang-undang "belantara" dimana yang kuat selalunya benar.

6. Apabila masyarakat berkembang terdapat keperluan undang-undang bagi mentadbir perilaku sesuatu masyarakat. Setiap warganegara komited terhadap perlunya hormat dan akur pada undang-undang. Pemahaman ini merupakan kontrak sosial walaupun tidak terdapat apa-apa pengakuan untuk hormat dan akur terhadap undang-undang secara lisan mahupun bertulis. Ini pandangan Socrates. Para falsafah selepasnya memperluaskan konsep ini tetapi tidak pernah ada keperluan untuk kontrak secara formal.

7. Bangsa Greek dikatakan mengamalkan bentuk Kerajaan demokratik. Tetapi rakyat yang behak menyertai Kerajaan dihadkan kepada lelaki dewasa yang waras. Wanita, kanak-kanak, hamba abdi, tahanan, penjenayah dan warga asing tidak diberi hak sebagai warganegara dan tidak boleh memain peranan dalam kerajaan.

8. Sebahagian besar tamadun Eropah berasas kepada tamadun Greek. Tetapi apabila masyarakat berkembang besar adalah mustahil untuk mereka membuat penyertaan secara langsung didalam Kerajaan.

9. Pada satu peringkat, demokrasi ditolak dan sistem feudal diterima di mana raja memerintah dengan penuh hak ketuhanan. Ini merupakan bentuk Kerajaan yang terdapat di Asia. Bagaimanapun, ketaatan rakyat kepada Raja juga merupaka satu bentuk kontrak sosial.

10. Kemudian feudalisme digantikan dengan sistem republik iaitu mengembalikan kepada rakyat kuasa Kerajaan.

11. Pelbagai bentuk republik telah wujud, setiap satunya dengan undang-undang dan peraturannya tersendiri berkenaan kerajaan Negara tersebut. Walau apa pun bentuknya, undang-undang dan peraturan-peraturan, setiap warganegara terikat dengannya. Tidak ada kontrak bertulis tetapi bagi orang asing yang menerima hak warganegara, pada lazimnya akan ada perakuan formal untuk menturuti sistem dan undang-undang Kerajaan Negara itu.

12. Selepas menjadi warganegara, anak mereka akan secara automatik dianggap sebagai warganegara dan sebagai warganegara mereka tidak perlu bersumpah kesetiaan kepada Negara berkenaan secara formal. Hak ini adalah melalui jus sanguinis, iaitu melalui pertalian darah.

13. Kewarganegaraan juga boleh diperolehi dengan cara dilahirkan didalam Negara itu atau jus soli. Ini boleh disediakan oleh undang-undang Negara itu.

14. Samada kewarganegaraan diperolehi melalui jus sanguinis atau jus soli, kontrak sosial masih diguna pakai walaupun tiada pengakuan sumpah secara formal.

15. Yang jelas, kontrak sosial adalah kefahaman secara umum seseorang warganegara untuk menghormati dan akur kepada undang-undang dan institusi sesebuah negara. Kontrak Sosial ini tidak terhad kepada mengurus perhubungannya dengan negara, Kerajaan dan institusi, tetapi juga perhubungannya dengan rakan senegaranya yang lain.

16. Saya akan menulis berkenaan kontrak sosial dan kesannya terhadap Malaysia selepas menerima komen terhadap rencana saya yang ini.

Rujukan : http://test.chedet.com/che_det/2008/06/the-social-contract.html

Friday, July 4, 2008

PARLIMEN : Cadang adakan Kongres Ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR 3 Julai - Seorang penyokong kerajaan mencadangkan supaya Kongres Ekonomi Bumiputera diadakan bagi menangani masalah ekonomi yang dihadapi oleh golongan itu sekarang.

Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata, kongres itu penting bagi mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh bumiputera dalam meningkatkan ekonomi mereka.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kekayaan negara tidak dinikmati oleh semua rakyat menyebabkan berlaku kemiskinan, pemilikan ekuiti syarikat yang tempang dan pemilikan premis perniagaan untuk bumiputera amat tertinggal jauh iaitu hanya 15 peratus.

''Apakah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melihat dengan sebelah mata tentang kegagalan ini, mengapa dalam masa 11 tahun hanya 11 syarikat usahasama tulen di antara bumiputera dan bukan bumiputera dapat diwujudkan.

''Ini jelas menunjukkan bahawa usaha semua pihak untuk melaksanakan perkongsian ekonomi masih pada tahap sifar," katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad juga bertanya bagaimana Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan dapat memastikan keadilan dan kesaksamaan dinikmati bersama oleh 16.5 juta bumiputera, 6.2 juta kaum Cina, 1.86 juta kaum India dan 0.29 juta kaum lain.

Katanya, Malaysia sebenarnya tidak buntu idea bagi menambah kekayaan negara.

Beliau memberi contoh Kementerian Pertanian wajar berusaha habis-habisan untuk mengurangkan import makanan yang bernilai RM23.37 bilion pada tahun lepas.

''Sebanyak 50 peratus daripada jumlah import makanan ialah kopi, koko, teh, rempah, makanan ternakan, bijirin dan hasil tenusu yang kesemuanya boleh diusahakan dalam negara.

''Mari kita usahakan segera sendiri produk-produk ini, semakin kurang import maka semakin kaya dan semakin berdikari negara ini," katanya.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam meningkatkan eksport produk negara.

Katanya, dalam suku pertama tahun ini, jumlah eksport ialah RM55.8 bilion dan import RM44.3 bilion menjadikan imbangan perdagangan sebanyak RM11.5 bilion.

Beliau menjelaskan, import negara perlu dikurangkan agar kekayaan negara dapat dijana dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) melipatgandakan usaha untuk meningkatkan eksport.

Ahmad juga menegur pegawai-pegawai bertugas di Parlimen kerana memberikan cadangan jawapan standard, membosankan dan biasa seperti akan dikaji, belum ada cadangan serta tidak dapat dilakukan kerana tidak ada peruntukan.

Katanya, pegawai bertugas perlu mencadangkan sesuatu yang luar biasa kepada persoalan ahli Parlimen contohnya akan dilaksanakan, peruntukan ada dan esok akan dimulakan.

Beliau juga mempersoalkan ke mana perginya timbalan-timbalan menteri semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

''Sibuk sangatkah sehingga kami (ahli Parlimen) bercakap kepada kerusi-kerusi kosong yang tiada perasaan, ingatlah bahawa perbahasan di Dewan Rakyat ini adalah penting untuk mendengar pandangan-pandangan membina," katanya.

ARKIB : 04/07/2008
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0704&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_04.htm

Thursday, July 3, 2008

5 Causes of Rapid Aging

Comments Most people are aware that negative lifestyle habits like smoking and excessive alcohol can lead to rapid aging. But what about the repeated stress and poor nutrition that are so often a part of a high-pressure style of living today? Read on to see what could be causing rapid aging in your life.

1. Poor Diet
What you eat probably affects your health more than anything else you do. When you eat a poor diet—fatty, processed, or fried foods and simple sugars—you invite rapid aging by burdening your body with chemical additives and trans-fats and depriving your body of essential nutrients. On the other hand, when you eat the life-giving foods, you prevent disease and improve organ functioning.

In general, your diet should consist of a wide array of colors and balance of organic sources of lean protein, complex carbohydrates, whole grains, legumes, nuts, fruits, and vegetables. Numerous studies show that the different pigments in the skins of fruits and vegetables are powerful antioxidants that are crucial for maintaining health, preventing cancer, and protecting against environmental toxins.

Avoid fatty foods, processed or fried foods. Keep dairy to a minimum because most dairy products are high in saturated fat. Take candy, sugar, soda, and all simple sugars out of your diet. Excess sugar gets stored as fat in your body, which spells in weight gain—a sure path to cardiovascular disease, hypertension, and diabetes. You truly are what you eat, so eat well!

2. Unhappiness
Unhappiness does not only depress your mood, it also negatively affects your health. In fact, depressed, unhappy people are twice as likely to develop heart disease. And it has been confirmed that personality profile Type C—people that tend towards melancholy, depression, and excessive worry—are prone to develop cancer. Do not underestimate the power of your mind. Your experience is determined by the energy you embody, and in the end, it is your choice to have a negative perception or a positive attitude in reaction to life's breakdowns.

Years ago, I had the pleasure of working with the late Norman Cousins. His research showed that the mind has a powerful influence on many physiological functions, including the immune system. He found that an increase in immune killer cells that attack cancer occurred in cancer patients who experienced 30 minutes of deep belly laughter every day for twelve weeks. Laughter also increases the release of endorphins, compounds that give you a sense of well-being. Undoubtedly, joyful people liver longer and healthier lives.

3. Lack of Exercise
I have never met a healthy person or centenarian that lived a physically inactive life. Exercise is essential for a healthy metabolism, proper energy circulation, and the expelling of cellular wastes. Being overweight and inactive is a surefire path to rapid aging and a host of diseases. Cardiovascular exercise is the key to speeding up your metabolism, burning excess calories, and fighting body fat. Brisk walking, hiking, jogging, swimming, bicycling, stair climbing-the options are endless for cardio health! Exercise for 30 minutes at 60-80% of your MHR (You can find this number by subtracting your age from 220.) Regular exercise is also the key to preventing non-insulin-dependent diabetes, which is the fastest growing disease in industrialized countries throughout the world.

You can stave off rapid aging to your muscles, joints, and tendons by practicing exercises that extend your range of motion; some options include tai chi, qigong and yoga. Check out simple tai chi moves that you can learn easily in my book, Harmony Tai Chi by clicking here. Also, moderate load-bearing exercises are essential for bone density and muscle strength. Don't forget when you are exercising to always warm up and cool down properly to avoid injury.

4. Stress
Stress is a huge byproduct of our busy lives and it takes a tremendous toll on our health. Our body's "survival mode" gets turned on all too often these days. When you are experiencing stress, your body is programmed to go into fight-or-flight mode, a state that requires a lot of energy. Adrenaline is released from the adrenal gland, and it tells the body to convert stored sugar from the liver to glucose because the energy needs of the body increase substantially during the supposed fight-or-flight scenario.

Unfortnately, this scenario almost never plays out and the excess blood sugar that never got used ends up being stored as fat—inevitably resulting in weight gain. What's more, all of this stress continually depletes your body of its energy resources until it crumples under the overload, leading to adrenal exhaustion, a nervous breakdown, or a broken-down immune system.

To stay stress-free, remember to breathe deeply all day. And give yourself a break! You are a human, not a machine. Try taking a 15-minute powernap during your lunch break. If you only have 5 minutes to spare, just closing your eyes will release tension. Better still, consider taking up meditation, a great way to dissolve stress. To learn more about how to use meditation to decrease stress, click here.

5. Lack of Sleep
There's no way around it: the average adult needs seven to eight hours of quality sleep every night to maintain health. Consider that your immune system drops by an average of 60% after just three nights of poor sleep. Without sufficient "recovery time" each night, you will run your body down and wear out your life force, paving the way for disharmony and disease.

I hope you find the ways to live long and live strong! I invite you to visit often and share your own personal health and longevity tips with me.

May you live long, live strong, and live happy!

Dr. Mao
http://health.yahoo.com/experts/drmao/14737/5-causes-of-rapid-aging/

Tuesday, July 1, 2008

RENCANA : Strategi berkesan elak impak buruk ekonomi

Oleh Abdul Rahman Mahmud

DALAM dunia globalisasi, aspek ekonomi adalah langkah terpenting dalam usaha membangunkan sesebuah negara secara lestari. Oleh itu, apa saja krisis yang timbul dalam hal ekonomi akan menjejaskan misi melestarikan pembangunan. Kini, dunia sedang berhadapan dengan krisis inflasi global yang semakin meningkat. Kadar inflasi yang tinggi boleh membawa kesan buruk terhadap aktiviti ekonomi dan sosial sesebuah negara.

Kadar inflasi didorong kenaikan harga minyak di pasaran dunia kini amat sukar dibendung. Penganalisis ekonomi menjangkakan harga minyak dunia akan terus mencecah pada paras AS$200 dolar setong sehingga akhir tahun ini. Sehingga kini tiada sebarang petanda harga minyak akan turun.

Keadaan ini sekiranya tidak dibendung dengan langkah konstruktif sudah pasti akan membawa pelbagai masalah kepada keharmonian masyarakat dunia. Inflasi secara umumnya ditakrifkan sebagai kenaikan harga berterusan dalam tingkat harga umum. Harga umum bermaksud paras harga bagi keseluruhan barang dan perkhidmatan yang ada dalam sesuatu ekonomi pada sesuatu masa tertentu.

Krisis inflasi global yang berlaku kini, banyak didorong kenaikan harga minyak di pasaran dunia, sekali gus mendorong kepada kenaikan harga barang keperluan lain. Kenaikan harga barang berlaku disebabkan ada peningkatan kos pengeluaran dan pengangkutan yang amat bergantung kepada penggunaan minyak.

Masyarakat yang berpendapatan rendah di kawasan bandar dan luar bandar sudah tentu merasai keperitannya. Kenaikan harga barang keperluan akan mengurangkan kuasa membeli rakyat. Hanya mereka berpendapatan tinggi, mampu membeli barang berkualiti. Ini menyebabkan mereka yang berpendapatan rendah terpaksa memilih barang yang rendah kualitinya, sesuai dengan pendapatan mereka. Akibatnya kualiti hidup rakyat akan menurun dan keselesaan yang pernah dikecapi sebelum ini, kini seolah-olah akan berakhir.

Kenaikan inflasi secara berterusan juga amat membimbangkan kerana ia boleh menambah jumlah rakyat miskin di dunia. Seperti mana, yang pernah diungkapkan Indra Ghandi, iaitu kemiskinan adalah punca pencemaran yang paling besar.

Sebelum ini, Bank Dunia pernah menyatakan mengenai kenaikan harga makanan, dijangka menyebabkan 100 juta penduduk dunia jatuh dalam kategori kemiskinan melarat. Fenomena kenaikan harga makanan ini juga dijangka akan berlarutan sehingga 2015.

Selain itu, inflasi global juga boleh menjejaskan pembangunan dalam sektor ekonomi. Pembangunan aktiviti industri, perdagangan dan perkhidmatan akan menerima kesan langsung. Peluang pekerjaan mula menyusut dan kadar pengangguran semakin meningkat. Keadaan ini akan mendorong kepada tekanan hidup masyarakat yang dijangka membawa peningkatan terhadap gejala sosial. Tidak dapat dinafikan apa yang berlaku kini adalah impak daripada globalisasi ekonomi. Fenomena ini adalah satu ancaman besar terhadap kelestarian pembangunan sesebuah negara, wilayah dan dunia secara umumnya.

Namun timbul juga persoalan adakah konsep pembangunan lestari itu benar-benar diterapkan dalam proses pembangunan atau pun ia sekadar hiasan semata-mata. Tanpa mengira apa juga persoalannya, kita perlu melakukan ulangkaji terhadap apa yang sudah berlaku kini. Mengulangkaji dalam erti kata menilai semula impak globalisasi terhadap kelestarian pembangunan. Globalisasi bukan hanya memberikan kesan kepada ekonomi, malah mengheret masyarakat dunia ke kancah globalisasi kemiskinan.

Justeru, pembangunan lestari perlu dilihat dalam aspek menyeluruh. Elemen dalam pembangunan seperti ekonomi, sosial, budaya serta penggunaan sumber alam perlu diurus dalam ruang lingkup yang bersepadu dan bukannya dalam bentuk yang terpisah antara satu sama lain.

Strategi pembangunan lestari perlu diperkukuhkan dengan langkah berkesan untuk berhadapan dengan globalisasi. Dalam konteks negara kita, usaha mengukuhkan teras ekonomi rakyat perlu dipertingkatkan. Isu mengenai kenaikan harga barang perlu diatasi dengan cara berhikmah dengan pendekatan kelestarian.

