Thursday, June 5, 2008

USBO MENANDATANGANI MOU DENGAN RUMPUN BAJAU DI INDONESIA

Thursday, June 5, 2008 Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) semalam menandatangani memorandum persefahaman dengan sebuah pertubuhan mewakili rumpun Bajau di Indonesia untuk merintis kerjasama dalam pelbagai bidang terutama ekonomi. MOU ditandatangani dengan Keturunan Keluarga Bajo Sulawesi Tenggara (Kekar Bajo) dalam satu majlis ringkas di Jakarta.Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Said, ketika meraikan wakil kedua-dua pihak pada majlis makan malam, berkata MOU itu adalah antara usaha mewujudkan jaringan kerjasama dalam kalangan masyarakat rumpun Bajau.
"Menerusi MOU ini kita berharap dapat memperkukuhkan jalinan kerjasama antara negara dengan membentuk dan memperkuatkan institusi ini secara bersama,” katanya. Presiden Kekar Bajo, Abdul Manan, juga berharap MOU yang ditandatangani itu menjadi jalinan baru yang dapat memperkukuhkan kerjasama komuniti Bajau dalam pelbagai aspek.
Abdul Manan yang juga Ketua Badan Perencanaan Pembangunan Daerah Kabupaten Sulawesi Tenggara berkata, mengikut anggaran terdapat kira-kira 20 juta masyarakat rumpun Bajau di Indonesia, yang tinggal di pelbagai daerah dan provinsi, kebanyakannya terbabit dalam sektor perikanan dan pertanian.
BERNAMA

No comments: