KUALA LUMPUR 12 Jun - Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 4.3 peratus tahun atas tahun pada April, sebahagian besarnya disumbangkan oleh peningkatan dalam dua komponen iaitu indeks pengeluaran dan indeks elektrik.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Jabatan Perangkaan menyatakan indeks perlombongan, bagaimana pun merosot sebanyak 0.3 peratus.
Menurut jabatan itu, indeks pengeluaran dan indeks elektrik naik masing-masing sebanyak 5.6 peratus dan empat peratus.
Peningkatan indeks pengeluaran disumbangkan oleh kenaikan dalam indeks 25 daripada 38 kumpulan yang terlibat dalam penyusunan ini.
Jabatan itu menyatakan bahawa peningkatan tersebut disumbangkan oleh pembuatan kenderaan bermotor (55.8 peratus); televisyen, radio, rakaman bunyi atau video atau peralatan rakaman semula (53.7 peratus); serta pembuatan kasut (42.9 peratus).
- Bernama
Pertumbuhan empat bulan pertama tahun ini pada 6.3 peratus berbanding tempoh perbandingan yang sama tahun lepas.
Bagi indeks elektrik, ia meningkat 4.4 peratus bagi tempoh Januari-April berbanding Januari-April 2007, kata jabatan itu.
Bagi indeks sektor perlombongan, kemerosotan tersebut berpunca daripada penurunan indeks gas asli sebanyak 9.4 peratus.
Indeks minyak mentah dan timah, bagaimana pun, naik masing-masing sebanyak 5.5 peratus dan 0.5 peratus, katanya.

No comments:
Post a Comment