Monday, June 30, 2008

RENCANA : Ilmi jadi asas kekuatan bangsa

Oleh MUHAMMAD IZZUDDIN SYAKIR ISHAK

LEBIH enam dekad yang lalu, Jepun telah menjadi padang jarak padang tekukur, gara-gara little boy dan fat man yang telah digugurkan oleh pihak tentera Amerika Syarikat. Tragedi ini tersemat di hati semua pencinta keamanan tentang betapa tingginya harga kedamaian dan keharmonian yang perlu dibayar akibat peperangan.

Mungkin Amerika Syarikat telah menghancurkan Jepun dari aspek material. Tetapi ledakan little boy dan fat man tidak dapat membunuh semangat serta budaya keilmuan yang telah membenih di jiwa masyarakat Jepun sejak dinasti Maharaja Meiji. Kini rakyat Jepun telah bangkit membebaskan minda mereka dari diselubungi sejarah hitam yang telah mereka lalui.

Budaya ilmu telah menjadikan negara Jepun maju hanya dalam masa lebih kurang 50 tahun selepas berlakunya tragedi pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki. Jepun kini menjadi antara gergasi ekonomi dunia terutamanya di Asia.

Budaya keilmuan juga telah menganjak paradigma masyarakat Jepun untuk menerokai bidang Sains dan Teknologi merentas pelbagai bidang merangkumi elektronik, permotoran, industri, optik, semikonduktor, besi, kimia, robotik dan mesin. Tidak hairanlah kini Jepun merupakan antara negara yang sangat dihormati dan disegani.

Dalam konteks Malaysia, tradisi keilmuan masih tidak membudaya di kalangan masyarakat. Malah di menara gading pun, menurut Timbalan Naib Canselor UTM, Prof Dr. Zaini Ujang, personaliti yang mempunyai kaitan dengan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu juga semakin tidak menyerlah.

Apabila pengijazahan telah dijadikan sebagai fokus universiti maka hampir semua program kampus berorientasi dan dinilai secara akademik, termasuk berpersatuan, bermasyarakat dan bersukan. Dalam keadaan sedemikian, nilai kesukarelaan dan komitmen sosial yang menjadi satu asas penting pembangunan minda kelas pertama menjadi semakin tidak relevan.

Sebab itu, tidak ramai mahasiswa hari ini mampu tampil menjadi juru bicara ummah dalam konteks mengartikulasi sesuatu permasalahan secara intelektual. Ironinya ada sesetengah mahasiswa yang mengambil pendekatan untuk cepat popular dengan hanya mencedok sesuatu idea tanpa asas keilmuan dan terus memomokkannya tanpa mengetahui sesuatu isu itu secara tuntas dan mendalam. Senario yang tidak sihat ini sebenarnya boleh mendedahkan generasi muda kepada manipulasi pihak berkepentingan serta mudah juga diperkotak-katikkan.

Penemuan hasil dari Laporan Profil Membaca Rakyat Malaysia tahun 2005 menunjukkan bahawa membaca bukanlah aktiviti kegemaran masyarakat berbanding menonton televisyen di waktu lapang. Jika dilihat dalam konteks bahawa membaca merupakan suatu juzuk terpenting dalam budaya ilmu, maka penemuan ini bukanlah suatu cerminan yang positif terhadap budaya keilmuan di Malaysia.

Transformasi Sejarah telah membuktikan bagaimana sesuatu bangsa itu dimartabatkan dengan ilmu. Bangsa jahiliah di Mekah misalnya, merupakan suatu bangsa barbarian yang lemah minda serta rendah moralnya. Tetapi apabila misi pencerahan telah dilakukan oleh baginda Muhammad SAW menerusi semangat Iqra' serta asas nilai Rabbani, maka masyarakat jahiliah telah pun mengalami transformasi spiritual serta moral yang hebat sehinggakan di iktiraf oleh Allah SWT sebagai ummah terbaik.

Demi mencapai pembangunan yang bakal menjamin kebahagiaan dunia mahupun akhirat, budaya ilmu perlu dipugar di segenap lapisan masyarakat agar mereka menjadi lebih beradab, terpelajar serta mampu berperanan untuk kemajuan negara.

Apabila ilmu dan adab telah dipinggirkan, manusia mula bercakaran untuk mencapai agenda tertentu. Kepentingan peribadi lebih diutamakan melebihi kepentingan umum. Manusia menjadi "opportunist". Segala bentuk kepentingan dieksploitasi asalkan tuntutan nafsu dapat dipuaskan.

Justeru, budaya ilmu di Malaysia perlu diperkasakan di mana ilmu dihargai sebagai sifat dan nilai yang utama. Semua keputusan penting harus ditentukan berdasarkan wibawa ilmu dan hikmah, sementara kenyataan-kenyataan yang cuma berdasarkan sesuatu sentimen, agak-agak serta kepentingan tertentu perlulah dielakkan.

Dalam konteks Malaysia, usaha untuk memperkasa kompetensi bangsa serta membangunkan negara sehingga ke tahap kemajuan yang setaraf negara Jepun misalnya, memerlukan cara serta pendekatan tersendiri. Semangat keilmuan Jepun itu harus diseimbangkan bersama ethos keislaman yang telah menjadi asas keharmonian masyarakat Malaysia.

Apabila ilmu dan iman berpadu, manusia akan mula menghargai nilai jujur dan ikhlas. Di sinilah manusia akan memberi kebaikan serta manfaat kepada kehidupan dan alam. Menurut Prof Syed Muhammad Naquib Al Attas, manusia yang baik bukan sekadar manusia yang berpengetahuan, berketerampilan serta faham tanggungjawab kewarganegaraan, malahan lebih penting dari itu ialah kekayaan nilai yang menjadikan manusia itu jujur, ikhlas, amanah, adil, bertolak ansur dan bijaksana. Sesungguhnya kekayaan nilai yang disemai dengan benih keilmuan merupakan asas kekuatan bangsa untuk menjadi masyarakat unggul serta terus berbakti dan berjasa kepada keharmonian negara.

Sunday, June 29, 2008

RENCANAN : Realiti Ketuanan Melayu

Oleh MUZAFFAR MOKHTAR

KEBELAKANGAN ini suara- suara sumbang yang mempertikaikan ketuanan Melayu dengan mendakwa bahawa konsep berkenaan bersifat perkauman dan tidak relevan dengan realiti Malaysia yang berbilang kaum semakin lantang kedengaran. Terdapat pula sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan melaga- lagakan konsep ketuanan Melayu dengan ketuanan rakyat.

Sebenarnya dalam konteks politik Malaysia faktor sejarah serta realiti demografik menyebabkan konsep ketuanan Melayu dan ketuanan rakyat muncul sebagai konsep yang bukan sahaja saling tidak bertentangan malahan ia merupakan sisi yang berbeza bagi satu syiling yang sama, saling lengkap melengkapi.

Bagi Malaysia konsep ketuanan rakyat dalam bidang politik telah mula tertegak semenjak negara mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris lebih 50 tahun yang lalu. Konsep ketuanan rakyat adalah teras asas bagi mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi pelbagai parti yang berwibawa.

Ini kerana dalam sebuah demokrasi rakyatlah yang mempunyai kuasa mutlak melalui undi mereka untuk menentukan parti politik atau gabungan parti politik yang akan membentuk kerajaan. Melalui konsep ketuanan rakyat aspirasi golongan majoriti dihormati manakala kepentingan sah kaum minoriti dilindungi berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang.

Kewujudan ketuanan rakyat tanpa kewujudan ketuanan Melayu di Malaysia bermakna penindasan golongan minoriti terhadap kaum majoriti. Jika ini berlaku maka ia tiada beza dengan apa yang pernah berlaku sebelum tahun 1994 di negara Afrika Selatan iaitu yang dinamakan sistem aparteid.

Dalam membicarakan konsep ketuanan Melayu perkara pertama yang harus diinsafi oleh semua pihak adalah konsep ini tidak sekali-kali membawa konotasi perhubungan submisif yang wujud antara tuan dan hamba sebagaimana yang lazimnya difahami.

Konsep ketuanan Melayu wujud semata-mata hasil manifestasi faktor demografik negara dan kontrak sosial antara kaum yang diijmakkan semasa negara mencapai kemerdekaan.


Ia sebenarnya telah dibayar dengan harga yang cukup mahal oleh orang Melayu apabila mereka terpaksa menerima hakikat bahawa Tanah Melayu akan selama-lamanya berubah dari negara yang bersifat eka kaum kepada pelbagai kaum.

Orang Melayu tidak mempunyai pilihan di dalam soal ini. Sudahlah apabila golongan imigran di bawa masuk ke bumi Tanah Melayu orang Melayu tidak dirundingi, untuk memperoleh kemerdekaan mereka terpaksa pula menerima kerakyatan yang diberikan kepada kaum imigran.

Persepsi bahawa wujud pertembungan di antara ketuanan rakyat dan ketuanan Melayu timbul kerana ketidakprihatinan malahan ketidakpedulian sesetengah pihak terhadap dokumen paling asas negara iaitu Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Sebenarnya kajian yang teliti terhadap dokumen ini akan membawa kita kepada satu kesimpulan yang jelas iaitu konsep ketuanan rakyat (antara lainnya dilambangkan melalui peruntukkan-peruntukkan Perkara 40 (1) & (1A), Perkara 43 (2),(3),(4) & (5), Perkara 46 (1) dan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan).

Ketuanan Melayu adalah konsep- konsep yang sememangnya sudah dimaktubkan oleh undang-undang tertinggi negara.

Semenjak merdeka orang Melayu adalah penduduk majoriti negara ini, hari ini orang Melayu membentuk 65 peratus penduduk Malaysia. Disebabkan faktor ini jawatan Perdana Menteri dan majoriti anggota Kabinet serta ahli-ahli Parlimen semenjak merdeka dipegang oleh orang Melayu.

Selain daripada fakta bahawa orang Melayu adalah penduduk majoriti negara ini asas utama yang mengukuhkan lagi konsep ketuanan Melayu di dalam sistem pemerintahan negara adalah Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan yang mewujudkan institusi Yang di- Pertuan Agong selaku Ketua Negara bagi Malaysia.

Mengikut Perlembagaan Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Cabang Eksekutif (Perkara 39) di mana selaku Ketua Negara pemerintahan Malaysia dijalankan di atas nama baginda.

Baginda juga adalah salah satu elemen yang membentuk cabang legislatif selain Dewan Negara serta Dewan Rakyat.

Baginda melantik Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja, melantik Perdana Menteri, Kabinet dan anggota pentadbiran persekutuan yang lain, melantik hakim-hakim persekutuan, dan merupakan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Konsep ketuanan Melayu termeterai melalui pemegang jawatan ini kerana Yang di-Pertuan Agong dipilih setiap lima tahun sekali oleh Majlis Raja-Raja dari kalangan sembilan orang Raja-Raja Melayu yang sedang bertakhta. Hanya Raja-Raja Melayu yang berhak dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Asas ini diperkukuhkan lagi melalui peruntukan Perkara 3(1), 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(1) memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi negara, agama yang menjadi asas kemelayuan itu sendiri.

Mengikut Perkara 160 tiga kriteria utama untuk seseorang itu diktiraf Melayu adalah individu tersebut mestilah seorang penganut agama Islam, bertutur bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.

Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi negara tidak pula menjadikan penganutan agama tertentu sebagai syarat pengiktirafan etnik tertentu bagi seseorang individu mahupun memberikan taraf agama rasmi kepada agama anutan individu terbabit.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan pula menjadikan Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia) sebagai bahasa kebangsaan tunggal negara, peruntukkan ini diperkukuhkan lagi oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Tanggapan banyak pihak bahawa hanya Peruntukan Perkara 153 yang memaktubkan hak-hak istimewa orang Melayu satu-satunya bukti ketuanan Melayu dalam konteks politik adalah tersasar jauh dari realiti yang ada.

Pihak-pihak yang menolak konsep ketuanan Melayu sebenarnya menolak Perlembagaan negara yang sedia ada dan rata-ratanya bersifat perkauman.

Ini kerana penolakan ketuanan Melayu bermakna mereka sebenarnya menolak legitimasi sistem Raja Berperlembagaan yang sedang kita amalkan hari ini.

Mereka menolak kedudukan Islam sebagai agama rasmi tunggal negara, mereka menolak kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara serta mereka menolak hak-hak keistimewaan orang- orang Melayu sebagai pribumi asal Tanah Melayu.

PROGRAM MEMBASMI KEMISKINAN : 6 Strategi baru basmi kemiskinan tegar

KUANTAN 29 Jun - Kerajaan memperkenalkan enam dasar baru bagi memperkasakan strategi pembasmian kemiskinan tegar penduduk luar bandar terutamanya dalam menghadapi beban kenaikan harga barang masa kini.

Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib (gambar) berkata, enam strategi itu ialah penubuhan asrama sejahtera bagi menangani masalah pembelajaran anak-anak keluarga miskin tegar dan mewujudkan pejabat cawangan kementerian di setiap negeri.

Menurut beliau, kerajaan juga akan membuka Pusat Usahawan Luar Bandar (REC) yang berperanan sebagai pusat sehenti dalam membantu peniaga luar bandar mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat.

''Kerajaan akan melaksanakan pemetaan projek infrastruktur dan kemudahan dalam lingkungan 30 kilometer dari bandar utama serta memperhebatkan projek agropolitan sebagai lonjakan mega mengeluarkan lebih ramai penduduk daripada kelompok miskin tegar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bersama Exco-Exco Luar Bandar seluruh negara di Wisma Seri Pahang, di sini hari ini.

Muhammad memberitahu, strategi terakhir ialah menyelaraskan senarai penduduk miskin tegar di bawah sistem e-Kasih dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).
Dalam mesyuarat itu juga, tambah beliau, pihaknya bersetuju supaya semua projek agropolitan di seluruh negara diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar.

''Ini kerana, kepakaran yang sedia ada dalam kementerian ini serta agensi di bawahnya bagi memastikan matlamat pembasmian kemiskinan secara bersepadu dapat dicapai," katanya.
Menurut beliau, kesemua dasar tersebut bertujuan menangani ketidakseimbangan dan jurang pembangunan sosioekonomi antara wilayah dan kawasan luar bandar.

Bagi melaksanakan strategi tersebut, jelas beliau, pihaknya memohon peruntukan sebanyak RM3.86 bilion sebagai tambahan kepada peruntukan RM11 bilion yang disediakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Katanya, daripada RM11 bilion yang diperoleh, sebanyak 53 peratus diperuntukkan bagi penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya.

Sehingga tahun lalu, kata beliau, sebanyak RM3.8 bilion telah dibelanjakan, manakala pada tahun ini, sejumlah RM2.4 bilion telah digunakan untuk melaksanakan pelbagai projek.

''Sabah dan Sarawak menerima peruntukan lebih tinggi berbanding negeri lain iaitu masing-masing mendapat RM2 bilion dan Sarawak RM1.9 bilion," katanya.

Saturday, June 28, 2008

A Realigned World Order

A Realigned World Order
Written by ijoomla
Thursday, 12 June 2008

The world is no more divided into First, Second or Third world and organizations like the Non-Aligned Movement (NAM) has lost their glitters and need revamping to adjust to the new political scenario in place in the world. We do not have a “Cold War” that is stalling the world. We have a clash of civilizations and Islam is one of the civilizations that are clashing with the Western ideologies. Hence it is a major political block on its own.
Russia is calling for a realignment of forces to form a new political-economic block which Moscow calls the unity of the entire Euro-Atlantic region. This is the new Russia that is going all the way out against the desperately poor New World Order (NWO) proposed by Washington. Though the ‘new Europe’ idea might not take off, the world has definitely entered a new era of cooperation.

"The end of the Cold War provided conditions for building truly equal cooperation among Russia, the European Union, and North America as three branches of European civilization," Medvedev said. "I'm confident that Atlanticism as the only principle has become obsolete historically. Now, we should talk about the unity of the entire Euro-Atlantic region from Vancouver to Vladivostok.

"The mention of Vancouver is purely an attempt at showing the Europeans that Canada among all ‘western’ nations would probably be willing to play a major role in a realigned ‘World Order’, thus burying America’s New World Order.

Russia is spearheading forward with new ideas, understanding that there would be more tough challenges if it relies on inaction, and this is causing a major shakeup in Europe. Speaking to the German Council of Foreign Relations in Berlin in June this year, the Kremlin leader President Dmitri Medvedev called for a sweeping new European security pact to replace Cold War-era bodies, which includes the North Atlantic Treaty Organization (NATO).

Critics of Moscow’s assertive and positive policies regarding the west say Medvedev is going out of line in his attempt to remodel Russia’s outlook in the global world. The new strategy unveiled by Medvedev is giving the western world the sweat since the East is now positioning itself with more grit and determination to prevent an American empire from dominating the world.

Medvedev announced that a conference to address major issues like the credit crunch and rising food prices would be held in Russia later this year.

"Russia is a global player and understands its responsibility for the fate of the world," he said.

"We want to participate in setting the new rules of the game," he said, much to the irritation of western cum capitalist journalists and editors who responded with heavy criticism of the speech by Medvedev.

The new Russian foreign policy outline could be similar to that of Venezuela, which is one of rejection of Washington’s New World Order. Venezuelan President Chavez warned the US that its NWO will fail because the US was unjust, greedy and unfair.

Medvedev on his part sternly warned on June 5 that further expansion of NATO would damage the West's relationship with Moscow. Chavez has put the US on the tight rope with his coalition of the ‘leftist’ forces from Bolivia to Venezuela in South America and this alliance seem to be lurching towards a possible alliance with Moscow, Beijing and even Teheran. The landmark deals for the new alliance already exists with the Shanghai Corporation Organization (SCO) which already regroups China and Russia while Iran is given the observer status. While the SCO tend to remain stagnant on many other issues – it is basically an economic forum that has a few other former Soviet states as member – it is also a balancing tool that caters for the security of the borders between the member states.

Few expect the idea of replacing NATO with a new security alliance to gain any traction among western states reason being the western business leaders in particular and politicians altogether are too distracted with the super powerful USA. They are living with the beliefs that the USA will be the ultimate savior of the European world in the event of a massive conflict or crisis in the globe. This is pitiful since the Americans have proven their worth as a destructive force more than once rather than being a constructive force.

Medvedev is conciliatory but former President Vladimir Putin, known as the architect of the New Russia, is not toning down his anti-Western criticism attacking the West over Kosovo, Iran and Nato expansionism. During a recent visit to France, Putin accused the US of behaving like a "a frightening monster" abroad – explaining Washington’s foreign policy in one sentence in the process.

In the mean time, worried of the policies put forward by Medvedev, the western media and business circle (as well as the political circle) is rushing to praise first deputy Prime Minister Igor Shuvalov. The west want to turn him into their darling for his pro-market views, hoping with gaping mouths that Shuvalov could supersede Medvedev and Putin in the near future.

Is the west planning an overthrow of the current leadership in Moscow? It is plausible since the current administration is very anti-American and this causes unease in the western media and among the governments in Europe and indeed in Washington.

Under the current administration in Moscow, Washington has little opportunity to meddle in the affairs of Russia, thus putting it far off its objectives of having to know everything about the Russian government and to be able to pull all the strings in the Russian power game.

Moscow seems to be the last frontier in the world where smaller nations and countries that are of different leaning than the US can find support. The Muslim world was granted Moscow’s entire and at times unsollicitated support on several issues. In the UN’s Security Council the Russian position is clear: No to American hegemonic and empirical resolutions.

Moscow’s support for Iran and its diversion (that is not total support) in the war on terrorism irked Washington and the media in the west mistreated Putin for that. However, the craftsman of the new Russian era dismissed all these criticism and is now backing his handpicked successor Medvedev in the same direction that he took while he was in power.

Trade, oil and gas, geopolitical strategies and its new role as the arbiter of peace in several parts of the world has put Russia right in the forefront of a confrontation with the US and the west. The west, silently supportive of an American empire and of its colonial attitudes, is altogether angered by the Russian powerhouse.

It must be noted that after Boris Yeltsin, Russia has changed for the better. Despite the hiccups that the new Russian powerhouse is displaying at times, the result is there and this is cause for more anxiety among the West. Russia will be able to draw the bulk of investors who are now capitalizing on their investments in Europe and the Middle East. Moscow will also become more dominant in the energy sector – a sector in which Europe is greatly dependent on Russia.

The Russian ‘democracy’ came under fire from Washington, London and other European capitals accusing Moscow of projecting a ‘controlled democracy’. The west wanted to keep full control of the NGO’s they register in Russia – which then transfers funds to anti-Putin supporters in some case – but the Kremlin decided otherwise and transformed the rules for NGO’s in Russia. This angered Britain and the US in particular but an awkward situation dealing with the type of Christianity that should be practiced in Russia became a major issue recently.

The Russians refused to accept what they call the ‘American’ evangelistic type of Christianity since they prefer their orthodox Christian faith. This too angered the US, particularly its Presidential Palace the White House.

Amidst the political differences between the West and Russia, the economic differences became more pronounced after Russia practically nationalized its oil and gas industry in the middle of a major outcry by the Western governments. This episode created larger fissures in the relations between Russia and the West.

The Russian control of its economic giants and of the resources of the country is called ‘mafia’ interference by the west. Mafia literally means gangs with heavy war machineries but with highly placed political support. The west implying that the Putin regime was supportive of mafia style organizations that took over most of the resources and giant corporations of Russia. This too led to the massive division in vision and in thoughts that is existent today between Russia and the West.

In an attempt to banish part of this misconception of the westerners towards it, Russia’s Medvedev offered the olive branch but it was quickly overlooked by the west which remains adamant as usual.

Medvedev made a big push towards reconciliation and cooperation with the west while in Germany, putting emphasis on trade, economy and bilateral business cooperation.

“Trade has increased significantly in recent years," Medvedev told reporters. "It has exceeded the threshold of $50 billion and, of course, we don't want to stop there. I'm sure there is every opportunity to expand our trade and economic cooperation.

"While Medvedev said he was "concerned about the current trend of narrowing mutual understanding in Euro-Atlantic policies," he also praised Germany for taking a "constructive position" in helping push forward a stalled partnership agreement between Russia and the European Union.

Germany may eventually turn out to be a partner of Russia in many avenues of interest but the EU, important to Germany now, might be the stumbling block in that relationship. It might just force the Germans to keep a low profile in its relationship with Moscow while it is expected to lead the way in the pan-EU stream.

The NWO of the US is such that any mistakes or misgivings from the west are acceptable while any good solutions from non-western nations would be compromising and is debatable at best. This is the kind of policy that will put Moscow off in its dealings with the western nations. The Russians are very well aware of that but the rapprochement offered by Medvedev has its silver lining…it is a pure attempt at breaking the American hegemony in the western world and it is an offer for a different ball game than the American absolute domination in terms of policies.

In Moscow, the belief is that the western regimes in Europe, Canada, and Australia are blinded by the promises of the US for a secure, progressive and western dominated world. In a bid to break this dream, Moscow threw its weight and its new found wealth in front of the Europeans. Germany will be a taker but on political terms, Berlin and Moscow are far apart on Iran and Lebanon as well as on Palestine – three thorns in the Muslim world.

Perhaps Russia should try cementing its relationships with China, Saudi Arabia and some other Muslim nations in a bid to create a new political block that would have greater power and would be in a greater position to counter the American empire.

The world is no more divided into First, Second or Third world and organizations like the Non-Aligned Movement (NAM) has lost their glitters and need revamping to adjust to the new political scenario in place in the world. We do not have a “Cold War” that is stalling the world. We have a clash of civilizations and Islam is one of the civilizations that are clashing with the Western ideologies. Hence it is a major political block on its own.

The world is also divided into major economic blocks and the Islamic block is the weakest among these blocks, with the Western Capitalist Block as the dominant segment in world economics. The US, Britain and Germany are the leading nations in this block and it is interesting to note that the Western Economic Block is not as harmonious as it seems to be.

The western world is hoping that with the US’s war and colonial strategies, it will secure enough energy and resources to keep its domination of the world. But this domination is sapping and slipping away from their fingers at a rapid rate. Moscow’s rejection of the western NWO is a blow to the Americans and the Europeans but will Moscow’s realignment policies pay off?

On the other hand, Russia could become a major partner to the Muslim world, an idea which World Futures suggested a year ago in an article entitled the New Russia and could drag China in this economic block that could by all means cause the western economic balloon to pop out and fizzle. Add Venezuela and its alliance of the left in Southern America and the fizzling of the western hegemony could be just perfect.

Thursday, June 26, 2008

BICARA AGAMA : Soal Pembaziran Dan Jimat-Cermat

Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.
Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya.

Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Sumber Rujukan : http://drmaza.com/?p=315

Tuesday, June 24, 2008

RENCANA : Bendung kenaikan kos sara hidup

SUKA atau tidak, ramai di antara kita masih terkedu akibat 'tsunami' pengurangan subsidi minyak petrol dan diesel di pasaran baru-baru ini yang menyebabkan harga bahan bakar itu melonjak.

Akibat kenaikan harga minyak itu, 'pemandangan' di lebuh-lebuh raya di Lembah Klang yang 'berselirat' turut berubah apabila kenderaan kecil kini membanjirinya kerana kenderaan besar terpaksa ditinggalkan di rumah.

Tiada lagi istilah bawa kenderaan besar di pejabat hanya untuk 'suka-suka' kerana tiada siapa sanggup membakar 'wang' RM20 sehari untuk perjalanan pergi-balik 50 kilometer kecuali orang banyak duit atau terpaksa.

Kerajaan sebenarnya perlu memikirkan secara serius bagaimana hendak menangani masalah kenaikan kos sara hidup dengan bijaksana bagi manfaat sebahagian besar rakyat berpendapatan rendah di bandar mahupun di luar bandar.

Mereka kini berhadapan dengan masalah penurunan mendadak ke atas kuasa membeli barangan di pasaran.

Ini kerana kenaikan harga minyak menyebabkan golongan berpendapatan rendah terus jatuh miskin manakala yang miskin terus jadi miskin tegar sejurus minyak petrol dan diesel dengan harga masing-masing RM2.78 sen dan RM2.58 sen dikuatkuasakan.

Di bandar besar, sebahagian besar mereka yang jatuh miskin dalam masa 'semalaman' terdiri daripada kakitangan kerajaan sendiri serta pekerja-pekerja kilang yang selama ini gaji mereka yang 'entah berapa ratus' dan RM1,000 lebih sedikit.

Kebanyakan mereka yang bekerja sebagai pelayan pejabat, kerani, pemandu, pemungut sampah, operator kilang dan seumpamanya turut memainkan peranan penting dalam memakmurkan negara ini.

Bayangkan, tiada barang boleh dieksport tanpa pemandu, tiada surat boleh dipos tanpa posmen, tiada tuntutan boleh dibuat tanpa kerani, busuklah Kuala Lumpur tanpa pekerja Alam Flora dan tidaklah Malaysia muncul sebagai pengeluar mikrocip terbesar di dunia tanpa operator kilang.

Operator kilang bekerja secara giliran, siang malam, jika bekerja kutip sampah, awal pagi lagi mereka sudah bersihkan Kuala Lumpur, manakala kerani pula bertungkus lumus bekerja manakala 'ibu-ibu' kita pagi-pagi lagi sudah bangun memasak untuk anak-anak yang akan ke sekolah sebelum bekerja.

Oleh itu, mulai hari ini marilah kita semua golongan sederhana dan mewah terutama ahli-ahli Parlimen yang kini bersidang - bersimpatilah dengan nasib mereka dengan mencari jalan bagaimana untuk membolehkan mereka mendapat gaji minimum RM900 sebulan atau RM1,500 sebulan.

Dalam hubungan ini kerajaan tidak seharusnya memandang sepi terhadap tuntutan tersebut kerana mereka sudah tidak tertanggung lagi dengan kenaikan kos sara hidup sekarang yang tidak setara dengan pendapatan mereka.

Golongan ini mesti dibantu dengan apa cara sekalipun sebelum mereka 'menjatuhkan' hukuman lebih buruk pada pilihan raya umum ke-13.

Cara terbaik ialah kerajaan duduk semeja dengan persatuan-persatuan pengusaha kilang dan majikan untuk mencari jalan penyelesaian dan bukannya menolak tuntutan mereka mentah-mentah - bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Kerajaan juga perlu memikirkan cara untuk mengurangkan secara drastik, jumlah pekerja asing di negara ini demi kepentingan rakyat kita sendiri yang akan jadi pengundi dalam pilihan raya umum.

Mengapa kita benarkan lebih 2.5 juta pekerja Indonesia, Bangladesh, India, dan Nepal bekerja di ladang, tapak projek, kilang dan restoran sedangkan ramai rakyat kita boleh bekerja di tempat mereka?

Kedai gunting rambut di taman-taman perumahan pun diusahakan oleh 'rakyat India'?

Sekadar bertanya, siapa di sebalik mereka?

Rakyat sudah jemu mendengar alasan kononnya rakyat tempatan tidak mahu bekerja di tempat kotor, gaji rendah dan pelbagai alasan muluk-muluk.

Mereka sebetulnya mahu melihat 'kecerdikan' menteri-menteri dan timbalan menteri untuk menangani masalah berkenaan dengan memastikan jika rakyat tempatan diambil bekerja, gaji setimpal hendaklah ditawarkan.

Cari jalan bagi mengatasi masalah kononnya dengan menawarkan gaji minimum, pelabur-pelabur asing lari ke China dan India. Pergilah berunding dengan kerajaan China dan India untuk semua pihak saling beroleh keuntungan dalam konsep memakmurkan antara satu sama lain.

Dan kerajaan pula janganlah hendaknya mendengar cakap pengusaha kilang dan majikan semata-mata kerana mereka pun belum tentu mengundi Barisan Nasional (BN). Pilih yang mana satu kerajaan mahu.

Apa pun, titik mula bagi usaha secara serius dalam menangani masalah kenaikan kos sara hidup ini akan dapat digambarkan apabila Bajet 2009 dibentangkan pada September ini.

Dalam hubungan ini, pandangan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dalam blognya mengenai usaha menangani kemelut yang melanda negara sekarang amat wajar diberi pertimbangan.

Mengambil kira kesengsaraan yang ditanggung oleh segenap lapisan rakyat yang terpaksa menelan ubat penarikan subsidi minyak yang sangat pahit itu, maka sudah sewajarnya kerajaan mengambil langkah tuntas bagi membantu golongan miskin tegar dan miskin baik di luar bandar mahupun di bandar.

Sudah kedengaran di sana-sini kakitangan kerajaan berharap bonus dua bulan dapat diberikan kepada mereka tahun ini. Kakitangan swasta yang berpendapatan sederhana mahu kerajaan mengurangkan cukai pendapatan atau hapuskan terus.

Mereka juga mahu kerajaan hapuskan cukai jalan yang di negara-negara lain, setiap pengguna hanya dikenakan sekali cukai jalan seumur hidup sedangkan kita pula 'selagi kita hidup'.
Rakyat juga ternanti-nanti bila kadar tol lebuh raya di Lembah Klang yang berselirat ini akan dikurangkan.

Jika kerajaan berjaya melakukannya, kita yakin rakyat juga dapat menerima hakikat bahawa kos sara hidup yang rendah dan pernah dinikmati sedekad lalu sebagai satu sejarah yang tidak akan berulang lagi untuk kita semua.

Saturday, June 21, 2008

BICARA AGAMA : Kepimpinan adalah Taklif (sebagai amanah dan tanggungjawab ) Kepimpinan Bukan Tasyrif (Kemasyhuran)

IKLIM politik negara ketika ini seolah-olah berada dalam suasana yang penuh dengan ketidakpastian. Semenjak berakhirnya pilihan raya umum lalu, cakap-cakap politik kedai kopi terus berlegar mengenai kemungkinan berlakunya lompat-melompat di kalangan ahli-ahli Parlimen. Tidak kurang juga di kalangan pimpinan parti yang begitu sibuk bercongak-congak mengenai masa depan dan kedudukan politik masing-masing terutamanya menjelang musim pemilihan parti akan datang.

Fenomena seperti ini tentulah merimas dan mencetuskan perasaan kurang senang rakyat yang pasti mendambakan sesuatu yang lebih bermakna daripada para pemimpin yang dipilih mereka melalui pilihan raya lalu. Apa tidaknya, pada ketika rakyat sedang berhadapan dengan realiti peningkatan kos sara hidup yang semakin meruncing, para pimpinan parti tampak lebih sibuk mencatur soal kuasa dan takhta.

Semuanya ini hanya kerana kegelojohan dan kerakusan sesetengah pimpinan politik negara yang lebih memperhitungkan soal kuasa dan nafsu untuk menjadi pemimpin. Sememangnya kuasa yang secara fitrahnya berkait rapat dengan kepimpinan adalah isu yang cukup penting untuk dibicarakan setulusnya agar natijah yang lahir daripadanya bukan sahaja bermanfaat kepada diri sendiri tetapi yang lebih utama kepada masyarakat keseluruhannya.

Sama ada disedari ataupun tidak, kita sebenarnya sedang mengalami krisis pemikiran dan pendangkalan persepsi terhadap makna kuasa. Dalam membicarakan soal kuasa pasti ramai yang secara sepontan menanggapinya sebagai satu bentuk kemasyhuran atau tasyrif yang boleh mengangkat martabat seseorang ke satu tahap yang menyebabkannya dihormati dan disanjungi masyarakat.

Rasional

Malah tidak kurang yang melihatnya sebagai lesen besar untuk memenuhi keserakahan nafsu. Akibat kedangkalan persepsi inilah kita dapati manusia bagaikan paranoid dan hilang kewarasan apabila membicarakan mengenai kuasa. Manusia seolah-olah hilang pertimbangan rasional apabila kuasa menjadi matlamat hidup, bahkan dipertuhankan sehingga tergamak menggadai prinsip dan nilai-nilai agama.

Apa sahaja sanggup dilakukan demi kuasa. Ada yang rela melabur wang hingga mencecah jutaan ringgit hanya untuk merebut kuasa. Ada yang sanggup menggadaikan prinsip dan nilai agama hanya untuk mempertahankan kuasa. Tidak kurang juga yang sedia berjual-beli ayat-ayat suci al-Quran kerana taksub untuk berkuasa. Mereka memekakkan telinga daripada mendengar amaran Allah yang amat keras: Dan janganlah kalian menjual ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah (al-Baqarah:41).

Sesetengahnya menganggap duit yang dihabiskan untuk membeli sokongan amat berbaloi lantaran limpahan pulangan yang bakal diperoleh amat lumayan harganya. Apa tidaknya, rata-rata bertanggapan dengan kuasa dapat memiliki harta besar, kereta besar, rumah besar, isteri besar dan serba-serbinya besar.

Kadangkala jawatan parti dilihat lebih mahal nilainya berbanding jawatan wakil rakyat. Ini kerana jawatan parti memungkinkan seseorang mendekati pihak atasan yang sekaligus memudahkan limpahan kekayaan disalurkan bagi memperkayakan diri dan suku-sakat.

Soal keberkatan harta dan halal-haram perolehan tidak lagi diperhitungkan. Semuanya kerana dikaburi dengan fatamorgana kuasa yang begitu menghayalkan. Akhirnya kuasa dan kepemimpinan tidak lagi difahami sebagai amanah dan tanggungjawab (taklif) sebaliknya satu bentuk kemuliaan (tasyrif).

Kita sebenarnya lupa atau buat-buat lupa bahawa kuasa merupakan amanah Allah atau taklif iaitu beban tanggungjawab yang akan diperhitungkan pada hari akhirat kelak. Sebab itulah sebagai amanah keagamaan, kegagalan menunaikan amanah kepimpinan boleh menatijahkan risiko hukuman ukhrawi yang berat.

Inilah yang terangkum melalui nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Abu Dzar Al-Ghiffari berkenaan dengan konsep kuasa dan kepimpinan sebagaimana sabdanya: Sesungguhnya ia (kuasa) adalah amanah. Dan pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi yang mengambilnya sesuai dengan haknya dan melaksanakan apa yang menjadi tuntutannya. (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah juga pernah bersabda: Apabila amanah itu dilenyapkan, maka tunggulah datangnya kiamat. Ditanya kepada baginda, “Wahai Rasulullah, bagaimana melenyapkan amanah itu?” Rasulullah bersabda: Apabila amanah itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah datangnya kemusnahan!

Beban

Dalam tradisi kepimpinan Islam, taklif atau beban tanggungjawab kepimpinan ini sememangnya amat berat dan cukup kudus. Sebab itulah posisi kepimpinan tidak diminta-minta atau diperebutkan. Malah Rasulullah tidak pernah memberikan posisi kepimpinan kepada yang meminta.

Apa yang pasti, kuasa bukannya suatu bentuk tasyrif (pangkat kebesaran) yang boleh diperdagangkan bagi tujuan kemegahan dan meraih populariti. Kuasa juga bukannya lesen yang menghalalkan segala bentuk rasuah, adu-domba dan fitnah-memfitnah sesama sendiri. Lebih menyedihkan jika kuasa berterusan menjadikan umat bergelumang dengan penyakit hasad-dengki dan benci-membenci hingga terhakisnya kekuatan dan jatidiri.

Sebab itulah penjernihan sikap dan persepsi terhadap konsep kuasa perlu mengakar ke dalam hati nurani setiap individu. Umat harus dipasakkan dalam kerangka pemikiran mereka agar melihat kuasa sebagai taklif atau tanggungjawab dan amanah yang wajib dilaksanakan sebaik mungkin demi memenuhi tuntutan agama dan harapan rakyat.

Dengan memahami hakikat kuasa dan makna kepemimpinan berpandukan suluhan agama yang benar sahajalah yang mampu mengangkat martabat dan mengembalikan maruah para pemimpin hari ini. Sesungguhnya perjuangan memartabatkan bangsa tidak akan membawa sebarang makna kiranya masih tersisa di dalam kotak pemikiran kita sikap mementingkan diri sendiri lantaran begitu taksub hendak berkuasa hingga tercabut semangat perjuangan yang sebenar.

Friday, June 20, 2008

BERITA UTAMA : BPR Siasat Dakwaan Teck Lee Kes Rasuah RM5 Juta

Oleh JAMDI NASIR dan TAN MING WAI
KOTA KINABALU 20 Jun – Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee kini disiasat kerana disyaki terlibat dalam satu kes rasuah membabitkan RM5 juta yang didakwa dilakukannya ketika menjadi Ketua Menteri Sabah.
Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, siasatan dibuat berasaskan satu kenyataan mengenai pembabitan Teck Lee dalam satu perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
Menurut beliau, apa yang disebut oleh saksi di mahkamah itu adalah suatu maklumat baru kepada BPR dan menjadi tanggungjawab badan tersebut untuk mengkajinya daripada pelbagai sudut sebelum tindakan lanjut diambil.
‘‘Kita memandang serius apa yang ditimbulkan di mahkamah semalam dan BPR akan menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara ini.
“Jika benar ia berlaku, kita akan ambil tindakan sewajarnya,’’ kata beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini selepas lawatan kerja dua hari ke Sabah.
Semalam, Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Teck Lee mengarahkan pembayaran wang lebih RM5 juta, iaitu hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri Sabah, kepada ejen pilihannya pada 1996.
Bekas Pengarah Briskmark Enterprise Sdn. Bhd., Datuk Wasli Mohd. Said dilaporkan memberitahu mahkamah, semasa menjadi Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), beliau berjumpa bekas Ketua Menteri itu di pejabatnya untuk memberi taklimat mengenai cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation milik LKTNS.
Menurut Wasli, peguam yang mewakilinya, William Cheah mencadangkan penubuhan syarikat (Briskmark) untuk dijadikan wadah bagi dana politik dan memintanya memberikan taklimat kepada Ketua Menteri berhubung perkara itu.
“Saya memberikan taklimat kepada Ketua Menteri mengenai perkara itu dan memberitahunya tentang keuntungan daripada langkah penyenaraian membabitkan saham Sapi dalam PPB Oil Palms,” kata Wasli.
Beliau berkata, selepas perjumpaan pertama itu, beliau ada bertemu Teck Lee beberapa kali lagi iaitu bukan sahaja di pejabat tetapi juga di tempat lain di mana bekas Ketua Menteri itu mengarahkannya membayar sebahagian keuntungan penjualan saham itu kepada ejen pilihannya.
Mengulas lanjut, Ahmad Said berkata, tindakan BPR memulakan siasatan ke atas Teck Lee tiada kaitan sama sekali dengan pengumuman Presiden SAPP itu dua hari lalu bahawa beliau hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Itu cuma satu kebetulan kerana perkara itu (dakwaan rasuah RM5 juta) baru disebut di mahkamah, jadi kita kena menyiasat. Itu suatu perkara baru bagi BPR, dahulu siasatan kita tumpukan kepada sudut lain. Kita tidak pernah mendengar mengenainya sebelum ini,” ujar beliau.
Beliau menambah, oleh kerana perkara yang disebutkan itu telah lama berlaku, BPR perlu memulakan siasatan dengan pelbagai pihak yang terlibat termasuk mengambil keterangan daripada Teck Lee dan Wasli sendiri.
Sementara itu, Pengarah Siasatan BPR, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata di sini hari ini, beliau telah mengarahkan siasatan dijalankan segera ke atas Teck Lee ekoran pendedahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau turut ditanya mengenai satu lagi dakwaan berhubung penglibatan lapan ahli lembaga pengarah Briskmark yang didakwa Wasli dibayar RM500,000 setiap seorang sebagai ‘derma’.
Mohd. Shukri berkata, mereka juga akan disiasat dan dipanggil memberi keterangan sekiranya didapati ada hubung kait dengan rasuah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Nazir Tun Razak : NEP could have ended in 1990 if implemented properly

Posted by Super Admin
Saturday, 21 June 2008

by Kevin Tan, The Edge
The New Economic Policy (NEP) could have probably ended in 1990 if it was implemented properly, said CIMB group chief executive Datuk Nazir Razak.
Lamenting that the NEP had been "bastardised" to benefit a select few through negotiated tenders, Nazir said the policy had to be prolonged because it was not properly implemented.
He said that he could not understand why privileges such as construction jobs could not be given to bumiputera contractors through a competitive bid.
"The government should have created competition among bumiputeras through a 'preferential open tender' system under the NEP," said Nazir.
"If a certain portion of the jobs are to be given to bumiputera (contractors), I can't understand why they cannot do preferential open tender limited to bumiputeras," he said during Transparency International Malaysia's (TI-M) CEO Forum entitled Transparency in Motion, which is jointly organised by TI-M and The Edge here yesterday.
"If we have implemented it properly, the NEP could have been over in 1990."
Nazir was elaborating on an answer given by the Special Taskforce to Facilitate Business (Pemudah) co-chairman Tan Sri Yong Poh Kon who said there would be more opportunities for corruption if the government had a complicated layer of red tape.
In Malaysia, the matter was further complicated by the "NEP layer" and the government had to peel these layers one by one to prevent corruption, Yong said in response to question from an audience on whether the government actually had the political will to fight corruption.
On another question if CIMB Group had a racial bias in its recruitment process, Nazir said everything in the company was based on merits except for a training programme at entry level that is for bumiputeras only. "If they make the cut after one year, they will be absorbed," he said of the trainees.
On whether his appointment as CEO in Malaysia' second largest bank is due to the position of his brother Datuk Seri Najib Razak who is the deputy prime minister, Nazir said his appointment came from the company's board of directors and that he had been with the company since 1989.
In his speech earlier, Nazir reiterated his suggestion for the government to implement "something dramatic" such as an amnesty programme to complement the proposed Malaysian Commission on Anti-Corruption (MCAC).
He said it should look at how the Hong Kong government implemented a limited amnesty for corruption in 1977.
According to him, Hong Kong's Independent Commission for Anti-Corruption (ICAC) had decided to look into previous corruption practices, except those that had been already investigated and serious cases.
Nazir said the amnesty programme allowed everyone to move forward and to embrace the new culture without hesitation.
"It created a whole new beginning for everyone. Those who may have taken RM2 of 'duit kopi' (bribe) 20 years ago will not have the lingering fear that it will bite them back… What is important is the future, not the past. The past is gone," he added.
However, Nazir pointed out that while the past was forgotten, those pardoned were also reminded that the ICAC would "shoot to kill" if they were ever to cross the line again in the future.
Nazir also said there was a need to give more freedom to the mainstream media to help them regain their credibility as part of the efforts to fight corruption.
"We cannot control (the press) anymore because it will give more credibility to the blogs," he said, citing examples of Indonesians who were not so bothered with what posted on the Internet since their mainstream media was free.
Nevertheless, he added that there must be rules to ensure that the media would not go overboard in their reporting.
Nazir also highlighted the role of private companies setting up their own anti-corruption measures as there would "nothing to receive" if they could maintain a high standard of corporate governance.
In this area, he said the CIMB Group set up an "institutional integrity unit" to complement its audit committee. Those involved with this unit would go around the country to look for acts of corruption in the company, he added.
Nazir said Petroliam Nasional Bhd chairman Tan Sri Hassan Marican made him promise not to pay kickbacks to get business deals when CIMB was venturing overseas.
He said one or two may approach for bribes but if ignored, they would not bother the company anymore.

Politics, Religion and the Cloth in Between

Posted by St Low
Thursday, 19 June 2008

Let's face the facts. LIFE is all about controlling lesser beings that fall under our dominion. Even in highly advanced democratic countries, it is the government who wields actual power over the people despite them being elected into office by the people. Forget about People's Power and Makkal Sakhti for the moment. These are merely slogans that we use to propel our chosen leaders to the top.
The truth is it only takes a small fraction of the population to run the lives of the other millions below them. It seems like a heavy task for a few people to control the whole nation, but that is just what leaders have been doing everywhere throughout history. This is where religion and other mass control tools such as race and class come into play.
Religion has been used, misused and reused by figure heads throughout the centuries to exert control over tribes and nations. Unscrupulous leaders use it to create fear in people and then offer the promise of salvation. They label and brand religion to cater to their own goal of amassing a growing crowd of followers.
The introduction of Islam Hadhari by the Prime Minister was essentially a rebranding exercise that he had hoped would gain him more support from the people. However he did not take into account that Malaysians have generally become a well informed society. Most people do not see the need to change their way of practicing Islam, least of all one which expounds more or less the same values they have been following all these years.
I suppose that is why Islam Hadhari remains controversial and has not really gained any ground in the general populace. And that is why Pakatan Rakyat is slowly dismantling this concept in their states. After all, there is only one teaching of Islam – the religion of peace.
The other reason for its unpopularity is because people are fed up of being told how to practice their own religion. Many consider religion to be a private matter and in my opinion it should remain that way. Once religion becomes a state matter, it will somehow turn into a political tool which will ultimately destroy its own sanctity. No matter how sincere a politician is, it must be noted that he is STILL a politician.
We should leave religious matters to the imams, priests, monks and rabbis. These men of the cloth are the ones who are qualified enough to expound the teachings of their various religions. Politicians should not don the robes of religious men and vice versa, religious men should not preach behind the masks of politicians.
All the major religions of the world teach their followers to be at peace with oneself and to exist in peace with others. If you put a priest, a monk, a rabbi and an imam together in a room, I am sure there will be no quarrels. But once a politician enters the scene, the chances are high that sparks will be ignited.
The war in the Middle East and other parts of the world today are not due to religious differences. We don't see rabbis dropping bombs on imams and imams throwing stones at rabbis. The real war is actually between greedy politicians who misuse religion for their own selfish gain.
It is dangerous for politicians to step into the sacred grounds of any religion. If they do, it will be like a flame walking into a tinder-box.
Fortunately, Malaysians are wise enough and they can see through the crystal-clear facade of Badawi's Islam Hadhari just like they can see through the walls of the Crystal Mosque of Terengganu. Even PAS has realized that politics and religion should be treated separately by restricting the aspects of religion to themselves and joining hands with other parties to build the nation. This, I truly respect.
On the other hand, will UMNO ever learn from their mistakes?Great leaders do not need to hide behind the cloak of religion to lead the nation. Neither do they need to play the racial card to gain support. Great leaders should simply adhere to the values of justice, equality, humanity and humility.
The dismantling of Islam Hadhari in the Pakatan States is a good start towards the elimination of religious enmity and segregation in our society. It is time we move forward and leave behind 50 years of unfounded fears generated by preachy politicians. Let's remove the cloth that has been hiding their ulterior motives all these years.
By Edmond R
http://betelnutchronicles.blogspot.com/2008/06/politics-religion-and-cloth-in-between.html
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/9009/84/

Mencari Wadah Sebenar Melayu

Posted by Super Admin
Sunday, 11 May 2008

Catatan Sempena Hari Jadi Umno
Persoalan sekarang ini sekiranya pandangan Muhamamd Agus itu tepat dan benar dan boleh dikira ia menafikan keupayaan Umno dalam soal mendaulatkan Melayu, jadi siapakah yang diharap akan membela Melayu?
Oleh Mohd Sayuti Omar
KELAMRIN saya menerima satu set kertas kerja yang dibentangkan pada Kongres Permaufakatan Melayu yang berlangsung di Johor Bahru pada 2 - 4 Mei yang lalu. Seorang sahabat lama dari Kota Bharu, Nik Hadijah Nik Mahmood mengirimkan kepada saya. Ingatan kawan ini terhadap saya amat tinggi sehingga mengirimkan kertas-kertas bahasan berguna itu.

Saya percaya tujuannya mengirimkan ialah untuk berkongsi beberapa pandangan dan rumusan yang dibuat oleh pembentang kertas kerja berkenaan berhubung isu ketuanan Melayu yang hangat diperkatakan pada masa ini. Mungkin beliau juga mengharapkan saya tumpang sama mengulas dan mengupas menerusi tulisan kecil ini atau dimanfaatkan pada mana-mana kesempatan!
Kata kawan itu dia mencari saya pada kongres berkenaan. Apabila saya tidak ditemui beliau mengambil inisiatif menghubungi saya dan lantas mengirimkan kertas kerja berkenaan. Terima kasih dan saya mendoakan Allah s.w.t. memberi ganjaran yang layaknya!
Terasa rugi kerana tidak hadir pada kongres berkenaan. Khabarnya kongres berkenana hebat dan berjaya. Kehebatan itu mungkin disebabkan ia diadakan dalam suasana Melayu dikatakan terancam dan parti yang mendominasi Melayu selama 62 tahun (Umno) pula dalam kesakitan selepas dibelasah teruk dalam pilihan raya ke-12 lalu.
Kerana kesibukan menyusun buku baru, saya tidak sempat untuk menantapnya semalam. Baru sekejap tadi sambil bersiap untuk tidur saya menjamahnya. Selepas membaca kertas kerja Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (bekas Pengerusi MAS) berjudul 'Kedaulatan Perlembagaan Malaysia' saya menjamah dan menatap pula kertas kerja Prof Madya Muhammad Agus Yusuff, Pensyarah Program Sains Politik, UKM, berjudul 'Kedaulatan Politik Melayu'.
Pemikiran atau pandangan pensyarah sains politik ini berbeza, berani dan agak vokal berbanding dengan pensyarah lain yang begitu ceramat menjaga hati Kerajaan dan periuk nasi sendiri. Beliau bercakap secara terus terang dan mewakiliki jiwa orang Melayu sebenarnya, saya fikir begitu.
Ada beberapa hujah atau pandangan menarik yang dilontarkan Muhammad Agus dalam kertas kerja berkenaan berhubung penyakti dialami Umno yang patut menjadi perhatian orang Melayu dan telah mengundang saya untuk terus menatapinya.
Paling menarik bagi saya ialah mengenai penegasannya, tentang status Umno mengenai kedaulatan Melayu. Menurut Muhammad Agus kedaulatan Melayu bukan mutlak ditentukan oleh Umno tetapi ianya diteguhkan oleh elemen lain. Maknanya di sini bukan bermakna kalau Umno kuat kedaulatan Melayu menjadi kuat. Umno menurut Muhammad Agus bukan elemen menjadi kedaulatan Melayu. Ertinya kehilangan Umno bukan secara automatik Melayu roboh!
Menurut Muhammad Agus ada dua elemen yang memperkuat dan mendaulatkan Melayu; Pertama, kedaulatan politik Melayu adalah ditentukan oleh keupayaan kita (orang Melayu) biarpun apa yang berlaku, teras pemerintahannya mestilah Melayu. Kedua, kesediaan kita untuk mempertahankan raja Melayu kerana itulah simbol kerajaan Melayu yang kita ada.
Dalam erti kata lain kedaulatan Melayu akan terjamin kalau Melayu dapat menjamin dua elemen itu. Di sini jelas bahawa kekuatan Umno dalam keadaan hari ini, (punah kepimpinan, korupsi, ego, dll) belum menjamin Umno kuat. Maknanya di sini orang Melayu tidak perlu merasa bimbang mengenai kedualatan Melayu kalau sekalipun Umno sudah hilang.
Meterjemah pandangan Muhammad Agus itu Umno bukan menjadi penentu kepada kedaulatan Melayu. Di sini boleh difahamkan bahawa Umno tidak mempunyai hak dan boleh mendabit dada mengatakan parti itu sebagai penjaga maruah Melayu. Umno tidak boleh mengatakan dialah pembela dan pejuang Melayu. Mungkin dulu ia, semasa mencapai kemerdekaan namun bukan hari ini lagi.
Pun begitu ada pendapat para sarjana bertentangan mengenai peranan dan perjuangan Umno dalam mencapai kemerdekaaan - membebaskan orang Melayu. Ada yang mengatakan ada puak lain yang lebih tulen dan ikhlas memperjuangkan kemerdekaan Melayu tetapi disengaja dilindungkan kerana kepentingan politik peribadi dan kerana sifat sejak azali orang Melayu, iaitu dengki dan khianat.
Golongan itu seperti Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Beostaman, Ishak Haji Mohammad dan lain-lain di mana mereka ini dicopkan sebagai golongan kiri oleh Nasionalis Melayu, Umno. Lebih dahsyat lagi mereka ini dikelirukan sebagai kumpulan subversif yang tarafnya sama dengan gerakan Komunis!
Penegasan yang diajukan oleh Muhammad Agus itu seharusnya membuka mata dan minda Umno untuk melihat ke dalam diri mengenai masa depan Melayu ditangan mereka. Umno kena menginsafi kedaulatan Melayu tidak mampu lagi ditangani secara sendirian berhad.

Persoalan sekarang ini sekiranya pandangan Muhamamd Agus itu tepat dan benar dan boleh dikira ia menafikan keupayaan Umno dalam soal mendaulatkan Melayu, jadi siapakah yang diharap akan membela Melayu?

Realitinya kesemua orang Melayu harus mengambil bahagian dalam memperkasa rumpunnya, namun mereka perlu berada dalam sebuah wadah atau organisasi bagi menjananya. Tidak mungkin semua orang Melayu mampu melaksanakan tanggungjawab itu secara bersendirian, berjuang dari atas tangga rumah masing-masing. Mereka harus diletak atau berada dalam sebuah bekas yang sama bagi menggerakkan jihad itu.

Dalam asepk politik jika diperhatikan selain Umno ada dua buah wadah yang dilihat sebagai kepunyaan orang Melayu dan menjadikan Melayu sebagai agenda perjuangan, iaitu Pas dan PKR. Apakah setelah Umno sakit orang Melayu boleh menyandarkan harapan dan masa depan mereka kepada kedua parti ini?

Pas adalah sebuah parti ditubuhkan untuk memperjuangkan Islam atau atas semangat dan kesedaran Islam. Secara automatik bila disebut Islam ianya difahamkan memperjuangkan Melayu. Perbezaan Pas dengan Umno hanya dari segi mentafsirkan perjuangan masing-masing. Umno memperjuangkan Melayu yang automatik memperjuangkan Islam, manaklala Pas pula memperjuangkan Islam yang automatik memperjuangkan Melayu.

Yang membezakan mereka ialah pendekatan ataupun makenisme, taktik dan strategi perjuangan saja. Pas lebih mirip menggunakan wajah-wajah atau istilah Islam (Arab), manakala Umno berwajah Barat dan taktik-taktik sekular atau politik Machiavellisme. Kiblat pemikiran Pas kepada Timur Tengah manakala kiblat pemikiran Umno kepada Barat.

Orang memahami perjuangan Pas apabila parti itu kuat maka Melayu juga akan turut kuat. Tetapi apa yang menjadi masalah kini ialah Pas sendiri sudah mulai perlahan-lahan meredakan semangat Islamnya dan melupai agenda asalnya. Pas tidak lagi bersikap konservertif tetapi cenderung berubah menjadi sebuah parti pragamtis. Perubahan ini sejajar dengan kerencaman ideologi dan latar belakang pendidikan para pemimpinnya kini.

Jika diperhatikan beberapa pendekatan dan tindak tanduk pemimpin Pas saling tidak tumpah dengan Umno. Semua perangai ini akhirnya akan menatijahkan Pas sama seperti Umno. Peranan ulama di dalam Pas walaupun masih berfungsi namun tidak berapa ditonjolkan. Ada kepercayaan kehadiran ulama dan ustaz boleh menganggu jihad Pas.

Pekara paling kecil yang dapat diperhatikan dalam Pas ialah pemakaian imej Pas iaitu kupiah. Pengenaan imej ini tidak lagi konsisten tetapi terpilih pada tempat-tempat tertentu sahaja!

Dalam keadan ini apakah Pas relevan untuk mengambil alih peranan dan harapan yang disangkutkan kepada Umno untuk mendaulatkan Melayu? Kalau Pas diserahkan mandat tetapi fiil sama dengan Umno ia tidak membawa banyak erti.

Sebuah lagi parti Melayu ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kewujudan PKR yang pada mulanya diharap menjadi alternatif kepada Umno sangat besar sekali. Orang memberi tumpuan kepada PKR. Walaupun parti itu bersifat majmuk (multiracial) namun diharap ianya berpaksikan kepada Melayu. Tetapi sekali lagi ketulenan PKR sebagai sebuah parti Melayu nampaknya diragui umum. Politik baru Malaysia yang dibawa PKR seakan tidak meletakkan Melayu di hadapan.

Jadi kini kepada siapa yang boleh disandarkan oleh orang Melayu bagi mendaulatkan Melayu. Nampaknya kesemua ketiga-tiga parti Melayu dan dominan Melayu itu tidak menampakkan perjuangan Melayu yang jelas dan tulen. Kepentingan Melayu yang disuarakan dalam parti berkenaan hanya sebagai tempelan sahaja. Keadaan inilah membimbangan orang Melayu.

Ketegasan yang diperkatakan Muhammad Agus tadi, bahawa kedaulatan politik Melayu tidak ditentukan oleh Umno tetapi elemen lain; mempertahankan kontrek sosial dan juga menjaga simbol iaitu raja-raja, budaya dan adat Melayu perkara benar dan perlu difikirkan bukan setakat direnungi. Kerana tugas itu dapat dibuat oleh organ yang mewakili Melayu dan bukan secara individu oleh orang Melayu. Masalahnya pula organ Melayu itu kini semuanya rosak atau menghadapi musim kemandulan!

Justeru jalan keluar dari masalah ini hanya ada dua sahaja. Pertama badan siasah Melayu baik Pas, Umno dan PKR kena kembalikan kepada asal penubuhan dan mempraktikan politik seperti mana termuat dalam perlembagaan masing-masing. Sebaiknya untuk mempercepatkan proses ini ketiga parti berkenaan perlu bersatu dan bergabung.
Dan keduanya; apakah mungkin orang Melayu perlu mengagaskan sebuah pertubuhan baru yang terhidar daripada memiliki elemen politik yang diamalkan oleh Umno, Pas dan PKR hari ini?

Thursday, June 19, 2008

AGAMA : Gaya Hidup Sihat, Pendekatan Agama Kaedah Terbaik Jauhi Dadah

Oleh Aminudin Mansor
MASALAH dadah masih menjadi musuh utama negara terutama kepada remaja yang menjadi aset modal insan. Dadah juga musuh utama setiap ahli masyarakat yang inginkan keharmonian dan kesejahteraan hidup di dunia. Dadah adalah bahan psikoaktif yang mempunyai kesan ketara pada sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkah laku dan sebagainya. (Pasukan Petugas Khas Antidadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, 1993) Kamus Dewan mendefinisikan dadah sebagai bahan ubat-ubatan seperti heroin, marijuana dan sebagainya boleh merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakan berlanjutan (merosakkan, membawa maut dan lain-lain).
Pada masa kini pelbagai jenis dadah yang boleh membunuh antaranya candu (candu mentah), morfin (dadah alkolid yang diperoleh daripada candu merah), heroin, ganja (marijuana), ecstacy, syabu (ice), amfetamin, dan ketamine. Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis, jelaslah bahawa dadah hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan berkaitan dengannya seperti yang diriwayatkan Tarmizi dan Ibn Majah. Rasulullah SAW pernah bersabda dan melaknat khamar (dadah). Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Rasulullah SAW melaknat 10 golongan berkaitan khamar. Pertama pembuatnya, kedua pengedarnya, ketiga peminumnya, keempat pembawanya, kelima pengirimnya, keenam penuangnya, ketujuh penjualnya, kelapan pemakan wang hasilnya, kesembilan pembelinya dan kesepuluh pemesannya.”
Larangan pengharaman dadah adalah jelas haram berdasarkan dalil yang diqiaskan kepada arak. Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman itu berdasarkan kepada keterangan nas (al-Quran dan al-Hadis) kerana ia masuk dalam pengertian umum benda memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu ‘memabukkan’ atau kerana terdapat keburukan terhadap individu dan masyarakat. Dadah boleh menghancurkan rumah tangga, keluarga menjadi porak-peranda, penagih boleh menimbulkan pelbagai kesulitan seperti mencuri, meragut, merompak, membunuh dan merogol kerana kesan akibat penagihan dadah. Jiwa atau nyawa adalah amanah Allah kepada manusia. Begitu juga akal, keistimewaan ini membezakan cara kehidupan manusia daripada kehidupan makhluk lain. Di kalangan remaja, banyak faktor bagaimana penagihan dadah itu bermula antaranya pengaruh rakan sebaya, perasaan ingin tahu dan ingin mencuba, mencari ketenteraman jiwa yang salah, mencari keseronokan sementara, tidak mengetahui akan bahaya dadah dan kebosanan.
Hal itu boleh dielakkan dengan yakin pada diri, percaya dengan kebolehan, memilih rakan baik akhlaknya, fikirkan risiko akan ditanggung akibat dadah, mendalami ilmu keagamaan, bersukan, mengamalkan cara hidup sihat, meluaskan pengetahuan mengenai gejala dan bahaya penagihan dadah. Banyak tanda kesan penagihan dadah iaitu jika seseorang pelajar, kehadiran ke sekolah merosot, mutu kerja lemah, tiada disiplin dan prestasi menurun. Selain itu, perubahan sikap dan kelakuan, hilang selera makan, kurang berat badan, mata merah berair dan kuyu. Penagih dadah juga mempunyai parut atau bekas suntikan di lengan, mengasingkan diri daripada rakan sekolah, rakan sebaya dan keluarga. Mereka juga suka meminjam wang atau mencuri barang untuk membeli dadah. Sahabat Rasulullah SAW, Mu’az bin Jabal pernah menyatakan, “Tidak ada seorang hamba yang menghadap Allah pada hari kiamat yang tidak akan menggerakkan tapak kakinya sehingga ia ditanya mengenai empat perkara; pertama bagaimana tubuhnya digunakan. Kedua, bagaimana ia menghabiskan umurnya. Ketiga, bagaimana ia mengamalkan ilmunya. Keempat, bagaimana ia mendapat dan membelanjakan hartanya?” Justeru, kerajaan meluluskan Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998), iaitu hukuman mandatori gantung sampai mati di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabitkan kesalahan bagi membanteras dadah. Kesimpulannya, kasih sayang mengikat erat hubungan ibu bapa dan anak. Bimbingan berterusan dan masa yang digunakan bersama keluarga adalah lebih bermakna daripada apa yang anda jangkakan. Semua itu adalah teladan baik untuk mengelakkan daripada anda terjebak dengan bahaya dadah yang boleh memusnahkan kehidupan di dunia dan akhirat.

RENCANA : Mengurus Perbelanjaan Mengikut Perspektif Keagamaan

Oleh MOHD. SHAUKI ABD. MAJID
ISLAM mengeji perbuatan boros sebaliknya menggalakkan sifat hemah dan berhemat dalam menguruskan perbelanjaan. Dalam Al-Quran Allah SWT menegaskan dalam firmannya yang bermaksud: "Dan orangorang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebih, dan tidak pula kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." (Surah Al-Furqan ayat 67)
Oleh kerana itu Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk mengambil sifat di antara kedua sifat iaitu berlaku hemah dalam mengeluarkan harta atau perbelanjaan. Hemat bererti tidak cenderung kepada kekikiran dan tidak pula kepada pemborosan atau pembaziran.
Sehubungan itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Jangan kamu jadikan tanganmu sentiasa terbelenggu kelehermu, (kerana kikir dan tidak mahu berbelanja pada jalan Allah dan jalan kebajikan dan jangan pula menghulurkannya (dengan) seluas-luasnya maka kamu akan merana dan menyesal (nanti). (Maksud al-Quran Surah Al-Isra ayat 29).
Orang yang boros ialah orang yang mengeluarkan atau berbelanja hartanya secara berlebih-lebihan iaitu di luar keperluan yang sebenar. Hakikatnya sifat boros dan kikir (kedekut) tidak seharusnya dimiliki oleh seseorang Muslim. Demikian juga kepada golongan pemboros diumpamakan sebagai saudara-saudara syaitan, kerana sering mengeluarkan hartanya atau berbelanja hartanya pada jalan yang tidak bermanfaat atau bahkan pada jalan kemaksiatan.
"Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya." (Maksud Surah Al-Isra ayat 27).
Ali Sabit pernah berkata:"Penyakit akal itu bangga diri dan emosi, dan penyakit harta itu ialah pemborosan."
Allah SWT menjelaskan bahawa orang yang boros itu adalah saudara syaitan. Tabiat membazir amatlah di benci Allah dan sebaliknya amat disukai syaitan, sedangkan syaitan itu menjanjikan kekafiran. Oleh itu dalam keadaan barang keperluan yang semakin melambung tinggi maka hendaklah kita bersederhana dalam setiap perbelanjaan seharian.
Tegahan dan larangan bersifat boros juga sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, maksudnya: "Sesiapa yang berjimat cermat, tentu Allah memberikan kekayaan kepadanya. Dan sesiapa yang boros, tentu Allah menjadikannya miskin. Dan sesiapa yang merendah diri, tentu Allah akan mengangkat (darjatnya) dan sesiapa yang bongkak atau sombong nescaya Allah akan memutuskannya (memusuhinya)".
Justeru syariat Islam memberi peringatan akan bahaya as-saraf (pemborosan) mahupun berlebihan dalam perbelanjaan.
Al-Quran telah menegaskan bahawa tipologi manusia melakukan pembaziran wang dan berpoya-poya di saat ketika berada dalam kesenangan. Mereka tidak berada dalam kehidupan yang sederhana dan keseimbangan.
Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud: "Dan jikalau Allah SWT melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha mengetahui (keadaan) hamba-hambaNya lagi Maha Melihat. (Surah Asy-Syura ayat 27).
Islam menggalakkan sifat sederhana dalam perbelanjaan dan penggunaan. Menyederhanakan perbelanjaan bermaksud berbelanja 'minimum' setakat yang dapat mengawal/menahan kehendak nafsu dan berlebihan dan tidak pula memudaratkan/menghalang penerusan kehidupan manusia yang baik.
Kalau kita mahu menjadikan kehidupan ahli salaf sebagai kayu ukur untuk sifat kesederhanaan ini, mungkin kita akan terkejut dan terasa menyusahkan. Ia menyusah kerana kita telah terbiasa menjalani kehidupan secara bermewah-mewah dan jarang mengharungi untuk hidup secara bersusah payah sebagaimana orang miskin. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jauhilah gaya hidup bermewahan. Sesungguhnya hamba-hamba Allah itu bukan orang yang bermewah-mewahan."
Banyak iktibar dan pengajaran boleh dipetik dari al-Quran surah Yusuf ayat 43 hingga 49. Apa yang dapat kita faham daripada cerita al-Quran ini dan kita sebagai umat Islam dan seluruh rakyat sebuah negara itu perlu sedar dan sentiasa siap sedia untuk melalui masa gawat dan kesempitan serta sanggup merubah sikap untuk berjimat cermat atau berhemat dalam perbelanjaan setiap masa supaya dapat mereka mengharungi sebarang ujian dan dugaan dalam kehidupan ini dengan penuh keselesaan.
Pengajaran lain yang boleh diambil dari peristiwa tersebut ialah pihak berkuasa sendiri perlu berlaku adil untuk melantik mereka yang mampu dan layak untuk menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan sesuai dengan bidang masing-masing terutama dalam hal-hal pengurusan yang berkaitan dengan ekonomi.

RENCANA : Melengahkan Kebaikan Membawa Keburukan

Oleh MUHAMMAD HISYAM MOHAMAD
KHALIFAH Umar ibn Abdul Aziz (63h-101h) hanya sempat memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyah untuk selama dua tahun setengah sahaja. Bagaimanapun dalam tempoh yang singkat, Khalifah Umar berjaya mengubah dasar pemerintahan yang bersifat kebangsaan dan perkauman kepada sebuah kerajaan yang berpaksikan nilai agama Islam yang tulen.
Rakyat pula berjaya menikmati kemakmuran ekonomi sehinggakan pada zaman pemerintahannya yang singkat itu dikatakan tiada siapa di kalangan masyarakat Islam yang layak menerima zakat.
Adalah sesuatu yang mengkagumkan kita kerana suasana kemakmuran ekonomi dan ketiadaan golongan yang layak menerima zakat wujud sedangkan pada masa yang sama Khalifah Umar mengambil beberapa langkah berbentuk percukaian yang memberi kesan langsung ke atas kedudukan kewangan negara.
Antara langkah tersebut ialah pemansuhan jizyah ke atas kaum Muslimin bukan berketurunan Arab. Langkah ini sebenarnya dibantah keras oleh para gabenornya dengan alasan apabila semakin ramai orang bukan Arab memeluk Islam, maka bilangan yang membayar jizyah akan bertambah kecil.
Memang ada kebenaran hujah gabenor-gabenor tadi kerana apabila kutipan cukai berkurangan, hasil negara akan menurun. Namun bagi Khalifah Umar, Nabi Muhammad SAW diutus sebagai pembawa petunjuk dan bukan sebagai pemungut cukai.
Justeru, matlamat utama pemerintahannya ialah untuk menegakkan syiar agama Islam dan memastikan setiap anggota masyarakat menikmati kesaksamaan dalam keadilan sosial.
Langkah yang paling penting yang dibuat oleh Khalifah Umar untuk menyelesaikan masalah penurunan hasil kerajaan ini ialah melalui penjimatan dalam pengurusan negara.
Beliau mengambil langkah memansuhkan segala jenis mahrajan (perayaan), upacara-upacara perasmian kerajaan, hadiah-hadiah kepada tetamu dan perbelanjaan-perbelanjaan yang membazir.
Dengan kata lain, kedudukan hasil pendapatan negara yang baik melalui percukaian bukanlah satu jawapan mutlak kepada kemakmuran ekonomi rakyat. Apa yang lebih penting ialah bagaimana pihak pemerintah mengurus hasil cukai dan pendapatan negara tadi untuk kepentingan rakyat.
Pengurusan hasil negara yang berhemah adalah penting. Ia sama pentingnya dengan teladan yang perlu ditunjukkan oleh pihak pemerintah dan jentera pentadbirannya sebelum mereka boleh menyarankan agar rakyat berjimat cermat.
Jadi kunci utama kepada pengurusan kewangan negara yang berhemah ialah ketelusan dan kebertanggungjawaban serta tahu keutamaan dalam menentukan ke mana hasil tadi perlu disalurkan.
Dalam membicarakan tentang ketelusan, pihak kerajaan sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan apa jua yang berlaku di dalam pentabdiran negara. Walaupun persoalan tentang ketelusan ini hanya masyhur sejak kebelakangan ini, tetapi di dalam sejarah Islam, hal ini sudah pun dititikberatkan oleh para khalifah terdahulu.
Kebanyakan kita tentu pernah mendengar kisah Khalifah Umar yang tidak pernah melakukan sebarang tugasan peribadi dengan menggunakan lampu yang dinyalakan dengan minyak kerajaan. Beliau pernah diberitakan pernah menangis selepas sembahyang selepas dilantik menjadi khalifah.
Akan tetapi tangisan beliau bukanlah suatu tangisan gembira kerana mendapat jawatan. Sebaliknya ia merupakan satu tangisan mengenangkan tanggungjawab yang perlu dipikul dan akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Bagi khalifah Umar, tanggungjawab yang dipikul bukan sekadar satu tanggungjawab yang bersifat terpilih. Ia meliputi tanggungjawab ke atas semua lapisan masyarakat yang ada di dalam negara Islam pada waktu tersebut.
Beliau bukan sekadar mengenangkan nasib rakyat miskin, sakit, tertindas serta mereka yang mempunyai keluarga yang besar tetapi mempunyai sumber kewangan yang sedikit, tetapi nasib banduan di dalam penjara pun tidak terlepas daripada perhatian beliau.
Semasa zaman pemerintahan beliau, tidak banyak peristiwa pembukaan yang berlaku. Tambahan pula beliau tidak banyak memberi penekanan kepada perbelanjaan ketenteraan. Sebaliknya tumpuan utamanya ialah untuk memantapkan jentera pentadbiran serta memajukan ekonomi negara. Maka tidak hairanlah perbelanjaan hasil negara lebih menjurus kepada soal kebajikan dan tujuan pendidikan.
Alangkah elok kalau para pemimpin hari ini dapat mencontohi corak peribadi dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar ini. Jika hari ini para pemimpin negara sibuk memperkatakan tentang kepimpinan melalui teladan dan sibuk menggesa rakyat mengubah cara hidup bagi menangani masalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, jadi apa salahnya mereka ini mengambil iktibar daripada cara Khalifah Umar mengurus dan mentadbir negara.
Jika hari ini soal ketelusan dan kebertanggungjawaban pihak pemerintah sering mendatangkan kemusykilan dan kesangsian di kalangan anggota masyarakat, namun kedua-dua persoalan tadi, bukanlah sesuatu yang boleh diragui dan dipertikaikan apabila kita kaitkan dengan Khalifah Ummaiyah yang terbilang ini.
Ketelusan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar adalah satu bentuk ketelusan yang tidak terdapat dalam diri pemerintah pada hari ini. Jika hari ini para pemerintah yang perlu telus dengan peringkat tertinggi kerajaan, namun beliau adalah telus kepada rakyat jelata. Maksudnya rakyat berpeluang untuk tahu apa yang berlaku di dalam pentadbiran beliau selain mereka mendapat maklumat yang tepat tentang sumber kewangan dan perbelanjaan beliau.
Seperkara lagi yang perlu kita renungkan ialah sesuatu kebaikan itu sebenar tidak memerlukan tempoh yang panjang untuk dilaksanakan. Kelewatan pihak pemerintah dalam melaksanakan kebaikan akan hanya menyebabkan rakyat terpaksa menunggu lama sebelum mereka dapat merasai manfaatnya.
Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz hanya mengambil masa kurang daripada tiga tahun untuk melaksanakan pelbagai perkara kebaikan kepada rakyatnya yang terdiri daripada agama dan bangsa. Jadi adalah tidak wajar jika sesebuah kerajaan melengah-lengahkan usaha ke arah memperbaiki mutu kehidupan rakyat jelata semata-mata ingin memberi ruang kepada sesuatu yang tidak memberi masalah kepada masyarakat umum

MELAYU RUGI BERPECAH

Oleh Siti Mariam Md. Zain
KUANTAN 19 Jun - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melahirkan kebimbangan terhadap perpecahan di kalangan orang Melayu kerana ia boleh mendatangkan kesan yang merugikan masa depan kaum itu.
Baginda bertitah, apabila orang Melayu tidak bersatu, mereka seolah-olah menyerah dan melepaskan kuasa yang ada dan akhirnya boleh mengakibatkan bukan sahaja orang Melayu tidak relevan malah agama Islam juga terpinggir.
Sehubungan itu, Tengku Mahkota menyarankan agar perpaduan Melayu digerak dan diusahakan tanpa berlandaskan sebarang fahaman atau ideologi politik.
Dalam masa sama, baginda berharap, institusi raja Melayu tidak seharusnya dianggap musuh oleh pihak tertentu di negara ini sebaliknya perlu mempunyai semangat 'wujud bersama' bagi menjamin kesejahteraan dan kedaulatan negara.
Tengku Mahkota Pahang bertitah, adalah tidak adil sesetengah pihak mempertikaikan peranan raja-raja Melayu kerana kemakmuran dan kemajuan yang dikecapi negara ketika ini turut disumbangkan oleh golongan terbabit.
''Kita seharusnya memahami peranan kita sesama sendiri, bukan menjadikan institusi raja Melayu sebagai musuh pula. Saya berasa terkilan juga dengan pihak-pihak yang cuba mempersoalkan peranan raja-raja," titah baginda dalam satu wawancara yang disiarkan menerusi portal rasmi kerajaan negeri Pahang.
Baginda menegaskan, raja adalah penjaga negeri, pelindung hak orang Melayu dan ketua kepada semua kaum.
"UMNO patut mengambil kira tentang cara-cara untuk mengukuhkan institusi raja Melayu. Bukannya kita hendak kuasa lebih tetapi kita perlu kaji supaya institusi ini tidak boleh diperkotak-katik, dipersenda atau diperkecilkan oleh mana-mana pihak," titahnya.
Mengulas keadaan negara, tegas baginda, Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu menunjukkan seolah-olah cita rasa dan buah fikiran rakyat sudah berbeza dan ini yang mungkin Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya tidak menyedari atau terlepas pandang.

Wednesday, June 18, 2008

RENCANA : Kaedah Berjimat Dengan Menu Berkhasiat, Sihat

Oleh Dr Rusinah Siron
BIDALAN ‘setiap yang berlaku ada hikmahnya’ memang ada kebenaran kerana selama ini negara kita memang cukup makmur dengan pelbagai jenis makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat yang memenuhi setiap menu makanan keluarga berbilang kaum di Malaysia. Kemakmuran dalam aspek makanan di Malaysia ini begitu terkesan hingga wujud kata-kata rakyat Malaysia bukan mati kerana tidak makan tetapi mati kerana terlebih makan. Nasi yang menjadi makanan ruji utama di Malaysia diambil secara berlebih-lebihan, pagi makan dengan pelbagai jenis hidangan nasi, nasi lemak, nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu, nasi kunyit dan pelbagai lagi makanan pagi yang menggunakan beras. Makan tengah hari pula, tidak sah kalau tidak makan nasi dengan nasi ayam, nasi tomato, nasi minyak, nasi beriani, nasi campur dan pelbagai lagi. Makan malam pula, hidangan nasi lagi iaitu nasi air, nasi goreng, nasi putih dan pelbagai lauk pauk memenuhi meja makan malam.
Begitulah kayanya Malaysia dengan pelbagai menu yang berteraskan beras sebagai santapan utama mereka. Tidak pernah rakyat Malaysia merungut kekurangan beras kerana beras boleh didapati di mana-mana, di kampung, pekan kecil, pekan besar, bandar, ibu kota dan serata kawasan di Malaysia. Tetapi keadaan sekarang sudah berubah dengan peningkatan harga beras, nampaknya memberi impak terhadap status ekonomi keluarga di Malaysia terutama keluarga kurang berkemampuan atau keluarga yang suam-suam kuku kemampuannya dan ditambah mempunyai ramai anak. Kita ambil contoh, jika dulu beras sekampit 10 kilogram boleh dibeli pada harga serendah RM17 kualiti sederhana tetapi sekarang dengan kualiti sama, harga beras naik RM22. Kenaikan harga beras sebanyak RM5, memberi impak besar bagi keluarga berpendapatan rendah.
Jika dulu, lebihan duit RM5 boleh dibuat perbelanjaan bagi tambahan duit belanja dapur, kini RM5 perlu ditambah untuk membeli keperluan dapur dan dalam masa sebulan RM25 perlu ditambah dalam perbelanjaan harian. Jika dilihat dari sudut ekonomi, jika harga beras tidak naik, RM25 sebulan itu boleh disimpan sebagai tabung kecemasan keluarga, jika disimpan setahun menjadi RM300. Bagi keluarga berpendapatan rendah, mereka sudah ada simpanan sebanyak itu bagi kegunaan kecemasan dan masa depan tetapi dengan kenaikan harga beras, simpanan tidak dapat dilakukan, malah perbelanjaan keluarga pula terus meningkat. Bagaimana wanita yang berperanan sebagai isteri, ibu dan pekerja dapat membantu mengekalkan ekonomi keluarga agar terus stabil dalam keadaan peningkatan harga beras dan barang keperluan lain. Antara caranya ialah: l Mengatur menu masakan keluarga dengan lebih bijak. Jika dulu menu makan pagi, tengah hari dan makan malam dipenuhi nasi dengan lauk pauk, kini aturan makan lebih sempurna, dengan makan pagi lebih kepada bijirin dan roti, makan tengah hari, nasi dan makan malam lebih kepada sup dan sayur-sayuran. Aturan makanan ini bukan saja menjimatkan tetapi baik untuk kesihatan.
l Jika dulu lebihan nasi dibuang atau terbiar basi di periuk, kini, setiap lebihan nasi, perlu diguna semula seperti dibuat nasi goreng, puding nasi atau dikeringkan untuk dibuat emping nasi dan sebagainya. Ia boleh dijadikan menu minum petang dan lebih menjimatkan daripada membeli makanan di luar. l Simpan beras di tempat bersih dan kering bukan disimpan dalam stor simpanan barang atau dalam plastik beras. Keadaan ini menyebabkan beras mudah rosak dan dimasuki serangga yang menjadikan beras tidak dapat digunakan dan dibuang begitu dan pembaziran berlaku. l Apabila mengadakan majlis keraian dan riadah bersama keluarga dan rakan, ubahlah menu daripada makan nasi kepada menu yang lebih ringan dan berkhasiat seperti menu mi dengan viariasi masakan. Banyak menu menarik daripada mi seperti mi goreng, mi sup, mi bandung dan sebagainya yang memang sedap dan menyelerakan. l Buat perancangan dalam seminggu hanya makan nasi tiga hari dan empat hari lain ditukarkan dengan menu lain yang menyelerakan. Contohnya, Ahad, makan nasi, hari Isnin apabila anak bersekolah dan suami bekerja, makan malam lebih kepada menu pankek bercicah sambal tumis dengan sup. Selasa, makan nasi berlauk, Rabu pula, makan mi bandung dengan salad, Khamis, makan laksa dan kuih-muih, Jumaat, makan nasi dengan sayur-sayuran dan ikan, Sabtu, hari riadah bersama keluarga, makan di luar atau berkelah dengan menu masakan mi goreng dan pelbagai jenis buah-buahan. Sebagai isteri dan ibu, kita boleh memainkan peranan lebih positif dan kreatif dalam menyediakan makanan berkhasiat dan digemari keluarga. Yang pentingnya kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dan memberikan kebahagiaan keluarga melalui penyediaan makanan yang berkhasiat dan menyelerakan. l Buatlah pilihan bijak ketika membeli- belah, pilihlah kedai atau pasar raya yang lebih bertimbang rasa dalam menangani kenaikan harga beras. Bagi wanita yang menjadi peneraju utama dalam urusan masak memasak dan kerja domestik rumah tangga, kita perlu prihatin dan kepentingan rumah tangga perlu diberi perhatian serius dalam usaha untuk untuk membantu mengekalkan perbelanjaan keluarga dan pada masa sama, keharmonian keluarga melalui kreativiti dan inovasi dalam masakan walaupun dihimpit dengan kenaikan harga beras dan barang keperluan lain. Kata pepatah mengatakan ‘ikat suami dengan perut’ dan ‘masakan ibu adalah paling sedap’ memang tidak pernah diragui kebenarannya. Gunakanlah penghargaan yang diberikan suami dan anak terhadap kemahiran masakan wanita untuk mencipta lebih banyak resipi baru yang sedap, berkhasiat dan tidak menggunakan beras tapi menggunakan teras kepercayaan, kasih sayang, kreativiti dan keyakinan untuk memberikan masakan dan makanan yang terbaik untuk keluarga tercinta.
Prof Madya Dr Rusinah Siron ialah pensyarah di sebuah universiti swasta di Lembah Klang