Saturday, April 4, 2009

SAF KEPIMPINAN DALAM PROSES PENAMBAHBAIKAN ?

TUGAS PERTAMA : Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berangkat mengiringi Yang Dipertuan Agong bagi menghadiri acara rasmi pertama selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-6 Malaysia. Tun Dr Mahathir dan beberapa orang menteri kabinet turut hadir.



MASIH BERFIKIR. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak masih belum menetapkan siapa akan membarisi Kabinetnya. “Saya masih memikirkan sehingga saat ini. Fikir dan terus berfikir. Media hanya membuat spekulasi mengenainya (barisan kabinet),” katanya ketika diminta mengulas mengenai barisan Kabinet yang dijangka akan diumumkan pada 8 April ini.

SERAH BORANG.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini 4 April 2009 (sabtu) secar rasmi menghantar borang keahlian Umno kepada Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata, keahlian Tun Mahathir diterima tanpa syarat dan beliau percaya kemasukan bekas Perdana Menteri itu akan memberi rangsangan yang amat kuat dan dapat membantu mengkukuhkan Umno dan Barisan Nasional(BN).


Menjelaskan lebih lanjut Najib berkata, kemasukan Tun Mahathir membuka lebaran baru bagi Umno. "Ini bererti satu episod dalam Umno sudah pun berkahir. Kita anggap ini sebagai satu pembuka tirai kepada hasrat kita untuk melihat pemimpin dalam Umno dulu dan sekarang bersatu untuk menegakkan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan rakyat di negara ini," katanya selepas menerima penyerahan borang keahlian Tun Mahathir dan keluarganya di Seri Satria hari ini.

No comments: