Tuesday, March 31, 2009
Dr. Mahathir - (Very Good One must read)
1. Email seperti dibawah agak menarik dan tersirat dalamnya pelbagai maklumat yang mengundang pelbagai penjelasan atau tafsiran. Jesteru itu, saya putuskan untuk di ”posting” dalam blog saya pada jam 9.20 am 1 April 2009 untuk dikongsi bersama.
----- Original Message -----
From: Abekan Liun
To: Hj. Yahya Hassan ; Hamdani Omar ; MohdSalim.Gabot@sabah.gov.my ; Ibnu Rasid ; Suhaili Riman ; Abdullah.Sukimin@sabah.gov.my ; Kaim.Kalimin@sabah.gov.my
Sent: Wednesday, April 01, 2009 6:46 PM
Subject: Fw: Dr. Mahathir
----- Original Message -----
From: Charles Gordon De Souza
To: thomas hiew ; De Souza, Terance ; Bernadette de Souza ; Abekan Liun
Sent: Tuesday, March 24, 2009 6:39 PM
Subject: Fw: Dr. Mahathir
----- Original Message -----
From: Terence Jinivon
To: leikson@mediserve.com.my ; 'Charles Gordon De Souza' ; terrie@mediserve.com.my ; 'kilols Lajimin' ; 'Ronney Ronald' ; gsjj7@hotmail.com ; maria_akang@mediserve.com.my
Sent: Tuesday, March 24, 2009 4:06 PM
Subject: Dr. Mahathir
Dr. Mahathir - (Very Good One must read)
The person who invented this is genius!
When Dr. Mahathir was Prime Minister of Malaysia
One lousy day in the middle of the economic crisis, PM Mahathir was feeling extremely frustrated and wondering how a neighboring country can be doing better than Malaysia.
One of his aides said, I heard that the leaders consult Feng Shui masters to ensure prosperity for the country. Dr Mahathir thought if that was the case, Malaysia Bomoh also can, and went to seek the top bomoh's advice in the country.
After reviewing the case, the bomoh told Dr M that there were 2 things that he must do:
Bomoh: Step 1. You must blame the crisis on SOROS for everything.
Dr M: But Why?
Bomoh: Because SOROS stands for 'Speculate On Ringgit Or Stocks'. You must blame him, and look at ways to control the ringgit and stock market.
Bomoh: Step 2 - You must get rid of ANWAR.
Dr M: What! why him?
Bomoh: Because ANWAR stands for 'A Nation Without Any Ringgit'.
Dr M: But how? This is most difficult to do, he is popular with the people.
Bomoh: Aiyoh, you bodoh lah! Look at your name, MAHATHIR.
Make Anwar Homosexual And Then Highlight It Repeatedly
This one lagi best. The latest according to the trend.
Subject:
M.A.H.A.T.H.I.R
This is a new acronymn... stands for:
Must
Always
Hantam
Abdullah
Till
He
Is
Removed
Monday, March 30, 2009
"Kepimpinan Umno Perlu Berbicara Dalam Lenggok Bahasa Komuniti Siber Dan Menjadi Pemuka Kepada Penggunaan Teknologi Sebagai Senjata Politik"
Generasi muda kepimpinan Umno perlu berbicara dalam lenggok bahasa komuniti siber dan menjadi pemuka kepada penggunaan teknologi sebagai senjata politik, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hanya dengan berbuat demikian barulah Umno boleh mengaku sebagai parti yang mewakili bisikan nurani sebenar rakyat terutama dalam kalangan generasi muda.
“Barulah kita, boleh menang dalam persaingan idea dan pertarungan pengaruh di antara parti-parti politik,” kata Timbalan Perdana Menteri.
“Suka atau tidak, kita (Umno) tidak boleh menjadikan hambatan medium ini sebagai musuh. Generasi muda kepimpinan Umno harus berperanan sebagai pelaku proaktif di tengah-tengah fenomena,” katanya.
Katanya Umno bersikap tidak acuh dengan perkembangan media baru itu pada pilihan raya umum 1999 dan lima tahun kemudian pada pilihan raya umum 2004, Umno “masih mengambil mudah kebangkitan media alternatif.”
“Kita telah alpa dengan mandat besar yang diberikan oleh rakyat (pada pilihan raya umum 2004) hatta tidak bersiap siaga untuk menghadapi peperangan alam siber.
“Natijahnya, semasa pilihan raya Mac tahun 2008, kita telah tersentak dari lamunan dek kegagalan memahami kesan pengaruh media baru,” katanya.
PERTUKARAN PIMPINAN UMNO:JANJI DAN HARAPAN KEPIMPINAN NAJIB ABDUL RAZAK
Oleh: Kassim Ahmad
kassim03@streamyx.com
28 Mac, 2009
Pendahuluan
Bolehkah UMNO pulihkan kedudukannya sebagai pejuang bangsa, bagi bangsa Melayu, khasnya, dan bagi bangsa Malaysia yang sedang kita bina, amnya? Walaupun ramai yang rasa pesimis, jawapan saya positif: Boleh! Tiada yang mustahil bagi manusia, khalifah Tuhan di Bumi. Tentu ada syarat-syaratnya bagi kejayaan usaha pemulihan ini.
Sesetengah orang mempertikai keabsahan Najib untuk mengambil-alih pimpinan parti dan Kerajaan. Saya berpegang kepada kata-kata beliau yang mahukan rakyat menilai beliau dari kerjanya, bukan dari kata-katanya saja, apalagi dari kabar angin atau tuduhan-tuduhan yang mungkin tidak berasas!
Dalam ucapan beliau merasmikan mesyuarat sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, saya berasa gembira kerana, khasnya antara lain, dua perkara, iaitu kursus politik bagi ahli dan kader parti, dan pembaikan sara hidup bagi kumpulan-kumpulan bawahan (kemiskinan tegar) di bandar dan luarbandar. Saya akan huraikan kenapa kemudian.
Dalam dua siri esei yang berikut, saya akan mengkaji soal ini dari dua segi. Pertama, dari segi konsep parti: Apakah parti? Ada berapa jenis parti? Apakah falsafah politik parti, pendidikan ahli dan kader parti, konsep kepimpinan, hubungan parti dengan Kerajaan dan rakyat, dan struktur organisasi parti.Apakah komuniti bangsa? Ideologi dalam komuniti bangsa. Kedua, dari segi dasar sosio-ekonomi, pembangunan material-moral-spiritual; dan konsep Manusia sebagai khalifah Tuhan di Bumi.
Bahagian I: Falsafah Perjuangan
Kita bermula di pangkal jalan. Pangkal jalan kita ialah Tuhan. Kita datang dari Tuhan, dan akan kembali kepada-Nya. Kita berasa yakin, dengan pengalaman mereka yang pahit dalam Pilihanraya Umum ke-12 dan dalam beberapa pilihanraya kecil selepas itu, dan dengan pertukaran pimpinan daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib Abdul Razak, UMNO akan memulakan proses perubahan yang diperlukan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan ahli kepada parti.
Bermula dari Tuhan bermakna bermula dengan Dia yang memberikan kuasa dan kemuliaan kepada sesiapa yang Dia suka, dan meregut kuasa dan kemuliaan itu dari sesiapa yang Dia suka. [1] Ini bermakna percaya kepada kuasa yang rasional dan mendukung konsep rasionaliti. Dalam istilah agama, kita sebut iman, tetapi iman ini mestilah selaras dengan rasionaliti. [2]
Soalan yang pertama: Apakah parti? Apakah UMNO pada asasnya?
Parti, dalam satu perkataan, ialah pemimpin dan pejuang rakyat, yang muncul daripada rakyat yang sedar. Inilah konsep parti yang revolusioner. ‘Revolusioner’ bermakna sikap mahukan perubahan jangka panjang yang menyeluruh, bukan perubahan tampal-sulam di sana-sini saja. Ahli-ahli parti mempunyai idealisme dan semangat perjuangan dan pengorbanan untuk bangsa. Kepimpinan Nabi Muhammad bersifat demikian. Dalam negera kita, UMNO, pada asasnya, bersifat parti yang sedemikian.
