Wednesday, April 8, 2009

NASIP RUMPUN PERIBUMI SEBELUM DAN SELEPAS PILIHARARAYA 2008 ?







Tidak dinafikan bahawa Pilihanraya Malaysia 2008 adalah suatu perubahan atau aliran drastik pola perubahan kepimpinan negara daripada didominasikan oleh Barisan Nasional.

Separuh daripada semenanjung Malaysia telah beralih kepada pakatan pembangkang. Dengan ujudnya budaya perubahan atau people power atau di kalangan india di kenali sebagai makkal sakti, maka element dan pengaruh politikus atau politik yang dipelopori oleh tokoh sebelum merdeka telah berubah.

Perubahan ini pada konsep universal justice atau kehendak dan juga kesedaran universal yang didorong kepada kerajaan yang lebih transparent dan telus, sebenarnya mungkin membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia, tetapi sebagai rakyat Malaysia, peralihan ini dinantikan tetapi apakah nasib rumpun peribumi sebagai warga teras bangsa ?

Peribumi sepatutnya turut serta di dalam kehendak universal dengan menjamin wujudnya keadilan dan ketelusan yang dapat membina keyakinan bahwa pemimpin tetap mengutamakan pembangunan yang lestari dengan mengambilkira konsep pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama dan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan swasta dapat merealisasikan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan negara dengan cekap dan berkesan dan budaya berfikir secara minda kelas satu mestilah menjadi teras amalan kepimpinan dengan visi untuk memastikan setiap tindakan yang dilakukan tidak lagi memberi imej dan persepsi sebagai perilaku yang boleh dikelasifikasikan sebagai perbuatan menggadaikan hak dan jati diri rumpun bangsa.

No comments: