SUKA atau tidak, ramai di antara kita masih terkedu akibat 'tsunami' pengurangan subsidi minyak petrol dan diesel di pasaran baru-baru ini yang menyebabkan harga bahan bakar itu melonjak.
Akibat kenaikan harga minyak itu, 'pemandangan' di lebuh-lebuh raya di Lembah Klang yang 'berselirat' turut berubah apabila kenderaan kecil kini membanjirinya kerana kenderaan besar terpaksa ditinggalkan di rumah.
Tiada lagi istilah bawa kenderaan besar di pejabat hanya untuk 'suka-suka' kerana tiada siapa sanggup membakar 'wang' RM20 sehari untuk perjalanan pergi-balik 50 kilometer kecuali orang banyak duit atau terpaksa.
Kerajaan sebenarnya perlu memikirkan secara serius bagaimana hendak menangani masalah kenaikan kos sara hidup dengan bijaksana bagi manfaat sebahagian besar rakyat berpendapatan rendah di bandar mahupun di luar bandar.
Mereka kini berhadapan dengan masalah penurunan mendadak ke atas kuasa membeli barangan di pasaran.
Ini kerana kenaikan harga minyak menyebabkan golongan berpendapatan rendah terus jatuh miskin manakala yang miskin terus jadi miskin tegar sejurus minyak petrol dan diesel dengan harga masing-masing RM2.78 sen dan RM2.58 sen dikuatkuasakan.
Di bandar besar, sebahagian besar mereka yang jatuh miskin dalam masa 'semalaman' terdiri daripada kakitangan kerajaan sendiri serta pekerja-pekerja kilang yang selama ini gaji mereka yang 'entah berapa ratus' dan RM1,000 lebih sedikit.
Kebanyakan mereka yang bekerja sebagai pelayan pejabat, kerani, pemandu, pemungut sampah, operator kilang dan seumpamanya turut memainkan peranan penting dalam memakmurkan negara ini.
Bayangkan, tiada barang boleh dieksport tanpa pemandu, tiada surat boleh dipos tanpa posmen, tiada tuntutan boleh dibuat tanpa kerani, busuklah Kuala Lumpur tanpa pekerja Alam Flora dan tidaklah Malaysia muncul sebagai pengeluar mikrocip terbesar di dunia tanpa operator kilang.
Operator kilang bekerja secara giliran, siang malam, jika bekerja kutip sampah, awal pagi lagi mereka sudah bersihkan Kuala Lumpur, manakala kerani pula bertungkus lumus bekerja manakala 'ibu-ibu' kita pagi-pagi lagi sudah bangun memasak untuk anak-anak yang akan ke sekolah sebelum bekerja.
Oleh itu, mulai hari ini marilah kita semua golongan sederhana dan mewah terutama ahli-ahli Parlimen yang kini bersidang - bersimpatilah dengan nasib mereka dengan mencari jalan bagaimana untuk membolehkan mereka mendapat gaji minimum RM900 sebulan atau RM1,500 sebulan.
Dalam hubungan ini kerajaan tidak seharusnya memandang sepi terhadap tuntutan tersebut kerana mereka sudah tidak tertanggung lagi dengan kenaikan kos sara hidup sekarang yang tidak setara dengan pendapatan mereka.
Golongan ini mesti dibantu dengan apa cara sekalipun sebelum mereka 'menjatuhkan' hukuman lebih buruk pada pilihan raya umum ke-13.
Cara terbaik ialah kerajaan duduk semeja dengan persatuan-persatuan pengusaha kilang dan majikan untuk mencari jalan penyelesaian dan bukannya menolak tuntutan mereka mentah-mentah - bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Kerajaan juga perlu memikirkan cara untuk mengurangkan secara drastik, jumlah pekerja asing di negara ini demi kepentingan rakyat kita sendiri yang akan jadi pengundi dalam pilihan raya umum.
Mengapa kita benarkan lebih 2.5 juta pekerja Indonesia, Bangladesh, India, dan Nepal bekerja di ladang, tapak projek, kilang dan restoran sedangkan ramai rakyat kita boleh bekerja di tempat mereka?
Kedai gunting rambut di taman-taman perumahan pun diusahakan oleh 'rakyat India'?
Sekadar bertanya, siapa di sebalik mereka?
Rakyat sudah jemu mendengar alasan kononnya rakyat tempatan tidak mahu bekerja di tempat kotor, gaji rendah dan pelbagai alasan muluk-muluk.
Mereka sebetulnya mahu melihat 'kecerdikan' menteri-menteri dan timbalan menteri untuk menangani masalah berkenaan dengan memastikan jika rakyat tempatan diambil bekerja, gaji setimpal hendaklah ditawarkan.
Cari jalan bagi mengatasi masalah kononnya dengan menawarkan gaji minimum, pelabur-pelabur asing lari ke China dan India. Pergilah berunding dengan kerajaan China dan India untuk semua pihak saling beroleh keuntungan dalam konsep memakmurkan antara satu sama lain.
Dan kerajaan pula janganlah hendaknya mendengar cakap pengusaha kilang dan majikan semata-mata kerana mereka pun belum tentu mengundi Barisan Nasional (BN). Pilih yang mana satu kerajaan mahu.
Apa pun, titik mula bagi usaha secara serius dalam menangani masalah kenaikan kos sara hidup ini akan dapat digambarkan apabila Bajet 2009 dibentangkan pada September ini.
Dalam hubungan ini, pandangan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dalam blognya mengenai usaha menangani kemelut yang melanda negara sekarang amat wajar diberi pertimbangan.
Mengambil kira kesengsaraan yang ditanggung oleh segenap lapisan rakyat yang terpaksa menelan ubat penarikan subsidi minyak yang sangat pahit itu, maka sudah sewajarnya kerajaan mengambil langkah tuntas bagi membantu golongan miskin tegar dan miskin baik di luar bandar mahupun di bandar.
Sudah kedengaran di sana-sini kakitangan kerajaan berharap bonus dua bulan dapat diberikan kepada mereka tahun ini. Kakitangan swasta yang berpendapatan sederhana mahu kerajaan mengurangkan cukai pendapatan atau hapuskan terus.
Mereka juga mahu kerajaan hapuskan cukai jalan yang di negara-negara lain, setiap pengguna hanya dikenakan sekali cukai jalan seumur hidup sedangkan kita pula 'selagi kita hidup'.
Rakyat juga ternanti-nanti bila kadar tol lebuh raya di Lembah Klang yang berselirat ini akan dikurangkan.
Jika kerajaan berjaya melakukannya, kita yakin rakyat juga dapat menerima hakikat bahawa kos sara hidup yang rendah dan pernah dinikmati sedekad lalu sebagai satu sejarah yang tidak akan berulang lagi untuk kita semua.

No comments:
Post a Comment