Walau bagaimanapun, rakyat sesebuah negara sifatnya tidak sekata, dari segi ideologi. Ada satu kumpulan rakyat yang percaya kepada kebaikan dan keadilan, dan sanggup berjuang dengan jiwa-raganya untuk melahirkan kebaikan dan keadilan dalam masyarakat itu. Dalam istilah agama, kita namakan mereka mukmin, orang yang beriman kepada Tuhan Yang Esa. Dalam istilah falsafah, kita namakan mereka kumpulan humanis. Parti mereka ialah parti humanis, yang bersifat revolusioner.
Dari sini kita dapat melihat partilah yang menguasai Kerajaan, yakni idealisme dan perjuangan bangsa serta dasar sosio-ekonomi lahir dari parti dan dilaksanakan oleh parti dan Kerajaan. Dalam parti-parti jenis lain, Kerajaan menguasai parti, kerana anasir-anasir anti-revolusioner dibawa masuk melalui Kerajaan.
Berlawanan dengan kumpulan humanis ini ialah kumpulan oligarki, yang bersifat menindas. Mereka tidak percaya kepada kebaikan dan keadilan, malah menolaknya. Dalam istilah agama, mereka disebuat kafir. Misi dan pernan kumpulan ini dan parti mereka ialah menjadikan rakyat ramai sebagai hamba-abdi mereka yang mendukung sistem perhambaan ini untuk kepentingan kumpulan oligarki. Fir’aun dalam zaman Nabi Musa, Maharaja Ramses II, dengan hartawan Karun, dan Paderi Besar Haman merupakan kaum oligarki dalam masyarakat itu.
Ada satu lagi kumpulan ideologi, iaitu kumpulan liberal, yang sanggup berkompromi dengan kumpulan oligarki. Mana-mana parti pun, yang pada mula bersifat revolusioner, boleh merosot menjadi liberal, dan kemudian menjadi kaum penindas. Dalam sejarah Islam di zaman Nabi Muhammad, kita tahu setelah empat khalifah al-Rasyidun, yang bersifat republikan dan revolusioner, kepimpinan negara jatuh ke tangan kaum liberal dan kemudian kaum oligarki. Mengapa ini berlaku? Kerana ketiadaan sistem kursus saintifik untuk mendidik anggota-anggota dan kader-kader parti dalam falsafah perjuangan revolusioner itu. Hanya dengan sistem kursus demikian idealisme dan semanagat perjuangan revolusioner parti dapat dipertahankan. Jika tidak, ideologi kaum oligarki akan masuk ke dalam parti revolusioner ini serta menukarkannya menjadi sebagian dari kaum oligorki sedunia.
Pada umumnya, kursus-kursus ini harus mengajar (a) sejarah bangsa itu, sejarah partinya, dan sejarah manusia, (b) falsafah perjuangan parti yang revolusioner, yang terdiri dari konsep-konsep nasionalisme dan internasionalisme, konsep pemerintahan demokratik, dan konsep pemerintahan yang adil, (c) struktur organisasi parti, dan (d) dasar parti dan Kerajaan.
Oleh kerana kehidupan bangsa kita dan kehidupan manusia akan terus menerus, menjalani tahap demi tahap, maka kita perlu memastikan supaya parti dapat memainkan pernanannya sebagai pejuang dan pemimpin bangsa terus-menerus. Ini hanya dapat dilakukan melalui sistem kursus politik yang telah kita huraikan di atas.
Bahagian II: Pembangunan Material-Moral-Spiritual
Seperti yang kita katakan di atas, parti sebagai pemimpin dan pejuang bangsa membuat dasar. Dasar ini, dalam pelbagai bidang, bertujuan untuk mencapai kemajuan dan kebahagian untuk komuniti bangsa itu. Dalam semua masyarakat, kekayaan material atau ekonomi menjadi asas untuk melahirlan kemajuan dan kebahagian itu. Sistem ekonomi ini mesti boleh memberi pekerjaan yang cukup kepada anggota-anggotanya, di samping mengadakan suatu kaedah lain untuk menyara kehidupan anggota-anggotanya yang lemah dan cacat.
Manusia lahir dari binatang dengan sifat kebinatangannya yang tiada pertimbangan untuk orang lain. Sifat ini tidak sesuai untuk membuat dia maju di tangga evolusinya. Dengan itu, kejiwaan manusia-binatang perlu ditingkatkan untuk menjadi manusia-manusia atau manusia-malaikat melalui proses-proses sosialisasi dan pendidikan. Dengan itu, kekayaan material yang dihasilkan melalui sebuah ekonomi yang berkembang manfaatkan semua anggota dan lapisan masyarakat itu. Tiada kumpulan yang terlalu kaya dan tiada kumpulan yang terlalu miskin. Kata pepatah, orang miskin boleh menjadi kufur, dan orang kaya tidak boleh masuk syurga.
Pembangunan mestilah seimbang, pembangunan material-moral-spiritual. Dalam keadaan perkembangan masyarakat yang tidak seimbang, rasuah dan jenayah akan berkembang. Oleh sebab itu, sesebuah komuniti bangsa mesti mengatur supaya sistem ganjarannya saksama: tiada yang terlalu kaya, dan tiada yang terlalu miskin.
Ada beberapa perkara yang terlarang dalam pembangunan sebuah ekonomi yang sihat. Pertama, amalan riba. Riba bermakna mendapat keuntungan dari pemerasan dan penipuan. Riba akan mempapakan sebuah ekonomi, bukan mengembangkannya, seperti yang didakwakan oleh sesetangah ahli ekonomi liberal. Kejatuhan sistem ekonomi liberal yang sedang kita saksikan di Amerika Syarikat dan Eropah sekarang ialah kerana amalan riba.
Selain dari riba, pembaziaran, penipuan dalam perdagangan dan perniagaan, rasuah dan bentuk-bentuk penyelewengan yang lain perlu dihapuskan. Amalan-amalan ini akan meningkatkan kos dalam sebuah ekonomi dan menjadikan ekonomi itu tidak kompetitif, menurunkan nilai matawangnya dan dengan itu menyebabkan naiknya kos hidup dan membawa kepada kemunduran dan kejatuhan tamadun itu.
Agama Islam dinobatkan dalam Perlembagaan kita sebagai agama rasmi negara. Kita harus ingat bahawa Islam ialah agama yang diredai oleh Tuhan, Agama Kebenaran, agama universal yang diramalkan dalam Quran akan mengatasi semua agama lain. [3] Pimpinan masyarakat Islam tidak harus menganggap agama Islam sebagai agama ekslusif masyarakat Islam. Agama Islam ialah agama universal yang ajarannya berdasarkan kebenaran dan kerahiman. Itulah sebabnya ia akan mengatasi agama-agama lain. Kita mesti sanggup mendedahkan Islam kepada masyarakat antarabangsa dan berdepan dengan agama-agama lain dari segi kebenaran dan kebaikannya. Obsesi kita dengan kegunaan beberapa perkataan yang, kononya, khusus untuk agama Islam saja, seperti ‘Allah’ dan sebagainya tidak sedikit pun menunjukkan kita sebagai ‘umat yang paling baik yang dilahirkan untuk manusia’. [4] Kita mestilak elak dari penyakit-penyakit kejumudan dan kefanatikan.
