Thursday, April 30, 2009

KEPIMPINAN DAN PERBEZAAN DENGAN PENGURUSAN

Pengenalan

Mengurus dan mentadbir seuatu itu adalah merupakan satu kerja yang amat penting. Seseorang itu mungkin mengetuai sesebuah organisasi ataupun jabatan, dan dibawahnya terdapat banyak sumber ataupun harta yang perlu diurus dan ditadbir secara betul. Justeru itu perkara yang perlu diurus atau ditadbir itu boleh wujud dalam bentuk sumber manusia, sumber kewangan, alat-alat jentera dan sebagainya. Seorang itu mungkin pula mempunyai kuasa dan pengaruh sebagai seorang pentadbir. Oleh itu eleman mengurus, mentadbir dan mempunyai kuasa oleh seseorang pentadbir disini boleh dilihat daripada prespektif kepunyaan elemen memimpin dan menguruskan sumber sumber organisasi.

Kegagalan Organisasi

Kajian kajian pengurusan telah Berjaya melihat bahawa kejayaan sebuah organisasi adalah bertitik tolak daripada keupayaan kepimpinan dan kecekapan pengurusan pentadbir organisasi tersebut. Didapati salah satu masalah yang menyebabkan kegagalan organisasi kecil mahupun besar ialah kelemahan pengurusan dan kepimpinan. Kelemahan pengurusan ini boleh berlaku dalam berbagai bentuk, termasuklah kelemahan mengurus dengan cekap, kekurangan ilmu sains pengurusan, kerendahan akhlak dan moral, kelemahan dan ketandusan pemimpin yang berkesan dan sebagainya. Adalah percayai bahawa yang paling penting diubah dalam memastikan kecekapan dan kejayaan diatas adalah manusia yang menjadi pengurus mahupun pemimpin serta juga manusia yang diurus serta dipimpin. Yang perlu diubah ialah sikap manusia. Sikap ini boleh diubah dengan menanam kefahaman yang jelas mengapa pentingnya elemen pengurusan dan kepimpinan yang akan mengurus serta memimpin organisasi. Jika tiada sifat kesedaran tersebut maka perasingan konsep pengurusan dan kepimpinan pasti gagal menguruskan organisasi. Jika seorang pentadbir mampu mengurus tetapi lemah memimpin, apa yang pasti organisasi gagal dibawa kepada hala tuju yang telah ditetapkan kerana arahan yang dikeluarkan tiada siapa yang mengikutnya. Begitu juga jika ia mempunyai kemahiran memimpin tetapi gagal dalam mengurus maka pastinya urusan organisasi akan menjadi satu hala dan tiada tersusun organisasi kerana tiadanya elemen mengurus dan mentadbir secara sistematik dapat diterapkan.

kepimpinan?

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.

Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke masa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang menerima arahan.Di dalam masyarakan negara ini terutama masyarakat melayu, konsep malu alah boleh di gunakan untuk mendapatkan kerjasama daripada pekerjanya.Apabila di berikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka , mereka akan berasa silu untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan pemimpni,mereka akan berasa berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah di perlakukan baik kepadanya.Oleh yang demikian, seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja di dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.

Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak.Dengan melihat masa hadapan,pemimpin dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi tersebut.Keadaan ini dapat disaksikan bagaimana Allahyarham Mat Saman telah membina tali air di Kedah.Pendek kata,pemimpin perlu mempunyai keupayaan mendahului zamannya,caranya ialah dengan mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan.

Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan. Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.Sebagai contoh,seseorang perlulah mengetahui tentang teknologi kerana ia merupakan sesuatu yang penting.Ramai yang beranggapan apabila kita membicarakan tentang teknologi,kita akan merujuk kepada teknologi semata-mata tetapi seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan tentang teknologi dalam erti kata beliau memiliki teknologi yang boleh membantu didalam mempercepatkan kerja dan memberi keberkesanan terhadap kerja didalam organisasinya.Dari sinilah beliau akan di tanggapi sebagai pemimpin yang berkebolehan dalam melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang lama berbanding dengan pengurus-pengurus yang lain.Oleh yang demikian,apabila seseorang pemimpin mempunyai pengetahuan , beliau boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja konpleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.

Selain itu,untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi,seseorang pemimpin itu perlu memberi dorongan kepada pekerjanya. Dalam konteks ini,dorongan merupakan usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik.Gelagat yang ada pada pekerja boleh di kesan dan di kenalpasti oleh pemimpin dan dari situlah dorongan perlu di serap ke dalam sanubari mereka.Sebagai contoh,beberapa model yang di kemukakan oleh Abraham H Maslow iaitu seorang sarjana barat boleh di sesuaikan dengan kerangka penerapan dorongan kepada pekerja mengikut keadaan,masa dan suasana. Tingkat kehendak Maslow meletakkan manusia sebagai makluk yang mempunyai peringkat tertentu dan ianya di mulakan dari peringkat fisiologi, jaminan, gangguan, penghormatan dan peringkat tertinggi adalah pencapaian hasrat hati.Oleh demikian,model tingkat kehendak Maslow boleh digunakan dengan baik untuk tujuan memberi dorongan kepada pekerja.Dari struktur kehendak ini biasanya pekerja akan cuba memenuhi kehendak terbawah dahulu dan naik setingkat demi setingkat bagi merealisasikan kecemerlangan organisasi tersebut.

Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan menghayati budaya kerja di dalam organisasi.Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang.Justeru itu, panduan nilai dan etika perlu di rangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa organisasinya ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang di inginkan.Sesungguhnya,pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata sebenarnya.Kepimpinan merupakan unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor utama yang menyenpurnakan faktor-faktor lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.Akhir kata,kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.

Definisi Kepimpinan

Pada amnya kepimpinan didefinisikan sebagai satu proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha kea rah pencapaian matlamat organisasi. Terdapat tiga (3) factor penting tentang definisi kepimpinan iaitu

1. Kepimpinan mestilah melibatkan orang lain atau pihak lain samada pekerja bawahan yang dipertanggungjawab atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan membantu mentakrifkan status pemimpin dan mewujudkan proses kepimpinan melalui kesanggupan mereka yang menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang diantara para pemimpin dan ahli kumpulan.

2. Para pemimpin mempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan kegiatan-kegiatan anggota kumpulan. Arahan ini membuktikan kekuasaan yang dimiliki yang menjadikan statusnya sebagai pemimpin.

3. Selain daripada berkuasa untuk member arahan tentang apa yang perlu dilakukan,, pemimpin boleh dan perlu mempunyai daya mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan bagi membolehkan pekerja atau anggota pengikut melakukan arahan tersebut.

Secara umumnya kepimpinan amat diperkukan dalam sesebuah organisasi dan kumpulan supaya ada pihak yang menyusun dan mengatur segala urusan bagi mencapai tujuan atau misi yang telah ditetapkan. Dengan adanya seeorang pemimpin, setiap keputusan atau tindakan yang akan diambil oleh kumpulan tersebut dapat dibincangkan secara bersama. Seterusnya dengan kepercayaan yang diberikan kepada pemimpin, sesuatu keputusan yang dibuat akan dihormati dan ini menjamin kepentingan semua pihak supaya terpelihara.

Malah dalam islam kepimpinan amat ditekankan seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “ jika tiga orang keluar bermusafir, hendaklah salah seorang daripada mereka dilantik menjadi ketua”

Pengurusan – satu pemahaman dalam mentadbir organisasi

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.

Kata kerja "mengurus" datangnya daripada perkataan bahasa Itali, maneggiare (menangani — khususnya, seekor kuda), yang pada dirinya diterbitkan daripada perkataan Latin, manus (tangan). Perkataan bahasa Perancis, mesnagement (kemudiannya ménagement), telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan bahasa Inggeris, management pada abad-abad ke-17 dan ke-18.

Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh. Pengurusan dikendalikan melalui berbagai-bagai fungsi yang sering dikelaskan seperti yang berikut:

1. Merancang: Memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan (hari ini, minggu depan, bulan depan, tahun depan, pada sepanjang lima tahun yang berikut, dan sebagainya), dan mencipta rancangan-rancangan untuk dilaksanakan.

2. Mengatur: Menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancangan-rancangan dilaksanakan dengan berjaya.

3. Memimpin/Memotivasi: Menonjolkan kemahiran dalam bidang-bidang kepimpinan dan motivasi untuk mendapatkan orang-orang lain memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan-rancangan.

4. Mengawal, mengawas: Memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar dengan rancangan, serta mengubah suai rancangan tersebut (jika perlu), berdasarkan maklum balas.

Mary Parker Follett (1868 - 1933) yang menulis tentang topik ini pada awal abad ke-20 mentakrifkan "pengurusan" sebagai "seni untuk mencapai sesuatu maklumat melalui orang.. Seseorang juga boleh memikirkan pengurusan berdasarkan fungsinya, iaitu sebagai:

  • tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan keputusannya, mengubah suai sebahagian rancangan asal; atau
  • tindakan untuk mencapai sesuatu maklamat yang dirancang.

Pengurusan juga merangkumi keadaan-keadaan yang tidak adanya perancangan. Dari sudut pandangan ini, Henri Fayol, seorang anak Perancis, menganggap bahawa pengurusan terdiri daripada lima fungsi:

  1. merancang
  2. mengatur
  3. memimpin
  4. menyeleraskan
  5. mengawal

Walaupun takrif ini berguna, sesetengah orang berpendapat bahawa ia terlalu terbatas. Frasa "pengurusan ialah apa yang dibuat oleh para pengurus" sering terdengar, dan membayangkan kesusahan untuk mentakrifkan pengurusan, dengan sifat takrif yang berubah-ubah, serta hubungan antara amalan pengurusan dengan kader atau kelas pengurusan.

Salah satu aliran fikiran menganggap pengurusan sebagai serupa dengan "pentadbiran perniagaan", walaupun ini mengecualikan pengurusan di tempat-tempat bukan perniagaan seperti pertubuhan amal dan perkhidmatan awam. Sungguhpun demikian, banyak orang merujuk kepada jabatan universiti yang mengajar pengurusan sebagai "pusat pengajian perniagaan", dengan sesetengah institusi seperti Pusat Pengajian Perniagaan Harvard menggunakan nama ini.

Walau bagaimanapun, menurut definisi Anderson yang lebih lengkap, ada tiga tingkatan takrif yang boleh difahami daripada pengurusan iaitu
1. Pengurusan membawa maksud pengurus atau pekerja sesebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk mengatur atau merancang urusan organisasi dalam lingkungan polisi dan kehendak organisasi atau institusi perniagaan pekerja tersebut.
2. Pengurusan sebuah syarikat berhad dianggotai oleh lembaga pengarah. Ahli Lembaga pengarah pula dianggotai oleh ahli yang mempunyai jawatan eksekutif dan bukan eksekutif. Mereka ini bertanggungjawab untuk merancang dan mengatur segala falsafah dan polisi syarikat.
3. Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai aktiviti mengurus sumber dan tugas untuk mencapai objektif yang telah ditentukan.

Anderson juga menjelaskan fungsi pengurusan adalah :

1. Pengurusan yang mantap mestilah mempunyai wawasan dan mampu melihat hambatan serta peluang untuk Berjaya dalam rangka dunia yang sentiasa berubah.

2. Pengurus perlu mengadakan perancangan jangkamasa panjang yang menggariskan halacara operasi, menyusun pekerja untuk melakukan tugasan dengan cekap, mengagih, mengawal, merangsang motivasi dan tugas kepada semua pekerja dibawahnya agar objektif dan matlamat dicapai.

Kepimpinan & Pengurusan – satu perbezaan tetapi kearah matlamat yang sama.

Berdasarkan kepada dua definisi yang telah dijelaskan diatas, maka ternyata wujud perbezaan ketara antara kepimpinan dan pengurusan. Namun dalam usaha menjadikan organisasi yang diterajui cemerlang, isu perbezaan ini harus dilihat dalam konteks yang lebih meluas iaitu kea rah menjurus pencapai wawasan dan misi yang ditetapkan organisasi. Seorang pengurus atau pemimpin memerlukan kemahiran mengurus dan memimpin. Seorang pemimpin yang gagal memiliki kebolehan mengurus hanya akan mampu menjadi seorang pemimpin yang gagal menentukan matlamat. Begitu juga seorang pemimpin yang tiada memiliki kebolehan kepimpinan akan menjadikan ia sebagai seorang pemimpin yang gagal mengarahkan anggotai kea rah mencipta pencapaian matlamat yang ditetapkan.

Justeru itu saya sangatlah bersetuju bahawa wujud elemen perbezaan antara kebolehan kepimpinan dan kebolehan pengurusan tetapi ianya harus dilihat dari sudut kedua-dua elemen ini amat diperlukan oleh seorang pentadbir atau pemimpin organisasi. Kepimpinan akan membicarakan wawasan dan pengurusan pula lebih menjurus kepada membincangkan strategic yang perlu dilakukan kea rah mencapai wawasan tersebut. Arahan kea rah mencapai wawasan dapat dilaksanakan menerusi kebolehan kepimpinan dan kebolehan merancang,menyusun, mengurus dan mengawal strategic bagi mencapai wawasan akan dilakukan dengan kebolehan pengurusan yang dimiliki.Disinilah kita melihat bahawa kepimpinan akan menfokuskan kepada visi dan kebolehan pengurusan menfokuskan kepada aspek objektif.

Kesimpulan

Diakui bahawa wujud perbezaan dari sudut definisi dan pelaksanaan bagi kepimpinan dan pengurusan. Namun dalam konteks seorang pentadbir organisasi, kebolehan kedua-dua elemen ini amat penting dalam memastikan hala tuju wawasan dan objektif organisasi dapat dicapai. Pengurusan akan memastikan wujud elemen kawalan dan perancangan serta menyusunkan kea rah visi yang ditetapkan oleh seorang pemimpin. Kepimpinan pula akan menjuruskan kepada hala tuju yang boleh mendorong kepada motivasi, aspirasi, semangat dan tenaga kepada pengikut atau pekerja bawahan untuk membantu pentadbir melaksanakan strategic yang telah dibentuk. Seorang pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang baik akan mampu memotivasi dan mewujudkan tenaga aspirasi kepada orang bawahan atau pengikut bagi melaksanakan segala perancangan atau arahan kea rah mencapai visi yang ditetapkan. Kepimpinan yang baik juga akan selalu menghadiahkan dan member sokongan yang jitu kepada pengikut atau orang bawahanya untuk terus bersemangat melaksanakan yang terbaik kepada organisasi.

Justeru itu kebolehan yang berbeza ini tetapi amat penting kepada organisasi kerana kepimpinan pengurusan akan dapat melahirkan

1. Kepimpinan pengurusan akan mengambil berat kedua-dua belah pihak iaitu pemimpin dan yang dipimpin.

2. Walaupun ketua selalunya seorang tetapi dalam konteks kepimpinan pengurusan satu tindakan bersama akan terserlah kerana terdapatnya peluang bermesyuarat dan kebebasan mengeluarkan pendapat yang meluas.

3. Pemimpin harus menjadi contoh yang mana pengikut bukan hanya disuruh melakukan sesuatu tetapi dapat melihat pemimpinnya sendiri melaksanakan apa yang diperintah.

Kesimpulannya ternyata sekiranya kita melihat dua perkara ini secara berbeza , pasti dan nyata ianya perkara yang berbeza. Tetapi dalam konteks kejayaan organisasi, kita harus boleh melihat keperluan dan kemestian yang membezakan ini perlu disatukan sebagai kepimpinan pengurusan. Jika ini dapat dilihat secara prespektif yang lebih meluas dalam konteks pengurusan pencapaian organisasi, kepimpinan pengurusan akan mampu membantu kita mengenalpasti kebolehan pentadbir untuk menjana kejayaan organisasi dimasa hadapan.

Wednesday, April 29, 2009

KNOWLEDGE IN ISLAM

I begin with the name of Allah the most merciful and the most kind, peace and blessing be upon beloved Prophet (S.A.W) All praise is for Allah.

Islam is the religion of knowledge. The first aayah of the Qur’an to be revealed enjoined reading which is the key to knowledge. Allah (SWT) says:


“Read! In the Name of your Lord Who has created (all that exists). He has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood). Read! And your Lord is the Most Generous. Who has taught (the writing) by the pen. He has taught man that which he knew not” [al-‘Alaq 96:1-5]

Allah (SWT) created man and provided him with the tools for acquiring knowledge, namely hearing, sight and wisdom. Allah says:


“And Allâh has brought you out from the wombs of your mothers while you know nothing. And He gave you hearing, sight, and hearts that you might give thanks (to Allâh) [al-Nahl 16:78]

Because of the importance of knowledge, Allah (SWT) commanded His Messenger to seek more of it. Allah (SWT) says:


“and say: ‘My Lord! Increase me in knowledge”[Ta-Ha 20:114]

Islam calls us to seek knowledge. The Prophet (PBUH) made seeking knowledge an obligation upon every Muslim, and he explained that the superiority of the one who has knowledge over the one who merely worships is like the superiority of the moon over every other heavenly body. He said that the scholars are the heirs of the Prophets and that the Prophets did not leave behind dinars and dirhams (i.e., money), rather their inheritance was knowledge, so whoever acquires it has gained a great share. The Prophet (PBUH) said that seeking knowledge is a way to Paradise. He (PBUH) said:


“Whoever follows a path in the pursuit of knowledge, Allah (SWT) will make a path to Paradise easy for him.” (Narrated by al-Bukhaari, Kitaab al-‘Ilm, 10)

Islam calls us to learn all kinds of beneficial knowledge. Branches of knowledge vary in status, the highest of which is knowledge of sharee’ah, then knowledge of medicine, then the other fields of knowledge. The best of all branches of knowledge are the sciences of sharee’ah through which man comes to know his Lord, and his Prophet and religion. This is the knowledge with which Allah (SWT) honoured His Messenger; He taught it to him so that he might teach it to mankind:



“Indeed, Allâh conferred a great favour on the believers when He sent among them a Messenger (Muhammad) from among themselves, reciting unto them His Verses (the Qurân), and purifying them (from sins by their following him), and instructing them (in) the Book (the Qur’an) and Al-Hikmah [the wisdom and the Sunnah of the Prophet (i.e. his legal ways, statements and acts of worship)], while before that they had been in manifest error”[AalImraan 3:164]


There is no goodness in knowledge which is not confirmed by action, or words which are not confirmed by deeds:


“O you who believe! Why do you say that which you do not do? Most hateful it is with Allâh that you say that which you do not do”[al-Saff :2-3]

Knowledge brings a great reward. The one who points the way to something good is like the one who does it. When the knowledgeable person dies, his reward with Allah (SWT) does not cease when he dies, rather it continues to increase so long as people benefit from his knowledge. The Prophet (PBUH) said:


“When a man dies, all his deeds come to an end except for three – an ongoing charity, beneficial knowledge or a righteous son who will pray for him.” (Narrated by Muslim, 1631)

The first and most crucial obligation on us is to acquire knowledge and secondly to practice and preach this knowledge. No man becomes truly a Muslim without knowing the meaning of Islam, because he becomes a Muslim not through birth but through knowledge. Unless we come to know the basic and necessary teachings of the Prophet Muhammad (PBUH) how can we believe in him, have faith in him, act according to what he taught? It is impossible for us to be a Muslim, and at the same time live in a state of ignorance.


A person without knowledge is like someone walking along a track in complete darkness. Most likely his steps will wander aside and he easily can be deceived by shaytaan. This shows that our greatest danger lies in our ignorance of Islamic teachings and in our unawareness of what the Qur’an teaches and what guidance has been given by the Prophet (PBUH). But if we are blessed with the light of knowledge we will be able to see plainly the clear path of Islam at every step of our lives. We shall also be able to identify and avoid the dangerous paths of Kufr, Shirk and immorality, which may cross it. And, whenever a false guide meets us on the way, a few words with him will quickly establish that he is not a guide who should be followed.


Knowledge is pursued and practiced with modesty and humility and leads to beauty and dignity, freedom and justice.


The main purpose of acquiring knowledge is to bring us closer to God. It is not simply for the gratification of the mind or the senses. It is not knowledge for the sake of knowledge or science for the value of sake. Knowledge accordingly must be linked with values and goals.


One of the purposes of acquiring knowledge is to gain the good of this world, not to destroy it through wastage, arrogance and in the reckless pursuit of higher standards of material comfort.


SIX ETIQUETTES OF LEARNING
Ibn Qayyim al-Jawziyyah- rahimahullaah - said:
"There are six stages to knowledge:
Firstly: Asking questions in a good manner.
Secondly: Remaining quiet and listening attentively.
Thirdly: Understanding well.
Fourthly: Memorising.
Fifthly: Teaching.
Sixthly- and it is its fruit: Acting upon the knowledge and keeping to its limits."


PURIFYING THE HEART
Ibn al-Qayyim - rahimahullaah- said:
"There is no doubt that the heart becomes covered with rust, just as metal dishes - silver, and their like - become rusty. So the rust of the heart is polished with dhikr (remembrance of Allah (SWT)), for dhikr polishes the heart until it becomes like a shiny mirror. However, when dhikr is abandoned, the rust returns; and when it commences then the heart again begins to be cleansed. Thus the heart becoming rusty is due to two matters: sins and ahafah ( neglecting remembrance of Allah (SWT) ). Likewise, it is cleansed and polished by two things : istighfaar (seeking Allah (SWT)'s forgiveness) and dhikr."


The first revelation that the Prophet Muhammad (PBUH) received starts remarkably with special emphasis on the importance of knowledge:

“Proclaim! (or read!) In the name of thy Lord and Cherisher, Who created ; Created man, out of a (mere) clot of congealed blood ; proclaim! And thy Lord is Most Bountiful; He Who taught (the use of) the pen; Taught man that which he knew not.” (96:1-5)

The Quran exhorts believers to pray for advancement in knowledge:
“Acquire knowledge, because he who acquires it in the way of the Lord performs an act of piety ; who speaks of it, praises the Lord ; who seeks it, adores God ; who dispenses instruction in it, bestows alms ; and who imparts it to its fitting objects, performs an act of devotion to God.

Knowledge enables its possessor to distinguish what is forbidden from what is not ; it lights the way to Heaven ; it is our friend in the desert, our society in solitude, our companion when bereft of friends ; it guides us to happiness ; it sustains us in misery ; it is our ornament in the company of friends ; it serves as an amour against our enemies. With knowledge, the obedient servant of God rises to the heights of goodness and to a noble position, associates with sovereigns in this world, and attains to the perfection of happiness in the next.”
He would often say:

“the ink of the scholar is more holy than the blood of the martyr”.

It was due to injunctions of the Holy Quran and instructions of the Prophet that the knowledge has been at the core of the Islamic world-view from the very beginning. Among his followers intellect, arts and learning prevailed and flourished on gigantic scale and the Muslims made glorious and marvellous achievements in almost every field of scientific knowledge including Astronomy, Physics, Chemistry, Biology, Medicine and Social Sciences.

According to Quranic perspective, knowledge is a prerequisite for the creation of a just world in which authentic peace can prevail. The Quran emphasizes the importance of the pursuit of learning even at the time, and in the midst, of war:

“Nor should the Believers all go forth together: if a contingent from very expedition remained behind, they could devote themselves to studies in religion, and admonish the people when they return to them - that thus they (may learn) to guard themselves (against evil)” [9:122]

INSTITUSI KELUARGA



1.0 Institusi Keluarga

Institusi keluarga adalah unit paling asas dan terpenting dalam proses pembentukan masyarakat. Jika baik, sejahtera dan bahagia sesebuah keluarga maka akan baik, sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam sesebuah masyarakat. Sekiranya institusi keluarga berpecah belah maka kesan sosial dan kesan ekonominya akan dirasai oleh masyarakat dan generasi berikutnya. Oleh itu maju atau mundurnya sesebuah negara adalah berpunca daripada institusi keluarga.

Memandangkan peri pentingnya pembentukan institusi keluarga yang mantap, wahana ini mengkaji beberapa definisi keluarga dan membandingkan apakah yang dicapai melalui pembentukan keluarga bahagia serta apa pula kesan-kesan yang dilaporkan telah berlaku akibat konflik dan tidak ada persefahaman antara ahli dalam sesebuah keluarga. Beberapa teori keluarga bermasalah juga dibentangkan bagi membantu usaha memantapkan institusi keluarga.

1.1 Definisi Keluarga

Coleman dan Cressey (1993: 110) mentakrifkan keluarga sebagai ‘a group of people by marriage, ancestry or adoption who live together in a common household’, (Kamus Dewan 1994) mencatitkan definisi keluarga sebagai ‘seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak-anak’. Mahmood (1997) mentakrif keluarga sebagai unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak dan yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian hidup tertentu dalam kelompok sosial berkenaan.

Daripada perspektif Islam, keluarga adalah suatu unit sosial yang majmuk sifatnya (extended). Keluarga majmuk ini terangkum dalamnya, bukan sahaja ibu bapa dan anak-anak tetapi juga datuk, cucu cicit, adik beradik dan saudara mara. Di bawah konsep keluarga tersebut mungkin terdapat lebih daripada sebuah rumahtangga (poligami). Dari masa ke semasa, kelompok-kelompok rumahtangga ini boleh terpisah daripada rumahtangga yang lain, tetapi dalam masa yang sama ia terangkum dalam suatu ikatan keluarga. Dalam banyak hal ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala (Mahmood, 1997).

Takrif keluarga daripada perspektif Islam berbeza dengan perspektif Barat. Daripada perspektif Barat, keluarga dihadkan kepada keluarga nuklear. Ia nya mengandungi sekurang-kurangnya dua orang yang hidup bersama melalui pertalian darah, perkahwinan atau ‘adoption’. Keluarga juga terbentuk daripada pasangan yang tidak berkahwin tetapi hidup bersama dan mungkin juga mempunyai anak (single parent family) – Gullota, Adams, Alexander (1986) dan Robins (1996).

Secara umumnya, keluarga yang sah terbentuk berasaskan ikatan perkahwinan dan dikaitkan dengan pergaulan antara ahli keluarga. Pembentukkan sebuah keluarga mempunyai objektif-objektif tertentu. Basri (1997) menjelaskan beberapa objektif berkeluarga daripada perspektif Islam seperti berikut:

a. Mewujudkan satu umat yang kuat. Kekuatan ini bermula dari sistem kekeluargaan yang utuh dan padu. Selain itu, ia juga merupakan asas utama kepada pembentukan masyarakat inovasi.

b. Mengekalkan generasi manusia melalui proses kelahiran hasil dari perkahwinan yang sesuai dengan tuntuan syarak dan naluri kemanusiaan.

c. Memelihara kehormatan suami isteri dari tercemar melalui persetubuhan yang sesuai dengan naluri kemanusiaan.

d. Mewujudkan kerjasama antara suami isteri dalam mendidik dan menjaga keturunan mereka dengan cara yang baik.

e. Mengembangkan tabiat kebapaan dan keibuan dalam suasana pemeliharaan anak-anak dan melahirkan perasaan belas kasihan, cinta dan kasih mesra.

f. Memelihara spiritual, mental, agama dan juga harta benda seseorang.

g. Menggalakkan ibadat kepada umat Islam, kerana setiap suap makanan yang diberikan oleh seorang suami terhadap isterinya dengan ikhlas dikira sebagai ibadat. Begitu juga dengan persetubuhan atau aktiviti-aktiviti lain.

i. Mendapat pengampunan dari Allah S.W.t peningkatan darjat dan kemantapan sikap.

j. Menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W kerana denagn berkahwin dan beranak-pinak akan bertambah ramailah umat Islam yang menjadi kebangganaan Rasulullah S.A.W di hari kiamat kelak.

1.2 Konsep Keluarga Bahagia

Persoalan pokok dalam menghuraikan maksud keluarga bahagia ialah konsep bahagia. Ia adalah satu ungkapan yang manis tetapi sukar menentukan bagaimana ianya boleh dicapai. Terdapat berbagai-bagai tanggapan sama ada secara betul mahupun secara salah tentang persoalan bahagia, baik dalam konteks kehidupan peribadi mahupun dalam kehidupan kelompok sosial seperti keluarga, kumpulan, masyarakat dan sebagainya.

Mengikut Rusmiati (1980) kebahagian adalah nikmat yang dirasai dalm sanubati seseorang. Khawari dan Khawari (1989) mentakrifkan kebahagian sebagai ‘….successful family does not mean material affluence but rather an affluence of the heart, spirit and mind. The family:
a. becomes more unified
b. becomes more loving
c. gets along well together
d. always encourage each other’s accomplishment
e. always allow everyone to be successful
f. is productive
g. is confident
h. is happy
i. is always be the source of happiness for others

Kajian Mahmood, (1997) menyifatkan kebahagian tercapai apabila seseorang:

a. Mengalami kesenangan
b. Gembira
c. Mempunyai objektif dan tujuan hidup yang jelas
d. Optimistik
e. Merasa selesa dan
f. Merasa nikmat dengan setiap yang ada

Secara ringkasnya, kebahagian adalah perasaan yang terpancar dari lubuk hati dan bukan sesuatu yang dipaksa atau disogok dari luar. Ia bukan terletak pada kekayaan, kuasa, kedudukan dan apa saja yang bersifat kebendeaan. Sebaliknya, ia adalah sesuatu yang maknawi, dapat dirasai tetapi tidak dapat diukur atau disukat.

Sesuai dengan maksud dan konsep keluarga bahagia inilah Al-Quran dan Al-Sunnah telah memberi panduan dalam banyak aspek tentang kekeluargaan seperti objektif pembinaannya, cara perkahwinan dikelolakan dan hubungan yang diamanahkan antara satu sama lain.

Tentang perhubungan antara suami isteri, Allah S.W.T menerangkan bahawa tujuan berkeluarga ialah untuk membina keluarga yang bahagia dan mewujudkan ketenangan serta hubungan baik dan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Firman Allah yang bermaksud:
“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang. ” Surah Ar-Rum (30):21

Oleh itu, Allah S.W.T mengutuk perkahwinan semata-mata berasaskan kepada tuntutan hawa nafsu dan menjelaskan bahawa kebahagiaan tidak tercapai daripada perkahwinan berasaskan kepada hawa nafsu.

Perhubungan antara suami isteri juga perlu dihormati dengan mewujudkan pergaulan yang baik dan menjauhkan segala perkara yang boleh mengeruhkan suasana. Bagi membentuk keluarga bahagia, suami atau isteri perlu memahami tugas dan tanggujawab berikut:

a. Isteri dan anak-anak adalah amanah daripada Allah dan membentuk keluarga bahagia adalah tanggungjawab yang wajib disempurnakan sepenuhnya dengan baik, berakhlak dan jujur. Suami adalah ketua keluarga.

b. Mencurahkan kasih sayang, belas kasihan dan bersedia untuk berkorban kerana kebahagiaan keluarga.

c. Memberikan bimbingan, didikan dan pengajaran menurut kehendak Islam.

d. Melindungi keluarga dari segala bentuk pencerobohan dan ancaman di samping melindungi mereka dari neraka.

e. Memberikan nafkah dan sara hidup yang selayaknya. Makanan dan minuman, pakaian, perubatan, tempat tinggal yang sesuai.

f. Berlaku adil kepada mereka. Tindak tanduk hendaklah didasarkan di atas asas bergaul yang baik.

g. Menyelaraskan masalah yang timbul di antara keluarga sesama mereka atau dengan jiran tetangga dan sahabat taulan.

h. Isteri mempunyai hak di dalam mengendalikan hartanya. Suami tidak berhak di atas harta kepunyaan isterinya. Kewajipan suami menghormati hak individu ini.

i. Menyelesaikan maharnya jika belum jelas.

Setiap isteri pula bertanggungjawab melaksanakan segala tugas dan kewajipan terhadap suami dan keluarganya dengan jujur, berakhlak dan amanah. Kesimpulan tugas-tugas dan tanggungjawab isteri ialah:

a. Wajib bagi isteri mendokong konsep sebagaimana diwajibkan ke atas suami.

b. Patuh, taat dan menghormati suami selama mana tidak bertentangan dengan syariat Islam.

c. Menjaga kehormatan dirinya dan suaminya dan menjaga amanah dan harta suaminya dan juga rahsia keluarga dan rumahtangga.

d. Berhias untuk suami, isteri hendaklah sentaiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas.

e. Menjaga anak-anak denagn sempurna dan sewajarnya menurut lunas-lunas Islam, menjaga kebersihan, kesihatan dan kebajikan anak-anak sesuai sebagai tugas ibu yang penyayang dan bertanggungjawab.

f. Menjalankan urusan rumahtangga supaya sempurna dan teratur mengendalikan kerja-kerja rumah termasauk sekitarnya.

g. Tidak meninggalkan rumah melainkan setelah mendapat izin dari suaminya atau disebabkan mudzarat.

Usaha membentuk keluarga yang baik, sempurna dan bahagia bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan pengorbanan yang tinggi nilainya. Mengikut Khawari dan Khawari (1989),

“ One secret of a sucessuful family is its ability to solve problems together. But even more important is learning how to foster those positive conditions that prevent problems from arising in the first place”.

Namun begitu, institusi keluarga masa kini tidak lagi sama seperti mana keluarga yang wujud lima puluh tahun lalu ( Shelan & Kameyer, 1997). Perubahan bentuk dan fungsi institusi keluarga telah menganggu proses mencapai kebahagian berkeluarga.

1.3 Konsep Keluarga Tidak Bahagia

Keluarga tidak bahagia membawa maksud keluarga kucau - kacir. Terdapat banyak masalah atau krisis rumahtangga hingga menyebabkan anggota keluarga tidak tenteram. Dalam Al-Quran kebahagian disebut sebagai kontra kepada kecelakaan atau tidak bahagia. Dalam Surah Hud (11): 105-108, Allah telah berfirman tentang hari akhirat yang bermaksud:

“Di kala datang hari itu tidak ada seorang pun yang berbicara melainkan dengan izinNya. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia. Adapun orang-orang yang celaka maka (tempatnya) di dalam neraka.”

Ayat di atas membayangkan orang-orang yang berbahagia itu akan mendapat kurnia yang terus menerus dari Allah S.W.T berbanding dengan orang yang celaka di mana mereka itu akan terseksa terus. Meskipun ayat di atas memperkatakan tentang kebahagiaan dan kecelakaan (tidak bahagia) di akhirat tetapi yang pentingnya bagi kita di sini ialah gambaran mengenai kebahagiaan dan kecelakaan itu sendiri.

Melalui ayat al-Quran, banyak sekali terdapat ayat-ayat yang menggambarkan perkataan “celaka” atau tidak bahagia. Di antara contoh ayat tersebut ialah Surah Toha (20):2 dan 117, Surah Maryam (19):48, Surah Al-Lail (92):14-16 dan Surah Al-Mukminun (23):105-106.

Berasaskan kepada penggunaan-penggunaan dalam ayat-ayat tersebut ternyata bahawa kecelakaan atau tidak bahagia boleh ditafsirkan dalam berbagai sifat. Antara sifat-sifat tersebut ialah rasa susah, hilang pedoman, kecewea, sesat, tidak mampu menilai kebenaran dan hilang rasa nikmat dengan apa yang ada atau dalam kata yang lain ia merujuk kepada suatu keadaan yang tidak bahagia (Mahmood, 1997)

1.4 Keluarga Bermasalah

Keluarga bermasalah adalah keluarga yang mempunyai krisis yang meruncing di dalam rumahtangga akibat daripada masalah keluarga ( Utusan Malaysia, 27 September 1990:12). Krisis-krisis ini kemudiannya telah mengakibatkan timbul berbagai keadaan negatif dalam perhubungan keluarga tersebut. Seterusnya, keadaan negatid ini boleh mencetuskan suasana kelam kabut dan tidak terurus dalam sesebuah keluarga.

Coleman dan Cressey (1993), menyenaraikan beberapa masalah keluarga seperti berikut:
a. Penceraian
b. Penjagaan Anak-anak
c. Penderaan Kanak-kanak
d. Keganasan rumahtangga
e. Keluarga Tunggal
f. Ibu bapa bekerja sepenuh masa
g. Konflik keluarga

Pembangunan ekonomi dan sosial telah melibatkan perubahan sistem, bentuk dan peranan keluarga. Misalnya, peranan institusi keluarga telah banyak dipindahkan kepada agen-agen sosialisasi (Yaacob, 1992; Fatimah,1994). Pemindahan peranan institusi keluarga ini telah tidak dapat dilaksanakan oleh pihak-pihak di atas dengan sempurna. Ini menimbulkan permasalahan sosial yang semakin serius.

Mohd Taib (1996:8) menggambar kepincangan akhlak di kalangan generasi kedua, contohnya, kurangnya sifat menghormati ibu-bapa, guru, orang tua dan pemimpin. Punca timbulnya masalah kekeluargaan ini ialah kurangnya kefahaman ketua keluarga dan ibu bapa terhadap peranan mereka. Hubungan kekeluargaan yang longgar amat menyumbang kepada berlakunya masalah sosial masa kini. Walaubagaimanapun, masalah ini berbeza seriusnya di pelbagai institusi keluarga berdasarkan tempat tinggal, jenis pekerjaan, taraf pendidikan dan pengaruh media. Malah, bentuk keluarga itu sendiri banyak menyumbang kepada fenomena sosial generasi kedua masa kini (Mohd Taib, 1996:136).

1.5 Teori-Teori Masalah Keluarga

Coleman dan Cressey (1993) membincangkan tiga pendekatan / teori berkaitan masalah keluarga iaitu:

1.5.1 Teori Peranan (Functionalist)

Daripada perspektif Teori Peranan, keluarga bermasalah berpunca daripada ketidakstabilan di dalam institusi keluarga akibat perubahan sosial. Perubahan sosial berlaku apabila sumber ekonomi masyarakat yang mengamalkan sistem pertanian berubah kepada perindustrian. Perubahan ini menyebabkan bentuk keluarga ‘extended’ berpecah dan terbentuknya sistem keluarga ‘nuclear’. Dalam proses melaksanakan aktiviti perindustrianlah, institusi keluarga didapati gagal memberi didikan dan penjagaan anak-anak dengan sempurna. Teori ini menerangkan juga (G.E Dickinson dan M.R. Leming, 1995: 485) bahawa integrasi sosial adalah sebahagian daripada peraturan perlu dalam unsur-unsur kehidupan. Setiap seorang adalah bahagian daripada kumpulan yang mempunyai peraturan tertentu tentang perlakuan kumpulan berkenaan.

1.5.2 Teori Konflik

Teori Konflik pula mentakrifkan keluarga bermasalah berpunca daripada konflik atau pergeseran nilai dan tingkah laku ahli keluarga. Teori ini menerangkan bahawa masyarakat tidak stabil dan ahli kumpulan bertanding untuk punca dan khidmat yang berkurangan. Sebagai contoh adanya ketegangan antara masyarakat kelas rendah atau golongan miskin dengan golongan kelas tinggi. Golongan miskin tidak mendapat peluang yang sama untuk belajar boleh menjadi punca konflik. Penderaan yang berlaku adalah akibat keadaan keluarga yang tidak stabil. Kewangan yang tidak mencukupi boleh memberi kesan negatif (konflik) dalam perhubungan keluarga. Mengikut Nijole V Benokraitis (1995:32), teori ini menerangkan berbagai kesengsaraan keluarga adalah akibat daripada masalah sosial yang berleluasa.

Daripada sumber (G.E Dickinson dan M.R. Leming, 1995: 485) teori ini mencadangkan bahawa perbezaan kuasa adalah punca berlakunya kekerasan. Keluarga yang tidak membahagikan kuasa secara sama rata, contohnya keluarga didominasi oleh kaum lelaki mempunyai risiko yang tinggi untuk berlakunya kekerasan dalam rumah tangga

1.5.3 Teori Psikologi Sosial


Teori ini mendapati adanya kaitan antara kegagalan ibu bapa mendidik anak dengan masalah mental dan perlakuan juvana. Masalah keluarga berpunca daripada sikap ibu bapa yang mengabai dan membezakan anak-anak mereka serta mendidik dengan menggunakan cara kekerasan seperti memukul dan merotan.

Peristiwa trauma yang dialami di zaman kanak-kanak didapati boleh memberi kesan buruk dalam kehidupan di zaman dewasa kelak. Pendidikan keluarga sama ada positif atau negetif tidak dinafikan akan mempengaruhi konsep diri seseorang. Konsep ini dijadikan panduan semasa bertindakbalas sehingga mempengaruhi tingkahlaku. Contohnya, jika berlakunya konflik dan pergeseran dalam proses pendidikan keluarga, maka ianya akan menimbulkan kesan negatif seperti perhubungan tidak harmoni sesama ahli keluarga.

G.E Dickinson dan M.R. Leming, 1995: 485 juga membincang teori ini dan menjelaskan perlakuan seseorang di asaskan kepada imej yang diharapkan olehnya bukan daripada keadaan nyata yang sebenar. Individu membina apakah dirinya yang sebenar dan bertindak mengikut imej yang dibina itu. Seorang wanita misalnya percaya boleh dipukul jika perlakuanya tidak mencapai seperti yang diharapkan oleh suaminya.

1.5.4. Teori Sumber (Resource Theory)

Nijole V Benokraitis (1996: 274) membincangkan dua teori masalah keluarga. Pertamanya Teori Sumber dan keduanya Teori Pertukaran.

Menurut Teori Sumber, lelaki (suami) pada umumnya mempunyai sumber, kedudukan dan kuasa yang lebih tinggi daripada pasangan/isterinya. Sumber ini termasuklah gaji, pendidikan dan sumber-sumber sosial. Satu bentuk sumber selalunya melengkapi sumber yang lain. Contohnya mereka yang berpendapatan tinggi selalunya berupaya mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi juga. Seorang wanita yang mempunyai sumber pendapatan, berkebolehan untuk tidak bergantung kepada pendapatan suaminya dan boleh menanggung perbelanjaan dan pemeliharan anak-anak

1.5.5. Teori Pertukaran ( Exchange Theory)

Teori Sumber boleh digabungkan dengan Teori Pertukaran untuk menerangkan ‘trade-off’ (pertukaran) yang boleh dibuat oleh suami dan isteri (Nijole V Benokraitis, 1996: 274). Contoh sumber yang boleh ditukar ialah seperti masa dan wang. Contohnya, wanita yang menyara kehidupan keluarga tidak menolak dominansi suaminya untuk menyeimbangkan esteem suaminya.

Teori ini menerangkan juga bahawa saling tindakbalas sosial diasaskan kepada usaha setiap orang untuk memaksimumkan ganjaran dan meminimumkan kos. Akibat daripada usaha ini, individu akan meneruskan perhubungan selagi ia menjangkakan ganjaran melebihi kos. Seseorang membawa bersamanya punca tidak nampak seperti kesayangan atau punca nampak seperti kekayaan dan kecantikan untuk diperdagangkan bagi ditukarkan dengan kebaikan daripada perhubungan sosial. Selama mana kos dapat diseimbangkan atau kos kurang daripada faedah, selagi itu perhubungan sosial akan diteruskan. Apabila kos melebihi ganjaran, kebanyakan perkahwinan dikatakan akan menuju kehancoran atau penceraian.

1.5.6 Faham Saling Tindakbalas Simbolik (Symbolic Inter – Actionism)

Teori ini diutarakan oleh G.E Dickinson dan M.R. Leming ( 1995: 485) untuk menerangkan salingbertindak dikawal oleh komunikasi simbolik seperti pengetahuan, ide, kepercayaan dan perlakuan serta bagaimana seseorang membuat penterjemahan bagi sesuatu keadaan. Setiap ahli keluarga mempunyai satu atau lebih peranan dan perlakuan mereka adalah mengikut status serta kedudukan dalam masyarakat. Peranan simbolik ahli keluarga membenarkan suami beranggapan bahawa isteri dan anak patut didera jika mereka tidak melaksanakan peranan dan tidak menepati ciri-ciri institusi kekeluargaan.

1.6 Bentuk-bentuk Masalah Keluarga

Berdasarkan huraian konsep dan teori terdapat beberapa pola masalah keluarga yang dialami dalam masyarakat. Beberapa permasalahan yang berkait dengan skop kajian ini dihuraikan dibahagian berikut:

1.6.1 Penceraian

Menurut Coleman, penceraian berlaku akibat tekanan yang dialami oleh individu. Tekanan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi renggang. Benokraitis mentakrifkan penceraian sebagai ‘penamatan suatu perkahwinan yang sah dan formal’ (Nijole V Benokraitis, 1996).

Keadaan keluarga yang tidak stabil dan sering bertengkar boleh menyebabkan penceraian berlaku. Suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik, ilmu yang tidak lengkap dalam hal-hal pengurusan rumahtangga boleh menyebabkan keadaan keluarga tidak teratur dan sering berlaku pertelingkahan. Kurangnya pengetahuan dalam agama juga menyebabkan bilangan kes penceraian meningkat. Sebanyak 80% daripada wanita yang terlibat dengan penceraian adalah mereka yang tidak pernah mendapat didikan agama dan belajar sehingga tahun tiga sekolah-sekolah agama kerajaan Johor (Utusan Malysia, 12 Mei 1999:10). Perangkaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor tahun 1998 pula mendapati kadar penceraian tertinggi di negeri Johor berlaku dalam tempoh perkahwinan satu hingga tiga tahun.

Kajian Patterson dan Kim (1991), mendapati masalah komunikasi sebagai sebab utama penceraian diikuti kecurangan, penderaan emosi dan penghakisan rasa cinta. Kesan penceraian menyulitkan proses penjagaan dan didikan anak-anak.

Menurut U.S Bureau of the Census 1994b, kadar penceraian telah berganda sejak dua dekad yang lalu, di mana lebih separuh daripada perkahwinan berakhir dengan penceraian (Wolf, 1996). Mereka juga bersetuju penceraian selalunya menghasilkan cabaran ekonomi/kewangan kepada wanita dan anak-anak kerana pendapatan telah berkurangan.

Davidson & Moore melaporkan, di Amerika Syarikat salah satu sebab berlaku penceraian di sekitar tahun-tahun 1960an, 70an dan 80an adalah peningkatan penglibatan wanita dalam tenaga kerja (Davidson & Moore, 1996). Mengikut Henslin (dalam Davidson & Moore, 1996) terdapat lapan pembolehubah yang mempengaruhi berlakunya penceraian:
a. Ketidakserasian peranan suami isteri
b. Perbezaan cara menyelesaikan masalah antara lelaki dan perempuan kerana sosialisasi yang berbeza.
c. Keperluan hidup yang bertambah
d. Kebosanan dalam kehidupan perkahwinan
e. Perubahan-perubahan fungsi perkahwinan dan kekeluargaan
f. Peningkatan usaha memenuhi emosi
g. Peningkatan sokongan terhadap wanita yang bercerai
h. Harapan yang keterlaluan tehadap peranan isteri/suami (mengikut tradisi)

Menurut Fisher (dalam Davidson & Moore, 1996: 657) pasangan yang menghadapi risiko yang tinggi untuk bercerai ialah mereka yang berada dalam jangka pendek perkahwinan yang mempunyai seorang anak iaitu antara 1-3 tahun perkahwinan. Mereka ini tidak berjaya menghadapi cabaran cabaran alam perkahwinan dan gagal menyelesaikan soal rumahtangga seperti masalah kewangan, penjagaan dan kesihatan anak-anak. Juga campurtangan ibu-bapa , saudara mara menambahkan lagi kompleknya cabaran kepada pasangan yang baru berkahwin bagi terus menyesuaikan diri mereka dengan alam perkahwinan.

Sehingga kini, para pengkaji masih lagi tidak jelas sama ada penceraian memberi kesan yang lebih buruk kepada keluarga atau lebih baik sekiranya ahli keluarga masih tinggal bersama walaupun tidak bahagia.

1.6.2 Penderaan Kanak-kanak

Coleman dan Cressey mengkategorikan penderaan kanak-kanak dalam kes keganasan rumahtangga. Ianya berlaku akibat gangguan emosi yang dialami oleh ibu bapa berpunca daripada tekanan (stress). Kegagalan mengawal perasaan menyebabkan ibu bapa bertindak melulu dengan melepaskan kemarahan kepada anak-anak. Perlakuan mendera anak-anak boleh berterusan daripada satu generasi kepada satu generasi melalui pembelajaran. Selain daripada itu, tabiat meminum minuman keras yang menyebabkan mabuk juga menjadi punca kepada berlakunya penderaan (Muhammad, 1985). Ciri-ciri kurang sihat ini mewujudkan persekitaran negatif dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak. Keadaan yang tidak memberansangkan ini dialami oleh setiap kaum.
1.6.3 Keganasan Rumahtangga

Keganasan rumahtangga ditakrifkan sebagai penderaan seksual dan fizikal yang dilakukan oleh suami kepada isteri dan anak-anak mereka sendiri (Robert, 1993). Penderaan fizikal melibatkan perbuatan menyepak, menampar, mencucuh objek panas seperti seterika dan bara rokok kepada tubuh badan serta memukul dengan menggunakan objek keras seperti talipinggang dan kayu.


Ianya terjadi apabila kedua dua suami isteri tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara diplomasi. Pergaduhan mulanya berlaku hingga menyebabkan suami mengambil tindakan mendera isteri. Mangsa penderaan bukan sahaja menghadapi masalah mental yang serius seperti tekanan perasaan akibat daripada perbuatan tersebut malah ianya menjejaskan kesihatan mangsa ( Tamadun, April, 1998: 23 ). Di antara kesan yang diterima ialah lebam anggota badan, luka-luka, melecur kulit dan ada kes penderaan yang membawa maut.
Di Amerika Syarikat penderaan isteri sering berlaku. Di antara 50-75 peratus wanita pernah didera oleh pasangan mereka (Dickinson & Leming, 1995). Ia berlaku dalam semua lapisan masyarakat di kalangan golongan kaya atau miskin, berpendidikan atau tidak berpendidikan (Thorman, 1980).

Beberapa kajian melaporkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara penyalahgunaan dadah dan minuman keras dengan keganasan rumahtangga (Hampton & Coner-Edwards, 1993). Menurut Gullotan, Adams dan Alexander (1986), Gelles, et.al telah membuat kesimpulan bahawa lelaki yang mendera isteri atau anak juga sama ada pernah didera atau pernah melihat penderaan dalam keluarga sewaktu kecil. Ciri-ciri negatif ini mewujudkan persekitaran yang tidak sihat untuk anak-anak membesar


1.6.4 Keluarga Tunggal

Fenomena bapa atau ibu tunggal semakin meningkat dari sehari ke sehari. Ianya berlaku kerana kematian pasangan atau penceraian. Perpisahan tersebut meninggalkan penafian, emosi dan perasaan yang tidak stabil, rasa bersalah, rasa kehilangan dan kesepian serta perasaan lega (Kavanaugh, 1972).

Menurut Dudley (1991), mereka juga merasa tertekan dengan keperluan mencari pekerjaan dan tanggungjawab keibubapaan seperti mendidik dan membimbing anak-anak (Wolf, 1996). Pada masa yang sama ibu/bapa tunggal perlu memelihara kesejahteraan keluarga seperti memberi kasih sayang secukupnya. Bukan sahaja seorang bapa tidak boleh memain peranan sebagai seorang ibu dan sebaliknya, tetapi juga masa amat terhad untuk membolehkan keluarga tunggal berfungsi sepenuhnya. Tanggungjawab berat yang dipikul oleh satu pihak sahaja ini boleh mengakibatkan penjagaan anak-anak terabai.

1.6.5. Ibu bapa Bekerja Sepenuh Masa

Arus pemodenan yang berlaku menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat. Oleh yang demikian, sumber pendapatan yang kukuh amat diperlukan untuk memastikan keperluan keluarga dapat dipenuhi. Ini menyebabkan bilangan isteri yang bekerja semakin meningkat untuk meringankan beban yang ditanggung oleh suami. Taraf pendidikan yang semakin baik diterima oleh kaum wanita membolehkan mereka mendapat jawatan atau kerja.


Apabila kedua-dua ibu bapa keluarga bekerja, masa yang dihabiskan bersama anak- anak semakin kurang. Ini akan menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasih sayang. Ini kerana keluarga yang mempunyai kualiti yang baik sperti memberi kasih sayang yang secukupnya dapat mengurangkan masalah perlakuan anak-anak (Burbach & Borduin,1986). Anak-anak perlu disemai dengan sifat kasih sayang untuk mewujudkan rasa yang anak-anak ini dilindungi dan disokong oleh keluarga bagi mengelakkan berlakunya perkembangan masalah anak-anak sana ada dari luar ataupun dalam.

