Thursday, 05 June 2008
Rakyat dibebankan dengan kenaikan keterlaluan! Rakyat pastinya dirundung kehidupan rumit.
Bermula dari harga minyak, menjalar ka bil letrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan harga barang keperluan lainnya. Arakian subsidi minyak dikurangkan, tetapi persoalannya keuntungan PETRONAS yang jenuh melimpah tertiris dan bocor kemana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kapada Parlimen sekalipun.
Yang arif mengenai kedudukan kewangan PETRONAS hanya PM dan yang terserlah adalah projek mega dan koridor! Rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan. Kemenfaatannya adalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek. Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab!Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.
Justeru itu kami membantah keras dasar Kerajaan UMNO-BN yang mengabaikan tanggungjawab dan membebankan rakyat. Satelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan UMNO-BN seharusnya berundur!
Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi. Dasar tsb harus menjurus kepada pertumbuhan segar dan pantas, namun tetap prihatin terhadap kehidupan rakyat.
Anwar Ibrahim
No comments:
Post a Comment