Tuhan telah menjadikan Manusia sebagai khalifahnya di Bumi dan menundukkan seluruh Alam Raya kepadaanya. [5] Khalifah bermakna raja (yang menentukan nasibnya sendiri dan nasib masyarakat yang dihuninya) dan Bumi termasuk seluruh Alam Raya. Ini suatu kedudukan yang istimewa yang tiada pada makhluk-makhluk lain. Ini bermakna masa depan manusai terbentas luas dan cerah. Hal ini dilambangkan dalam Quran dengan kiasan amanah pentadbiran alam ini ditawarkan kepada semua makhluk Tuhan, tetapi Manusia saja yang sanggup dan berani menerima misi ini. [6]
Kita harus juga menunjukkan bahawa Tuhan menjadikan Alam ini untuk manusia. Salah satu sifat Tuhan ialah Samad. ‘Samad’ bermakna bebas dan tidak memerlukan apa-apa daripada sesiapa pun. Jadi, sebenarnya, Tuhan tidak menghendaki kita menyembah Dia, atau taat kepada Dia, kerana Dia Cukup dengan Diri-Nya Sendiri dan tidak memerlukan kepada apa-apa yang lain.Dia Mutlak dan Abadi. Semua ayat Quran yang menyatakan manusia perlu menyembah Dia dan taat kepada Dia hanya menunjukkan bahawa penyembahan dan ketaatan kita kepada Dia itu ialah untuk kita, untuk kemanusiaan, humanisme. Juga kehidupan kita berlangsung di dunia ini, tidak ada dunia lain. Yang disebut akhirat itu ialah dunia ini yang sudah berubah menjadi dunia yang lebih baik. Jadi, humanisme dan sekularisme itu sebenarnya ialah rumah manusia. Syurga dan Neraka kita di sini, kerana kedua-duanya tidak lain ialah akibat dari perbuatan kita sendiri. Kita menghukum diri kita sendiri, [7] tentunya mengikut undang-undang Tuhan.
http://www.kassimahmad.blogspot.com/
Sunday, March 29, 2009
PROSES PERALIHAN YANG AMAT MESRA DAN PENUH PERASAAN KEMANUSIAAN DAN PERSONAL
1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan yang telah terjalin sekian lama bermula pada zaman Allahyarham Tun Razak lagi.
2. Peralihan dibuat secra yang mudah sehingga pengganti dapat mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan, walaupun, bukan senang hendak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri. "Nak melepaskan jawatan sebagai ketua bahagian pun susah, hendak lepas jawatan ketua cawangan pun susah, inikan pula jawatan tertinggi dalam parti dan kerajaan".
3. Pak Lah membuat keputusan ini dengan cara yang begitu baik sekali di mana Pak Lah telah berunding dengan Datuk Seri Najib banyak kali dan setiap kali berunding itu berjam lamanya. Pak Lah membuat proses itu sebagai satu yang amat mesra dan penuh dengan perasaan kemanusiaan dan personal (peribadi) sifatnya.
4. Peralihan kuasa berlaku dalam keadaan yang amat tersusun, amat tertib dan penuh dengan harmoni. Tradisi Umno telah kembali semula, tradisi yang telah dapat dipertahankan sekian lama sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Peralihankuasa dibuat dalam keadaan suasana dalam perhimpunan agung yang penuh dengan ketertiban, dengan tradisi dan sebagainya.
5. Allahyarham Tun Razak, menjadi faktor penghubung. "You are his biological son and I am his political son" atau saya anak kandung Tun Razak dan dia adalah anak didik politik Allahyarham Tun Razak. Oleh itu Pak Lah hendak lihak Najib berjaya, "I want to see you succeed". Jadi Pak Lah kata buatlah yang terbaik, dia akan sokong. Kedua, Pak Lah kata saya tidak akan kritik: "I will not criticize you in public" dan ketiga, saya sanggup memberi nasihat dan pandangan saya pada bila-bila masa.
6. Datuk Seri Najib amat-amat menghargai apa yang telah dinyatakan secara peribadi kepada oleh Pak Lah kepadanya dan akan kenang sampai bila-bila. "Kekanda saya dalam politik, Pak Lah terpahat dalam hati saya".

Saturday, March 28, 2009
DATUK SERI NAJIB MENGGALAS AMANAH UNTUK MENCARTA DAN MEMETA ARAH TUJU SETERUSNYA KEPADA PERJUANGAN UMNO ?
"Kita perlu mengambil iktibar daripada isyarat yang sudah diberikan rakyat. Sebab itulah saya di antara pemimpin pertama yang sudah mengungkapkan berubah sebelum diubah dan berubah sebelum rebah"
PERALIHAN KUASA - Berlaku mengikut tradisi UMNO dengan tenang dan tertib.
NEGARAWAN BERSATU - Dr. Mahathir Mohamad kembali bersama UMNO dalam suasana menyentuh perasaan dan penuh penghormatan. Dr. Mahathir naik ke pentas perhimpunan agung dan bersalaman dengan kepimpinan tertinggi parti termasuk Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak.
Pembaharuan UMNO - Perhimpunan Agung Khas sebelum akhir tahun ini membincangkan pembaharuan termasuk memerangi politik wang:
- Perlembagaan dipinda bagi memberi mandat lebih ramai ahli (anggaran 60,000 ahli) memilih kepimpinan tertinggi yang akan dibuat serentak di 191 bahagian.
- Sistem kuota dirombak semula.
Rakyat-Parti-Kerajaan- Konsep parti menguasai kerajaan ditambah dengan komponen rakyat.
- Parti memahami denyut hati rakyat. Diterjemahkan dalam bentuk dasar dan tindakan oleh kerajaan. Apabila kerajaan dikuasai oleh parti melaksanakan kehendak rakyat, UMNO jadi gagah perkasa.
"UMNO akan berubah" - menegaskan janji untuk melakukan beberapa perubahan besar dalam parti bagi memastikan kelangsungan berterusan UMNO pada masa hadapan.- prasarana boleh dibina dalam zaman moden ini; - proses pemilihan UMNO yang berintegriti adalah jalinan kelangsungan kuasa UMNO sebagai parti yang berdaulat - "Selagi proses ini tercemar, selama itulah orang akan hilang kepercayaan kepada UMNO,".
"Maknanya, kalau Tun kembali ke parti, dia beri satu pengakuan kepada parti. Saya percaya Tun boleh beri pandangan dan nasihat dari semasa ke semasa. Sebab itu saya sudah mengajukan untuk berjumpa dengan kedua-dua negarawan (Dr. Mahathir dan Abdullah) untuk membincangkan masa depan parti dan negara,"
Thursday, March 26, 2009
DARI SUDUT PERSPEKTIF TOK GURU - "manusia vs lembu"
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk," Surah An-Nahl Ayat 125) - ruj:http://www.blogtokguru.com./
Perokok lebih hina daripada lembu - Nik AzizMenteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.
Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm
SHAFIE CIPTA SEJARAH TERSENDIRI BAGI NEGERI DI BAWAH BAYU
CIPTA SEJARAH TERSENDIRI, JADI WAKIL TUNGGAL NAIB PRESIDEN UMNO DARI SABAH.
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipilih sebagai salah seorang daripada 3 kerusi Naib Presiden. Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno. Shafie merupakan calon tunggal dari Sabah, yang pertama dari negeri itu memenangi kerusi Naib Presiden.
Jawatan Naib Presiden Umno dibarisi tiga muka baru yang terdiri daripada Menteri Kabinet iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelajaran, Datuk seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Perpaduan, Kesenian dan Warisan, Datuk seri Mohd Shafie Apdal.
Ketika ditemui media selepas pengumuman keputusan itu, Ahmad Zahid berkata, beliau akan memainkan peranan untuk membantu memperkuatkan parti bagi memperolehi dokongan daripada rakyat keseluruhannya. "Kita akan beri peluang kepada Datuk Seri Mohd Najib (Tun Razak) mengambil sedikit masa untuk memikirkan bersama-sama kita tentang agenda perubahan yang akan diterjemahkan khususnya elemen-elemen untuk memperkuatkan institusi kepresidenan, kepimpinan dan kepengikutan yang ada pada kita. "Bagi saya, apa yang penting adalah Umno itu harus harus direlevankan dengan situasi semasa," katanya.
Sementara itu, Hishammuddin menganggap kemenangan beliau sebagai peluang yang diberikan perwakilan untuk beliau terus berkhidmat kepada parti. "Banyak kerja yang perlu kita lakukan dan Insya-Allah, dengan tempat yang diberi, kita akan bekerja bersungguh-sungguh dengan barisan yang telah pun ditentukan bagi memastikan Umno terus relevan dan diterima oleh masyarakat. "Walaupun cabaran di hadapan berat untuk dipikul tetapi dengan pasukan yang dipilih hari ini, saya yakin kita boleh lakukan," katanya. Ditanya sama ada beliau gentar memikul jawatan Naib Presiden daripada jawatan Ketua Pemuda sebelum ini, Hishammuddin berkata, sememangnya ia merupakan satu lanskap dan dimensi baru baginya namun beliau yakin akan terus diberikan sokongan.
