Wednesday, April 1, 2009

"Najib sah angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jumaat ini (3 April 2009)"

"8 April 2009 barisan Kabinet baru akan diumumkan oleh bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak" ?.

“Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mahu dan Engkau jua yang mencabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa yang Engkau mahu dan Engkau hinakan pula sesiapa yang Engkau kehendaki.” surah Ali Imran ayat 26

“Bagi manusia ada malaikat yang berganti-ganti mengintip, di hadapan dan di belakang. Mereka itu menjaganya dari perintah Allah. Sesungguhnya, Allah tiada mengubah keadaan suatu kaum kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” Surah Ar-Ra’d ayat 11


1.Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Jumaat ini.

2.Semua anggota Jemaah Kabinet telah menerima surat jemputan menghadiri istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia Najib yang akan berlangsung di Istana Negara.

3.Akan berlangsung pada pukul 9 pagi Jumaat ini bertempat di Balai Rong Seri Istana Negara.

4.Sumber Istana Negara memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Tuanku Mizan secara rasmi pada Khamis ini bagi memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan.

No comments: