Oleh Dr Rusinah Siron
BIDALAN ‘setiap yang berlaku ada hikmahnya’ memang ada kebenaran kerana selama ini negara kita memang cukup makmur dengan pelbagai jenis makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat yang memenuhi setiap menu makanan keluarga berbilang kaum di Malaysia. Kemakmuran dalam aspek makanan di Malaysia ini begitu terkesan hingga wujud kata-kata rakyat Malaysia bukan mati kerana tidak makan tetapi mati kerana terlebih makan. Nasi yang menjadi makanan ruji utama di Malaysia diambil secara berlebih-lebihan, pagi makan dengan pelbagai jenis hidangan nasi, nasi lemak, nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu, nasi kunyit dan pelbagai lagi makanan pagi yang menggunakan beras. Makan tengah hari pula, tidak sah kalau tidak makan nasi dengan nasi ayam, nasi tomato, nasi minyak, nasi beriani, nasi campur dan pelbagai lagi. Makan malam pula, hidangan nasi lagi iaitu nasi air, nasi goreng, nasi putih dan pelbagai lauk pauk memenuhi meja makan malam.
Begitulah kayanya Malaysia dengan pelbagai menu yang berteraskan beras sebagai santapan utama mereka. Tidak pernah rakyat Malaysia merungut kekurangan beras kerana beras boleh didapati di mana-mana, di kampung, pekan kecil, pekan besar, bandar, ibu kota dan serata kawasan di Malaysia. Tetapi keadaan sekarang sudah berubah dengan peningkatan harga beras, nampaknya memberi impak terhadap status ekonomi keluarga di Malaysia terutama keluarga kurang berkemampuan atau keluarga yang suam-suam kuku kemampuannya dan ditambah mempunyai ramai anak. Kita ambil contoh, jika dulu beras sekampit 10 kilogram boleh dibeli pada harga serendah RM17 kualiti sederhana tetapi sekarang dengan kualiti sama, harga beras naik RM22. Kenaikan harga beras sebanyak RM5, memberi impak besar bagi keluarga berpendapatan rendah.
Jika dulu, lebihan duit RM5 boleh dibuat perbelanjaan bagi tambahan duit belanja dapur, kini RM5 perlu ditambah untuk membeli keperluan dapur dan dalam masa sebulan RM25 perlu ditambah dalam perbelanjaan harian. Jika dilihat dari sudut ekonomi, jika harga beras tidak naik, RM25 sebulan itu boleh disimpan sebagai tabung kecemasan keluarga, jika disimpan setahun menjadi RM300. Bagi keluarga berpendapatan rendah, mereka sudah ada simpanan sebanyak itu bagi kegunaan kecemasan dan masa depan tetapi dengan kenaikan harga beras, simpanan tidak dapat dilakukan, malah perbelanjaan keluarga pula terus meningkat. Bagaimana wanita yang berperanan sebagai isteri, ibu dan pekerja dapat membantu mengekalkan ekonomi keluarga agar terus stabil dalam keadaan peningkatan harga beras dan barang keperluan lain. Antara caranya ialah: l Mengatur menu masakan keluarga dengan lebih bijak. Jika dulu menu makan pagi, tengah hari dan makan malam dipenuhi nasi dengan lauk pauk, kini aturan makan lebih sempurna, dengan makan pagi lebih kepada bijirin dan roti, makan tengah hari, nasi dan makan malam lebih kepada sup dan sayur-sayuran. Aturan makanan ini bukan saja menjimatkan tetapi baik untuk kesihatan.
l Jika dulu lebihan nasi dibuang atau terbiar basi di periuk, kini, setiap lebihan nasi, perlu diguna semula seperti dibuat nasi goreng, puding nasi atau dikeringkan untuk dibuat emping nasi dan sebagainya. Ia boleh dijadikan menu minum petang dan lebih menjimatkan daripada membeli makanan di luar. l Simpan beras di tempat bersih dan kering bukan disimpan dalam stor simpanan barang atau dalam plastik beras. Keadaan ini menyebabkan beras mudah rosak dan dimasuki serangga yang menjadikan beras tidak dapat digunakan dan dibuang begitu dan pembaziran berlaku. l Apabila mengadakan majlis keraian dan riadah bersama keluarga dan rakan, ubahlah menu daripada makan nasi kepada menu yang lebih ringan dan berkhasiat seperti menu mi dengan viariasi masakan. Banyak menu menarik daripada mi seperti mi goreng, mi sup, mi bandung dan sebagainya yang memang sedap dan menyelerakan. l Buat perancangan dalam seminggu hanya makan nasi tiga hari dan empat hari lain ditukarkan dengan menu lain yang menyelerakan. Contohnya, Ahad, makan nasi, hari Isnin apabila anak bersekolah dan suami bekerja, makan malam lebih kepada menu pankek bercicah sambal tumis dengan sup. Selasa, makan nasi berlauk, Rabu pula, makan mi bandung dengan salad, Khamis, makan laksa dan kuih-muih, Jumaat, makan nasi dengan sayur-sayuran dan ikan, Sabtu, hari riadah bersama keluarga, makan di luar atau berkelah dengan menu masakan mi goreng dan pelbagai jenis buah-buahan. Sebagai isteri dan ibu, kita boleh memainkan peranan lebih positif dan kreatif dalam menyediakan makanan berkhasiat dan digemari keluarga. Yang pentingnya kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dan memberikan kebahagiaan keluarga melalui penyediaan makanan yang berkhasiat dan menyelerakan. l Buatlah pilihan bijak ketika membeli- belah, pilihlah kedai atau pasar raya yang lebih bertimbang rasa dalam menangani kenaikan harga beras. Bagi wanita yang menjadi peneraju utama dalam urusan masak memasak dan kerja domestik rumah tangga, kita perlu prihatin dan kepentingan rumah tangga perlu diberi perhatian serius dalam usaha untuk untuk membantu mengekalkan perbelanjaan keluarga dan pada masa sama, keharmonian keluarga melalui kreativiti dan inovasi dalam masakan walaupun dihimpit dengan kenaikan harga beras dan barang keperluan lain. Kata pepatah mengatakan ‘ikat suami dengan perut’ dan ‘masakan ibu adalah paling sedap’ memang tidak pernah diragui kebenarannya. Gunakanlah penghargaan yang diberikan suami dan anak terhadap kemahiran masakan wanita untuk mencipta lebih banyak resipi baru yang sedap, berkhasiat dan tidak menggunakan beras tapi menggunakan teras kepercayaan, kasih sayang, kreativiti dan keyakinan untuk memberikan masakan dan makanan yang terbaik untuk keluarga tercinta.

Prof Madya Dr Rusinah Siron ialah pensyarah di sebuah universiti swasta di Lembah Klang
No comments:
Post a Comment