Monday, April 6, 2009

DATO’ SERI MOHD. NAJIB TUN RAZAK DAN ”KONSEP SATU MALAYSIA” ADALAH PETUNJUK YANG JELAS MENGAMALKAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI ?

Gaya kepimpinan transformasi mulanya disarankan oleh Burns dalam tahun 1978 dalam bukunya, Leadership. Gaya kepimpinan transformasi merupakan suatu proses yang membenarkan wawasan pemimpin dikembangkan segera ke seluruh organisasi. Ini merujuk kepada proses mempengaruhi kepada perubahan besar dalam sikap kakitangan agar matlamat organisasi dan wawasan pemimpin dapat dicapai (Carlson dan Perrewe, 1995).

Bass (1985) telah menghuraikan idea kepimpinan transformasi yang memfokuskan kepada meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kepimpinan di kalangan pengikut. Peningkatan kesedaran ini memerlukan pemimpin yang mempunyai wawasan, berkeyakinan diri, mempunyai kekuatan dalaman untuk memperjuangkan apa yang dirasakan baik serta benar baginya dan bukannya yang popular pada masa itu (Carlson dan Perrewe, 1995).

Kesan kepimpinan transformasi tidak sahaja menyebabkan pengikut dapat memenuhi jangkaan prestasi tetapi dapat melepasi prestasi yang dijangkakan itu. Sosik (1997) mendapati bahawa kumpulan-kumpulan yang bekerja di bawah kepimpinan transformasi menjana lebih banyak penyelesaian yang tulen, kata-kata yang menyokong, penghuraian penyelesaian dan soalan-soalan tentang penyelesaian dan melaporkan peringkat prestasi yang tinggi, usaha yang lebih dan kepuasan terhadap pemimpin berbanding kumpulan yang bekerja di bawah kepimpinan transformasi yang rendah.

Kepimpinan transformasi adalah pemimpin karismatik yang membangunkan suatu hubungan yang sungguh istimewa antara pemimpin dengan pengikut dan merangsang pengikut dalam cara yang agak luar biasa (Conger, 1991). Kehadiran kepimpinan karismatik ini digambarkan oleh pengikut yang amat bersemangat tentang pemimpin dan idea-idea pemimpin mereka, bekerja keras untuk menyokong mereka, kekal setia dan mencari pencapaian prestasi superior (Conger, 1991). Kajian Awamleh (1999) menunjukkan pemimpin yang menyampaikan ucapan-ucapan/amanat yang bercirikan wawasan, mempunyai gaya penyampaian amanat yang kukuh dan mempunyai prestasi organisasinya yang baik ditanggap sebagai pemimpin yang berkesan dan berkarisma. Walau bagaimanapun, Shea (1999) mendapati individu yang terdedah kepada pemimpin karismatik tidak menunjukkan prestasi kerja melebihi (outperform) mereka yang terdedah kepada pemimpin yang bertimbang rasa.

Howell dan Avolio (1993) menunjukkan kepimpinan karismatik, kepimpinan intelektual, dan kepimpinan pertimbangan individu adalah dikaitkan dengan kawalan lokus dalaman yang lebih tinggi dan berupaya menjangka prestasi unit perniagaan untuk jangka pendek (satu tahun kehadapan). Bass dan Avolio (1990) pula mendapati pada setiap peringkat organisasi kepimpinan transformasi lebih berkesan daripada kepimpinan transaksi, dan juga pemimpin yang menggayakan lebih kepimpinan transformasi menunjukkan prestasi lebih tinggi (Hater dan Bass, 1988).

Read More.....http://sabahkita-ii.blogspot.com/2009/04/transformasi-vs-reformasi.html

1 comment:

SOLYMONE said...

Transformasi Najib hanya bermula bila senarai kabinet beliau kita ketahui kelak.
Sama ada banyak perubahan atau pun muka-mula yang sama cuma memegang portfolio yang berbeza.
Kedua, najib sangup kah mencabar dan mengubah senario politik di Sabah yang tengah tenat dan lembab kini?
Kita tahu setakat ini kuasa di Sabah hanya di manipulasikan oleh seorang pemimpin sahaja. Seadanyua, Pemimpin-pemimpin yang lain disini berfungsi seakan-akan saperti Pegawai Tentera simpanan sahaja.
Otherwise, transformasi yang asek diwar-warkan hanya sekadar Rhetoric dan mimpi di tengah hari sahaja.
Salam