Pasangan dwi-bekerja memberi kesan kepada keluarga dalam banyak cara (Benokraitis, 1996). Peranan kerja mempengaruhi kualiti perkahwinan, tanggungjawab kekeluargaan dan kesejahteraan anak-anak. Walaubagaimanapun, Higgins et.al (dalam Berokratis, 1996) mendapati ibu yang bekerja masih dapat meluangkan masa kepada keluarga lebih daripada bapa yang bekerja. Pengkaji-pengkaji kebelakangan ini pula mencadangkan bahawa persoalannya bukan pekerjaan ibu semata-mata memberi kesan kepada kanak-kanak tetapi kualiti penjagaan kanak-kanak yang perlu diberikan perhatian.

1.6.6 Masalah Remaja dan Juvana

Kajian Zainal (1985) membincangkan masalah remaja yang menimbulkan konflik kepada keluarga. Antaranya:

a. Pencanggahan pendapat dengan remaja.
b. Remaja dilayan seperti anak kecail
c. Remaja selalu dikritik oleh ibubapa
d. Keluarga menentang rancangan remaja
e. Ibubapa tidak memahami remaja
f. Remaja tidak dibenarkan keluar dengan kawan dari jantina lain
g. Ibubapa tidak membenarkan kanak-kanak remaja datang ke rumah

Masalah-masalah di atas berpunca daripada:
a. Masalah tiada kemahiran dan pengalaman pekerjaan
b. Tiada pendidikan sempurna
c. Suka berangan-angan dan mudah dipengaruhi
d. Keluarga miskin atau kucar-kacir
e. Kurangnya perhubungan dua hala antara ibu bapa dan anak-anak

Hasil kajian di atas menunjukkan bahawa masalah-masalah remaja mempengaruhi kecenderungan timbulnya konflik dalam keluarga dan iklim kekeluargaan juga memberi kesan kepada remaja.

Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak dan tidak konsisten dalam menjaga displin anak menjadi punca kepada kepada keganasan dan perlakuan delinkuen remaja ( Bandura & Walters, 1963). Mereka mengkaji faktor perhubungan keluarga dengan tingkah laku delinkuen. Kajian mereka menghadkan sampel kepada remaja yang tidak mengalami kerumitan kewangan dan yang mempunyai kedua-dua ibu bapa tinggal serumah. Kajian itu telah menunjukkan tiada apa-apa perbezaan dari segi cara perhubungan ibu-anak di antara remaja delinkuen dan bukan delinkuen. Walaubagaimanapun, perbezaan besar terdapat dalam aspek perhubungan bapa-anak. Dapatan kajian itu menggambarkan bahawa remaja delinkuen kurang mengidentifikasikan diri mereka dengan bapa. Dalam hal ini pihak bapa dikatakan gagal memainkan peranan yang baik dalam membina nilai-nilai moral kepada anak-anak mereka.

Nash turut bersetuju dengan dapatan kajian Bandura dan Walters (1963). Dari kajian klinikal yang dibuatnya, beliau telah membuat kesimpulan bahawa perhubungan bapa-anak terutama bapa dengan anak lelaki sangat penting bagi menentukan kemungkinan anak remaja terpesong ke arah tingkahlaku delikuen. Antara ciri-ciri negatif yang disebutkan adalah seperti:
a. Hukuman yang diterima daripada keluarga terlalu teruk dan ganas
b. Sikap bapa terlalu autoritarian
c. Ibu biasanya dominan di rumah
d. Remaja mempunyai imej yang rendah terhadap bapanya
e. Berlaku kegagalan berkomunikasi antara ibu bapa dan remaja

Kajian berikutnya mendapati ibu bapa yang tidak mempedulikan anak dan menjaga displin anak dengan baik dikaitkan dengan kes juvana seperti mencuri, lari dari rumah dan bergaduh (Lefkowitz,Eron,Waldert & Huesman, 1977:57).

Masalah yang sering berlaku pada remaja juga dikatakan mempunyai hubungan dengan pengabaian tanggungjawab ibu-bapa dalam mengawasi aktiviti dan perlakuan anak-anak (Loeber & Stoutmer,1986). Kualiti hidup yang dilalui oleh remaja pula boleh mempengaruhi masalah juvana dan jenis kesalahan yang dilaku oleh remaja (Hadad,Barocas & Hollenback, 1991:.23). Kajian Hadad (et al) menyokong penjumpaan Loeber & Stoutmer iaitu perlakuan delinkuen mempunyai hubungan dengan kekurangan tanggungjawab ibu bapa dalam mengawasi anak-anak, kurang menghabiskan masa bersama anak-anak, tidak mengambil berat tentang pelajaran, kawan- kawan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka diluar rumah. Kesilapan dalam corak komunikasi pula boleh melahirkan masalah dalam keluarga dan seterusnya mencorakkan kecenderungan untuk melakukan kelakuan yang tidak baik (Sanders & Dadds,1992:.46).

Pertambahan ibu tunggal atau bapa tunggal pada pandangan Coleman (1993) bukan sahaja mencetuskan masalah keluarga tetapi boleh menimbulkan masalah juvana . Masa yang dihabiskan untuk bersama anak-anak semakin berkurangan kerana ibu atau bapa tunggal perlu bekerja lebih masa untuk menyara keluarga. Kemesraan yang wujud dalam keluarga semakin berkurangan dan kasih sayang semakin luntur. Anak-anak semakin menjauhkan diri mereka dan mula memencilkan diri. Akibatnya, hubungan dalam keluarga semakin dingin dan suram. Sebagai penyelesaiannya, anak-anak menghabiskan banyak masa mereka di luar rumah dan sering terdedah kepada pengaruh negatif kawan-kawan mereka.

1.6.7 Jenayah Agama

Beberapa kajian berkaitan dengan keluarga telah dibuat oleh ahli-ahli akademik di Malaysia. Penemuan-penemuan kajian menyatakan beberapa masalah keluarga lain belum pernah diketengahkan dalam literatur. Sebagai contoh, kajian Amran (1993) berkaitan dengan kes-kes jenayah agama yang dibicarakan di mahkamah-mahkamah Syariah Negeri Johor. Kesalahan itu termasuklah:
a. Minum minuman yang memabukkan
b. Menjual dan membeli makanan atau minuman dalam bulan Ramadhan
c. Berkhalwat
d. Persetubuhan haram
e. Bersedudukan
f. Pelacuran dan kesalah muncikari

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa punca utama wujudnya masalah sosial di Johor ialah keadaan latarbelakang keluarga pesalah yang mempunyai masalah-masalah seperti:

a. Ibubapa dan anak-anak yang tidak mempunyai didikan agama yang sempurna.
b. Kurang pengawasan daripada keluarga terhadap anak-anak.
c. Hubungan antara anggota keluarga yang tidak erat.
d. Suka membuang masa di luar rumah (lepak)
e. Keluarga yang besar bilangannya.
f. Keluarga miskin.
g. Ibu banyak menghabiskan masa di luar rumah untuk mencari rezeki.
h. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
i. Perselisihan faham antara suami isteri
j. Isteri-isteri yang telah ditinggalkan suami tanpa penceraian yang sah (digantung tak bertali)

1.6.8. Disiplin Pelajar

Halimah (1990) telah menyenaraikan maslah-masalah sosial dan masalah-masalah diplin di sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia. Bagi masalah disipilin di sekolah rendah dan menengah pula disenaraikan seperti:

a. Memiliki dadah
b. Mencuri
c. Berjudi
d. Merosak harta sekolah dan guru
e. Merokok
f. Mengacau
g. Mengugut guru besar, guru, pengawas dan pelajar
h. Memeras ugut
i. Mempunyai senjata merbahaya
j. Ahli kongsi gelap
k. Isu sensitif
l. Minum minuman keras

Kajian berkaitan dengan kekeluargaan yang dibuat oleh Hitam (1990) terhadap kes-kes akibat halangan dalam perhubungan kemanusiaan (fokus kepada kasih sayang) juga telah menyenaraikan masalah-masalah sosial yang ditangani oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai:
a. Penganiayaan/pengabaian anak-anak
b. Ketidakharmonian di dalam perkahwinan
c. Ketagihan arak / dadah
d. Kelahiran anak luar nikah
e. Pesalah juvana
f. Wanita dan gadis yang terdedah kepada kerosakkan moral
g. Jenayah orang dewasa
h. Perpecahan keluarga
i. Ketiadaan tempat tinggal
j. Pelacuran
k. Kecacatan fizikal dan mental
l. Masalah kemiskinan
m. Keinginan melarikan diri

Masalah-masalah yang disenaraikan merupakan masalah yang dikenalpasti punca yang dominan sebelum tindakan susulan diambil untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Kajian Hitam (ibid) juga merumuskan bahawa keluarga bukan sahaja dapat mengelakkan persengketaan tetapi juga anak-anak yang membesar di dalam sesebuah keluarga yang harmoni dan sejahtera, apabila mereka dewasa kelak akan menggunakan pengalaman-pengalaman ini bagi membina sebuah keluarganya sendiri yang bahagia.


1.7 Faktor-Faktor Masalah Keluarga

Oleh itu perlu ada kesedaran daripada semua pihak sama ada ibu bapa, remaja dan pendidik meneliti punca/faktor yang membawa kepada masalah keluarga. Secara amnya, teori-teori dan kajian-kajian yang di atas mengenalpasti beberapa faktor yang menjadi punca keluarga bermasalah. Kebanyakan faktor-faktor berikut akan dibincangkan secar ringkas: Kemiskinan, Pengangguran, Tahap pendidikan yang rendah, Taraf kesihatan rendah, Kurang kemahiran berkomunikasi, Pengabaian tanggungjawab, Hubungan anggota keluarga yang tidak harmoni, Urbanisasi, Perubahan nilai dan Globalisasi

1.7.1 Kemiskinan

Kemiskinan ditakrifkan sebagai satu keadaan apabila sesebuah isirumah tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagi menampung perbelanjaan keperluan asas (seperti makanan, pakaian, tempat tinggal) dan juga perubatan serta pengangkutan yang diperlukan oleh ahli keluarga bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan harian dengan baik (Tamadun, April 1998:18) . Ketua keluarga yang tidak memperolehi pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluan sesebuah keluarga akan berhadapan dengan masalah rumahtangga. Pendidikan formal anak-anak seperti persekolahan juga terganggu.

Faktor luaran seperti kos sara hidup yang meningkat juga membebankan perbelanjaan keluarga itu, lebih-lebih lagi keluarga yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap dan mempunyai ramai anak.

Keluarga miskin yang berpindah ke bandar biasanya terpaksa tinggal di kawasan setinggan. Akibat kesesakan di kawasan setinggan, keluarga miskin menghadapi banyak kekurangan contohnya sesak dan tidak teratur serta menghadapi kekurangan kemudahan asas seperti bekalan air paip, elektrik, kemudahan tandas dan tempat membuang sampah. Kawasan setinggan yang tidak tersusun ini menjadi sarang masalah sosial seperti jenayah dan penyalahgunaan dadah. Mereka yang tinggal di kawasan setinggan juga mudah dijangkiti penyakit berjangkit yang mendatangkan masalah kepada keluarga (Tamadun, April, 1998)

Apabila masalah kewangan sering berlaku dan keadaan rumah serta persekitaran tidak selesa, ahli keluarga sering mengalami tekanan emosi. Pergaduhan dan pertelingkahan sering berlaku di antara suami dan isteri berpunca daripada kekurangan wang. Keadaan negatif ini berterusan menyebabkan keadaan keluarga menjadi tidak tenteram. Maka timbul lagi masalah keluarga yang lain, seperti penceraian dan keganasan rumahtangga.

1.7.2 Pengangguran

Pengangguran ditakrifkan sebagai keadaan seseorang yang aktif daripada segi ekonomi tetapi tidak bekerja atau tidak mempunyai sebarang pekerjaan ( Kamus Dewan, 1994). Suami tidak mempunyai pekerjaan yang tetap atau malas bekerja mengakibatkan kehidupan dalam keluarganya tidak sempurna.

Apabila suami tidak bekerja, beban untuk menyempurnakan perbelanjaan keluarga diserahkan kepada isteri dan anak-anak. Bila isteri terpaksa bekerja untuk menyara keluarga, pengurusan anak-anak dan rumahtangga terabai. Pengabaian ini boleh mengakibatkan anak-anak tidak mendapat kasih sayang atau disiplin mereka tidak dikawal. Keadaan ini membawa anak-anak terpedaya dengan aktiviti yang merugikan sehingga timbul bermacam-macam masalah keluarga.

1.7.3 Taraf Kesihatan Rendah

Taraf kesihatan rendah ditakrifkan sebagai keadaan keluarga yang kerap ditimpa sakit. Anak-anak sering sakit dan memerlukan perbelanjaan perubatan. Ibu- bapa mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit jantung, lelah dan sebagainya (Kamus Dewan, 1994: 679). Tempat tinggal yang tidak sesuai seperti di kawasan setinggan menyebabkan masalah kesihatan keluarga bertambah serius. Kebersihan persekitaran rumah tidak dijaga rapi, kotor dan sampah berselerak kerana kedudukan rumah yang terlalu dekat, tidak dapat dipastikan sempadan pembersihan kawasan. Keadaan ini memudahkan penyakit seperti denggi dan malaria merebak (Tamadun, April,1998 : 34).

Apabila anak-anak jatuh sakit, ibu bapa keluarga yang miskin biasanya tidak mampu menanggung kos perubatan atau kos pengangkutan untuk membawa anak-anak ke klinik kesihatan. Anak-anak mereka tidak mendapat rawatan yang sewajarnya seperti pemeriksaan doktor di klinik atau hospital. Sekiranya mereka mampu, ibu bapa yang miskin akan membeli ubat yang murah, tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan. Ini akan meningkatkan lagi risiko anak-anak kepada penyakit yang merbahaya apabila mereka meningkat dewasa.

1.7.4. Tahap Pendidikan Rendah

Ketinggian ilmu menjadi penting dalam memelihara kebahagiaan sesebuah keluarga (Utusan Malaysia, 12 September 1990 :11). Ilmu adalah penyuluh hidup dan ianya akan memberi panduan dalam kehidupan seharian. Jika pendidikan rendah iaitu ‘didikan, ilmu, ajaran yang diterima oleh seseorang tidak tinggi’ (Kamus Dewan, 1994:389), pemikiran yang di ambil tidak rasional. Keputusan yang diambil lebih mengikut perasaan tanpa mengambil kira kesannya di kemudian nanti. Jika kekurangan ilmu, keputusan biasanya dibuat secara individu tanpa mengambil kira pandangan orang lain. Hal ini akan menyebabkan ahli keluarga sering bertengkar (Mohamad Hussain,1985:26). Apabila pertengkaran menjadi serius, ia biasanya menimbulkan rasa tidak puas hati di satu pihak. Maka tiada lagi persefahaman yang wujud dalam sesebuah keluarga.

1.7.5 Kurangnya Kemahiran Berkomunikasi

Kurangnya kemahiran berkomunikasi ditakrifkan sebagai ketidakupayaan dalam mengadakan perhubungan melalui percakapan, perbincangan, pertukaran pendapat dengan seseorang ( Kamus Dewan,1994:456). Masalah komunikasi dan kegagalan untuk berinteraksi dengan betul dikaitkan dengan masalah mental anak-anak, perbuatan delinkuen dan bertindak agresif dalam setiap perbuatan ( Foster & Robin, 1989:493 ). Kesilapan dalam kaedah berkomunikasi boleh menimbulkan masalah dalam keluarga dan seterusnya cenderung kepada pelakuan yang tidak baik.

Tiga faktor interaksi dalam keluarga yang menyebabkan berlakunya masalah komunikasi dan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi luntur termasuklah:
a. Suka mendiamkan diri
b. Menunjukkan kedegilan
c. Menarik diri apabila berlaku satu proses komunikasi di dalam keluarga.

1.7.6 Pengabaian Tanggungjawab

Ibu bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik akan menyebabkan pengurusan keluarga tidak terurus dengan baik. Pengabaian tanggungjawab ditakrifkan sebagai sikap yang tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kepada kewajipan yang dipikul oleh ahli keluarga ( Kamus Dewan, 1994:237). Ibu bapa yang tidak menjaga disiplin anak-anak menjadikan anak-anak bebas melakukan kesalahan. Ramai remaja mengalami kekosongan jiwa dan rohani kerana tidak mendapat didikan serta perhatian sewajarnya daripada ibu (Tamadun, Jun, 1997:14).

Selanjutnya, suami yang tidak menunaikan tanggungjawab utama seperti memberi nafkah zahir kepada keluarga, akan memberi tekanan kepada pihak isteri dan anak-anak untuk memikirkan cara mendapatkan wang yang cukup bagi menyara kehidupan.

Pengabaian tanggungjawab juga boleh berbentuk, tidak memberi didikan yang sempurna pada anak-anak. Ibu-bapa sebaliknya mengharapkan institusi formal seperti sekolah untuk memberi didikan kepada anak-anak (Tamadun, Jun ,1997: 31 ). Ibu bapa juga kurang memberi didikan agama kepada anak-anak mereka. Ini akan menjadikan kehidupan anak-anak terumbang-ambing tanpa sebarang panduan agama yang kukuh daripada zaman kanak-kanak. Apabila dewasa, anak-anak akan bertindak di luar hukum agama dan mengikut naluri bebas tanpa diberi panduan oleh ibu bapa.

1.7.7 Hubungan Anggota Keluarga Tidak Harmoni

Masalah akan timbul bila perhubungan di antara keluarga tidak harmoni. Hubungan yang tidak harmoni ditakrifkan sebagai tidak menunjukkan sebarang penyesuaian atau persetujuan pendapat, sikap dan perasaan antara satu sama lain (Kamus Dewan, 1994: 450). Perpecahan atau pertelingkahan di antara suami dan isteri boleh menimbulkan keadaan kucar-kacir ( Mohammad Hussain, 1985:23).

Pertelingkahan berpunca dari wujudnya sikap tidak hormat menghormati di antara satu sama lain. Suami tidak menghormati isteri dan anak-anak pula tidak menghormati ibu bapa. Isu poligami sering menjadi bahan perdebatan masalah kelaurga kerana suami tidak adil dalam melayan isteri menyebabkan satu pihak (ister) tidak berpuas hati.

Apabila kerap berlaku pertengkaran, maka tiada lagi persefahaman yang wujud dalam keluarga. Anak-anak pula merasa kurang mendapat kasih sayang dan panduan (Minuchin, 1974:100 ). Setiap individu di dalam keluarga tidak mempedulikan hal ahli keluarga yang lain. Perhubungan antara ahli menjadi semakin renggang dan tidak harmoni.

Apabila setiap anggota dalam sesuatu keluarga tidak memeperdulikan hal ahli yang lain, dan tidak pula memberi galakan kepada anggota keluarga yang lain, contoh bapa tidak mengucapkan tahniah apabila anaknya berjaya dalam sesuatu peperiksaan, maka perhubungan tidak harmoni berlaku. Begitu juga sekiranya pasangan tidak dapat menerima kelemahan isteri atau suami, sehingga sering kali pasangan di persalahkan. Maka hubungan harmoni tidak wujud lagi dalam keluarga.

1.7.8 . Urbanisasi

Penumpuan kehidupan di kawasan bandar berlaku kerana peluang pekerjaan dan kemudahan yang lebih baik ada di bandar. Urbanisasi ditakrifkan sebagai pengubahan atau perubahan keadaan sesuatu tempat atau daerah menjadi bandar atau kawasan perbandaran (Kamus Dewan, 1994). Menurut kajian Sharon, menjelang tahun 2025, 61% daripada populasi penduduk dunia akan berhijrah dan menetap di kawasan bandar. Ini akan menyebabkan kadar kemiskinan meningkat kerana wujud persaingan akibat dari kepadatan penduduk di kawasan bandar (Sharon & Christine, 1994 :154). Tidak semestinya semua keluarga yang berpindah ke bandar menikmati kehidupan yang mereka harapkan. Mereka yang gagal mendapat pekerjaan dan pendapatan yang cukup perlu terus bekerja lebih masa di bandar.

Biasanya ibu-bapa sibuk bekerja di bandar. Hubungan berkualiti di antara ibu bapa dan anak-anak semakin kurang. Ini melunturkan kasih sayang anak-anak kepada ibu bapa. Anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang dan pengawasan rapi daripada ibu bapa sering terpedaya dengan galakan kawan-kawan. Ramai anak muda menjadi mangsa kemewahan hidup di bandar (Mohamad Hussain, 1985: 25 ). Pada mulanya sebagai alternatif kepada kasih sayang ibu-bapa mereka, anak-anak ini keluar dari rumah dan menghabiskan masa dengan rakan-rakan di pusat-pusat hiburan, disko dan pub, pusat permainan video, pusat snuker yang boleh didapati dengan mudah di kawasan bandar-bandar. Pusat-pusat hiburan dan pusat- pusat perjudian telah terbukti bersarangnya maksiat dan ada korelasi positif dengan gejala keruntuhan akhlak remaja di negara ini ( Tamadun, 1998: 22 ).

1.7.9. Perubahan Nilai

Nilai adalah satu perasaan yang ikhlas dan dalam mengenai kehidupan, kepercayaan, cita-cita dan harapan seorang individu (Prescott, 1957: 412). Nilai ditakrifkan bukan sahaja bermaksud keinginan dan impian tetapi ianya adalah kepercayaaan seseorang individu. Bila nilai berubah, ianya dapat memberi kesan kepada kesihatan mental indidvidu. Sebagai contoh, apabila nilai-nilai tradisi yang menjadi pegangan dan panduan masyarakat telah runtuh, seseorang individu akan menjadi bingung untuk memilih perkara-perkara yang memberi kebaikan dan seterusnya mempertahankan pilihan tersebut (Maslow, 1964: 8-9). Keadaan ini banyak berlaku dikalangan remaja. Akibatnya mereka tidak dapat membuat keputusan, sama ada untuk memenuhi nilai yang mereka pegang atau nilai masyarakat dan keluarga.

Seseorang individu tidak dapat menempatkan dirinya dalam masyarakat sekiranya tidak mempunyai nilai yang sama dengan apa yang dipegang oleh masyarakat tersebut (Arbukle, 1970: 78). Perubahan nilai yang tidak memenuhi tuntutan masyarakat dan keluarga akan melahirkan ketidaksefahaman. Setiap pihak cuba mempertahankan nilai yang dipercayai sehingga mewujudkan suatu suasana tegang. Sebagai contoh, bagi golongan tua, perbuatan melepak yang dilakukan oleh remaja adalah tidak baik dan tidak manis dipandang masyarakat tetapi bagi golongan remaja, perbuatan melepak tidak menyalahi nilai yang mereka pegang.

Bila pertentangan nilai berlaku alam keluarga, maka ianya menyebabkan perhubungan di antara ibu bapa dan anak menjadi keruh. Hidup berkeluarga menjadi penghalang kepada pelakuan-pelakuan nilai yang dianuti / dipercayai. Pada saat-saat hubungan keluarga menjadi renggang, banyak peranan institusi keluarga tidak berfungsi.

1.7.10. Globalisasi

Globalisasi ditakrifkan sebagai satu proses penyatuan atau penggabungan berbagai bangsa, ekonomi, politik dan sosio-budaya yang dikuasai oleh syarikat-syarikat multinasional bagi mewujudkan satu keadaan di mana setiap negara di dunia ini tidak lagi mempunyai sempadan, sebaliknya dunia ini adalah satu pasaran ekonomi bebas dan terbuka lagi seragam budayanya (Sharon & Christine, 1994 :153).

Kesan globalisasi telah banyak mengubah struktur dan corak kehidupan setiap negara di dunia. Negara miskin pula menerima banyak kesan kerana terdedah kepada ancaman kemajuan teknologi, kesesakan, pencemaran dan pembuangan sisa toksik. Perkara ini terjadi kerana negara- negara ini tidak dapat mengawal perniagaan pasaran mereka kerana ianya telah dikuasai oleh pasaran dunia yang lebih mantap. Individu dan organisasi lebih kompetitif sifatnya.

Globalisasi juga menyebabkan berlakunya monopoli dalam bidang media massa. Budaya masyarakat telah dikawal oleh media yang lebih bersifat komersil dan menganggap masyarakat adalah pelanggan yang menjadi sumber kewangan kepada syarikat yang mengendalikan media massa. Dalam zaman globalisasi, kanak-kanak tidak lagi dididik oleh institusi keluarga, sekolah dan agama, tetapi lebih terdedah kepada media eletronik seperti internet dan kemudahan siaran televisyen berangkaian keseluruh dunia. Media keseluruhannya mengambil tempat dalam proses pembesaran anak-anak menyebabkan anak-anak dididik tanpa belaian kasih sayang ibu-bapa (Harris, 1996:5).

Kemunculan budaya akibat globalisasi yang dikuasai oleh syarikat-syarikat besar memudahkan penonton membeli barangan melalui internet. Rancangan-rancangan yang disiarkan lebih bercorak komersil dan intelektual. Ianya menyebabkan berlakunya perubahan nilai dan cara hidup masyarakat akibat dari pengaruh yang dibawa oleh media (Dahl, 1998:65).

Hasil kajian Dahl menunjukkan bahawa bagi mengurangkan masalah sosial di dalam masyarakakt, tumpuan perlu dihala kepada institusi keluarga dengan tujuan untuk mencari punca dan faktor-faktor penggalak kepada permasalahan-permasalahan sosial terutama di kalangan anak-anak muda. Masalah dan cabaran dalam kehidupan berkeluarga akan terus berlalu, tetapi yang penting ialah keupayaan keluarga menghadapi cabaran-cabaran serta tekanan hidup tanpa menjejaskan keharmonian, kestabilan dan kebahagian hidup berkeluarga.

Tuesday, April 28, 2009

KONFLIK RUMAH TANGGA - Sejauh Manakah Anda Mampu Hadapainya

1. PENDAHULUAN

Setiap individu yang berkahwin mengimpikan satu kehidupan yang bahagia kerana rumahtangga yang bahagia menjadikan penghuni-penghuninya dapat hidup dalam suasana tenang, harmoni dan selesa. Setiap anggota keluarganya saling kasih mengasihi, hormat menghormati dan menjalankan aktiviti-aktiviti rumahtangga dengan penuh kerelaan. Perjalanan hidup sebuah keluarga bahagia didasarkan di atas prinsip saling menjaga dan mengambil berat di antara satu sama lain, sentiasa memberi sokongan semasa menghadapi konflik dan penyelesaian permasalahan. Selain daripada itu, setiap suami isteri dapat meningkatkan lagi potensi diri dan membina hubungan erat dengan orang lain. Di dalam menjalani kehidupan, mereka sentiasa sensitive dengan perubahan serta berupaya menyesuaikan dirinya.

Kebahagiaan hidup sebuah keluarga banyak bergantung kepada persefahaman di dalam menjalinkan perhubungan suami isteri. Kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan melahirkan ketegangan dan konflik. Oleh itu tidak mustahil jika dikatakan bahawa krisis adalah suatu perkara lumrah di dalam sebuah rumahtangga walau bagaimana harmoni kehidupan rumahtangga tersebut. Keadaan ini hanya boleh dapat diatasi dengan kebijaksanaan suami dan sokonan daripada isteri yang pengasih.

2. PENGERTIAN KONFLIK RUMAHTANGGA

3. TAHAP-TAHAP KONFLIK DALAM RUMAHTANGGA

4. KATAGORI KONFLIK RUMAHTANGGA

5. PUNCA-PUNCA KONFLIK RUMAHTANGGA


6. CARA-CARA MENGATASI KONFLIK RUMAHTANGGA

7. MENASIHATI ISTERI

Dalam menghadapi sesuatu permasalahan suami sewajarnya memberi nasihat kepada isteri dengan penuh bijaksana. Nasihat yang diberi meliputi menerangkan hukum dan akibat perbuatan : Memberi contoh-contoh teladan yang boleh diambil iktibar oleh isteri. Suami juga mesti memberi panduan apa yang patut isteri lakukan dan peringatan-peringatan supaya menjadi pegangan isteri. Suami juga hendaklah bersedia memaafkan isteri di atas kesilapan yang dilakukan. Tindakan yang dilakukan oleh suami hendaklah dengan cara yang lembut, sopan dan berperikemanusiaan, sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: Dari Abi Hurairah r.a.; Katanya, Nabi s.a.w. bersabda ,

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Khiamat, maka apabila ia menyaksikan sesuatu peristiwa, hendaklah ia menanggapi dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagiannya yang paling bengkok ialah sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok kerana ia bijaksanalah membimbing wanita dengan baik." (Riwayat Muslim)

8. MENINGGALKAN TEMPAT TIDUR

9. PUKUL

10. MELANTIK ORANG TENGAH

11. KESIMPULAN

Krisis di atas suami isteri merupakan perkara yang lumrah berlaku di dalam rumahtangga walau sebagaimana rukun sekali perhubungan mereka. Kejadian krisis dalam rumahtangga boleh memberi kesan yang positif apabila ia dikendalikan atau ia diselesaikan dengan baik kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Bagaimanapun jika terlalu kerap berkrisis akan menjadikan rumahtangga sentiasa bergelombang dan jika dibiarkan ia akan karam. Oleh itu, tolak ansur dan persefahaman di antara suami isteri selalunya akan menyelamatkan keadaan dan rumahtangga akan terus kekal bahagia

Tuan/puan dipohon untuk memberi maklumbalas

AN INCREDIBLE LOVE STORY

An incredible love story has come out of China recently and managed to touch the world. It is a story of a man and an older woman who ran off to live and Love each other in peace for over half a century.

The 70-year-old Chinese man who hand-carved over 6,000 stairs up a mountain for his 80-year-old wife has passed away in the cave which has been the couple's home for the last 50 years.Over 50 years ago, Liu Guojiang a 19 year-old boy, fell in love with a 29 year-old widowed mother named Xu Chaoqin. In a twist worthy of Shakespeare's Romeo and Juliet, friends and relatives criticized the relationship because of the age difference and the fact that Xu already had children.

At that time, it was unacceptable and immoral for a young man to love an older woman.. To avoid the market gossip and the scorn of their communities, the couple decided to elope and lived in a cave in Jiangjin County in Southern ChongQing Municipality.

In the beginning, life was harsh as hey had nothing, no electricity or even food. They had to eat grass and roots they found in the mountain, and Liu made a kerosene lamp that they used to light up their lives.

Xu felt that she had tied Liu down and repeatedly asked him, 'Are you regretful? Liu always replied, 'As long as we are industrious, life will improve.

'In the second year of living in the mountain, Liu began and continued for over 50 years, to hand-carve the steps so that his wife could get down the mountain easily.

Half a century later in 2001, a group of adventurers were exploring the forest and were surprised to find t! he elderly couple and the over 6,000 hand-carved steps. Liu MingSheng, one of their seven children said, 'My parents loved each other so much, they have lived in seclusion for over 50 years and never been apart a single day. He hand carved more than 6,000 steps over the years for my mother's convenience, although she doesn't go down the mountain that much.'

The couple had lived in peace for over 50 years until last week. Liu, now 72 years, returned from his daily farm work and collapsed. Xu sat and prayed with her husband as he passed away in her arms. So in love with Xu, was Liu, that no one was able to release the grip he had on his wife's hand even after he had passed away.

'You promised me you'll take care of me, you'll always be with me until the day I died, now you left before me, how am I going to live without you?' Xu spent days softly repeating! this sentence and touching her husband's black coffin with tears rolling down her cheeks.

In 2006, their story became one of the top 10 love stories from China , collected by the Chinese Women Weekly. The local government has decided to preserve the love ladder and the place they lived as a museum, so this love story can live forever.

Ref :

----- Original Message -----
From:
Muluk Samad
To:
"Undisclosed-Recipient:;"@imss2.sabah.gov.my
Sent: Tuesday, April 28, 2009 9:15 AM
Subject: Fw: An incredible love story