Kebergantungan terhadap sumber asli tidak boleh diperbaharui seperti minyak perlu dikurangkan. Alternatif bagi menggunakan tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, dan ombak adalah langkah bijak yang perlu diusahakan dengan serius. Langkah kerajaan untuk mengadakan Dasar Tenaga Nasional dilihat wajar dan bertepatan pada masanya.

Usaha ke arah memperluaskan industri pertanian untuk bekalan makanan dalam negara adalah suatu langkah proaktif yang amat wajar dilaksanakan. Pengeluaran bekalan makanan dalam negara dapat mengurangkan import bahan makanan daripada luar yang kini mengalami peningkatan harga kos penghantaran dan pengeluaran.

Sebarang kegiatan untuk mengeksploitasi sumber asli seperti pembalakan hutan dan perlombongan secara besar-besaran perlu disekat dan dihentikan. Atas kepentingan ekonomi, sumber alam tidak sepatutnya dijadikan mangsanya. Kos memulihkan semula akibat kerosakan adalah lebih besar daripada nilai ekonomi yang dijana daripada kegiatan itu.

Di samping itu, peranan rakyat dalam mengamalkan gaya hidup mesra alam amat dituntut. Kini perubahan sikap dan amalan terhadap perbelanjaan perlu berubah. Pembaziran ketika membeli barang, perlu dielakkan. Konsep 5R + 1C, iaitu guna semula (reuse), kurangkan (reduce), kitar semula (recycle), fikir semula (rethink), baiki semula (repair) dan kompos (composting) perlu menjadi amalan dalam kehidupan. Amalan ini seharusnya bukan sekadar dilaksanakan pada peringkat rakyat, tetapi perlu juga diserapkan dalam pentadbiran organisasi kerajaan dan swasta.

Sesungguhnya isu ekonomi adalah ancaman globalisasi yang tidak mudah dielakkan. Kesan globalisasi ekonomi sudah diterima di kebanyakan negara di dunia. Negara kita juga turut menerima tempias daripada pusaran globalisasi yang memaksa penstrukturan semula subsidi dan tambahan belanjawan kepada RM230 bilion bagi Rancangan Malaysia Kesembilan.

Dalam menghadapi globalisasi ini, strategi berkesan menerusi pengukuhan teras ekonomi rakyat, mengurangkan kebergantungan kepada pasaran global serta perubahan sikap masyarakat adalah langkah terbaik dalam meneruskan agenda membangunkan negara secara lestari.

Penulis, lulusan Sarjana Kejuruteraan Alam Sekitar dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bio Proses kini bertugas sebagai Pegawai Kawalan Alam Sekitar.

RENCANA : Muslihat politik AS mewarnai hubungan Islam-Barat

Oleh Mohd Ayop Abd Razid

TESIS Samuel P Huntington menyebut bahawa konflik global abad ke-21 bertitik tolak kepada perbezaan budaya daripada tamadun yang berbeza. Huntington menyebut bahawa cabaran utama kapitalis Barat ialah Islam.

John Naisbit pula dalam bukunya Global Paradox menyebut dunia pada abad ke-21 ini akan dihadapkan dengan beberapa kecenderungan paradok. Beliau menyatakan arus ideologi baru berpengaruh mencipta konflik antara budaya dan agama.

Kenyataan itu nampaknya benar terutama selepas berakhir Perang Dingin antara Amerika Syarikat (AS) dan Soviet Union. Barat bimbang Islam akan menjadi ancaman pasca komunisme.


Selepas keruntuhan ideologi komunis, Barat yang diketuai AS melihat Islam bukan saja sebagai saingan, malah juga sebagai musuh yang mesti dihapuskan. Persepsi buruk ini menimbulkan apa yang dinamakan Islamophobia.

Islamophobia adalah masalah psikologi barat yang terbit hasil daripada tanggapan salah terhadap Islam. Tanggapan salah ini lebih kepada kejayaan propaganda dan dakwah jahat dimainkan media barat terhadap Islam.

Usaha jahat Barat ini dimulakan secara berterusan sejak kejayaan Revolusi Iran (1979) dan kebangkitan beberapa gerakan Islam. Tragedi 11 September menyemarakkan lagi propaganda jahat media Barat terhadap dunia Islam.

John L Esposito pernah menyatakan tragedi 11 September 2001 sudah mengubah hubungan konstruktif Islam dan Barat yang dibina sekian lama. Tragedi itu mengubah hubungan harmoni itu kembali menjadi tegang dan berkonflik.

Ia seolah-olah mengingat sejarah lalu ketika perang salib (crusade) yang mewarnai hubungan tegang Islam dan Barat. Justeru, tidak hairanlah tindakan AS memerangi Afghanistan, Iraq dan kini terus bermusuh dengan Iran dinilai oleh sesetengah pihak sebagai gerakan crusade moden memerangi dunia Islam.

Ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa insiden jelek dilakukan Barat yang dapat digambarkan sebagai penghinaan dan provokasi ke atas umat Islam. Terbaru ialah isu penghinaan al-Quran yang dilakukan tentera AS di Teluk Guantanamo, Cuba yang mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Sebenarnya terlalu banyak tindak- tanduk Barat, terutama selepas peristiwa 11 September yang memperlekeh Islam, meledakkan konflik antara Barat dan Islam. Kesombongan Barat yang gemar memprovokasi Islam dan beberapa tindakan mereka terhadap dunia Islam mengundang reaksi militan di kalangan beberapa kelompok gerakan Islam seperti al-Qaeda, Hizbullah dan Taliban.

Tentangan militan inilah yang dilabelkan sebagai tindakan ganas. Pertentangan Islam dan Barat juga banyak didasari oleh muslihat politik AS yang mahu memastikan sistem kapitalis dan demokrasi Barat kekal mendominasi sistem politik dunia.

Propaganda AS melalui agenda memerangi keganasan sebenarnya satu strategi jahat untuk memerangi negara umat islam yang tidak pro kepadanya. Ini jelas dalam kes serangan dan pencerobohan AS ke atas Afghanistan dan Iraq, AS juga nampaknya bersedia menggunakan kekuatan ketenteraan untuk berdepan Iran yang tidak mahu tunduk kepada tekanannya.

Jika ini berlaku, maka ia pasti memburukkan lagi konflik peradaban di antara Islam dan barat.

Propaganda jahat AS ini membentuk citra negatif Islam yang mendominasi pemikiran Barat. Secara psikologinya, ia membangkitkan ‘dendam masa lampau’ seperti yang pernah diungkapkan oleh orientalis, Montgomery Watt yang menyatakan Barat sudah lama menjadi ahli waris prasangka masa lalunya.

Di pihak Islam pula, kebimbangan timbul apabila Barat yang diketuai AS menampilkan wajah agresif mereka untuk mengekang kemunculan beberapa negara Islam yang dianggap mencabar kewujudan negara haram tajaan mereka iaitu Israel.

Justeru, campur tangan mereka di rantau Asia Barat dilihat sebagai usaha melemahkan beberapa negara umat Islam yang dilihatnya berpotensi mencabar dan menggugat Israel. Malah niat AS untuk menguasai minyak yang kebanyakannya berada di rantau teluk adalah sebagai usaha melemahkan kebangkitan kuasa Islam.

Gerakan Islam pula melihat kebanyakan pemerintah negara umat Islam bersifat tunduk dan pro-AS. Oleh itu, mereka bergerak sebagai satu kekuatan militan yang sanggup berdepan dengan kuasa Barat terutama AS.

Ini jelas dalam kes al-Qaeda, menentang kerajaan Saudi yang dianggap pro-Amerika. Begitu juga Taliban di Afghanistan. Tindakan mereka dijadikan alasan AS untuk masuk campur urusan politik di negara umat Islam yang dituduh menjadi pangkalan gerakan Islam seperti al-Qaeda.

Gerakan Islam yang dianggap militan menolak apapun yang berbau Barat. Tindak tanduk barat yang menampilkan wajah kolonialisme membimbangkan dunia Islam. Justeru, Barat seharusnya menilai semula tindakan agresifnya terhadap dunia Islam.

Dalam banyak hal, kejahilan Barat terhadap Islam yang dilihat berat sebelah menjadikan Islam mangsa ketidakadilan barat. Barat berkelakuan keterlaluan sehingga Islam dianggap sebagai musuh kepada tamadun manusia.

Barat juga cuba melupai sejarah bahawa Islam pada satu ketika dulu berjasa kepada tamadun Barat, khususnya dalam bidang ilmu. Pandangan konservatif kedua-dua pihak menjejaskan keharmonian dua peradaban ini, sekali gus menjejas masa depan peradaban global.

Justeru, usaha pihak tertentu untuk meneruskan dialog peradaban antara Islam dan barat patut disokong supaya kedua-dua peradaban ini dapat dilihat dalam bingkai dialektika peradaban kemanusiaan.

Prinsip dialektika peradaban itulah yang akan mampu mengembalikan keharmonian hubungan Barat-Islam kerana prinsip ini secara asasnya mengandaikan bahawa tidak ada satu peradaban yang universal dalam mempengaruhi tamadun global hari ini.

Untuk mencapainya Barat harus menghargai sumbangan tamadun lain dalam mewujudkan perdamaian, pencerahan dan kemanusiaan. Barat juga tidak harus membutakan matanya bahawa dalam banyak hal, mereka adalah pemusnah nilai kemanusiaan.

Misalnya, dalam konteks sistem ekonomi kapitalis yang lahir daripada tamadun moden Barat menunjukkan dimensi ketidakadilan terhadap nilai kemanusiaan. Kekejaman yang ditimbulkan kapitalisme Barat meninggalkan impak cukup besar terhadap penindasan negara miskin dengan bebanan hutang yang tidak mampu ditanggung oleh mereka.

Berikutan itu, kemiskinan tercetus di negara terbabit dan Barat dilihat kurang mempedulikannya. Di sisi yang lain, meskipun Barat berjaya membawa kemajuan material dan keilmuwan, namun kemajuan yang dipisahkan dari agama ini membawa kepada kemerosotan kehidupan spiritual manusia yang mengikutinya.

Ramai pemikir Barat memberi penilaian terhadap masalah ini. Z Brezinsky, seorang pemikir Barat menyatakan bahawa di Barat nilai agama tidak lagi berperanan sebagai acuan akhlak sama ada dalam membentuk tingkah laku peribadi mahupun masyarakat.

Dunia Barat dan Islam harus lebih terbuka dan sewajarnya mampu berdialog secara rasional dengan mengikis sikap mengagungkan tradisi masa lampau masing-masing. Masa lampau harus dilihat dalam pandangan positif terutama bagi mengembangkan peradaban yang mengajar nilai kemanusiaan.

Sejarah membuktikan bangkit dan berkembangnya sesuatu tamadun itu selalunya berkait rapat dengan kerjasama keilmuwan. Ketika permulaan kebangkitan Islam, pengaruh ilmu dan filsafat Yunani turut mempengaruhinya.

Demikian juga halnya peradaban Barat yang bangkit pada abad pertengahan banyak dipengaruhi karya penting pemikir Muslim seperti Al-Farabi, Al-Kindi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan al-Ghazali. Karya mereka diterjemahkan ke dalam bahasa Latin bahkan Al-Quran juga turut diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1143 M.

Justeru, kebijaksanaan Barat tidak seharusnya disandarkan kepada kekuasaan tentera yang bersifat sementara, sebaliknya Barat dan Islam harus memberi perhatian terhadap masa depan keilmuwan yang mempunyai peranan sangat signifikan bagi pembinaan tamadun global yang lebih manusiawi.

Umat Islam harus melihat dialog peradaban sebagai satu ruang dan peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhikmah. Jika dilihat dari segi positifnya, dialog peradaban ini sepatutnya memberi peluang kepada umat Islam menjelaskan bahawa Islam memiliki doktrin dan gagasan jelas mengenai nilai kemanusiaan, hak asasi manusia, demokrasi, etika politik, hubungan antarabangsa, prinsip keadilan, kebebasan bersuara dan sebagainya yang bukan saja dapat dikemukakan secara konseptual, malah juga secara praktikal.