Shafie pula menyifatkan antara lain kemenanganya sebagai satu pengiktirafan daripada perwakilan seluruh negara. Beliau berkata, kemenangannya itu akan memberi peluang kepada Umno untuk memperkuatkan sokongan rakyat Sabah kepada Barisan Nasional (BN) menerusi Umno. “Kami berkhidmat kepada kerajaan dan negara, untuk laksanakan khidmat bakti, jawatan tidak penting, yang penting khidmat disumbangkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat media di sini hari ini. Menurutnya tumpuan sekarang ialah untuk memastikan suara Umno Sabah dapat diselaraskan demi kekuatan parti, seterusnya Barisan Nasional (BN). “Kalau pegang jawatan baik pun tetapi sumbangan tidak memenuhi apa yang diharapkan serta tidak memenuhi kehendak rakyat, tidak ada gunanya. Lebih teruk lagi ia akan menjejaskan parti terutama semasa kami sedang berusaha untuk perkukuhkan Umno ke arah lebih baik,” katanya
MENGGALAS AMANAH UNTUK MENCARTA DAN MEMETA ARAH TUJU SETERUSNYA KEPADA PERJUANGAN UMNO ?
PERALIHAN KUASA - Berlaku mengikut tradisi UMNO dengan tenang dan tertib;
NEGARAWAN BERSATU - Dr. Mahathir Mohamad kembali bersama UMNO dalam suasana menyentuh perasaan dan penuh penghormatan. Dr. Mahathir naik ke pentas perhimpunan agung dan bersalaman dengan kepimpinan tertinggi parti termasuk Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak.
Pembaharuan UMNO - Perhimpunan Agung Khas sebelum akhir tahun ini membincangkan pembaharuan termasuk memerangi politik wang:
- Perlembagaan dipinda bagi memberi mandat lebih ramai ahli (anggaran 60,000 ahli) memilih kepimpinan tertinggi yang akan dibuat serentak di 191 bahagian.
- Sistem kuota dirombak semula.
Rakyat-Parti-Kerajaan
- Konsep parti menguasai kerajaan ditambah dengan komponen rakyat.
- Parti memahami denyut hati rakyat. Diterjemahkan dalam bentuk dasar dan tindakan oleh kerajaan. Apabila kerajaan dikuasai oleh parti melaksanakan kehendak rakyat, UMNO jadi gagah perkasa.
"UMNO akan berubah" - menegaskan janji untuk melakukan beberapa perubahan besar dalam parti bagi memastikan kelangsungan berterusan UMNO pada masa hadapan.- prasarana boleh dibina dalam zaman moden ini; - proses pemilihan UMNO yang berintegriti adalah jalinan kelangsungan kuasa UMNO sebagai parti yang berdaulat - "Selagi proses ini tercemar, selama itulah orang akan hilang kepercayaan kepada UMNO,".
NEGARAWAN BERSATU - Dr. Mahathir Mohamad kembali bersama UMNO dalam suasana menyentuh perasaan dan penuh penghormatan. Dr. Mahathir naik ke pentas perhimpunan agung dan bersalaman dengan kepimpinan tertinggi parti termasuk Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak.
Pembaharuan UMNO - Perhimpunan Agung Khas sebelum akhir tahun ini membincangkan pembaharuan termasuk memerangi politik wang:
- Perlembagaan dipinda bagi memberi mandat lebih ramai ahli (anggaran 60,000 ahli) memilih kepimpinan tertinggi yang akan dibuat serentak di 191 bahagian.
- Sistem kuota dirombak semula.
Rakyat-Parti-Kerajaan
- Konsep parti menguasai kerajaan ditambah dengan komponen rakyat.
- Parti memahami denyut hati rakyat. Diterjemahkan dalam bentuk dasar dan tindakan oleh kerajaan. Apabila kerajaan dikuasai oleh parti melaksanakan kehendak rakyat, UMNO jadi gagah perkasa.
"UMNO akan berubah" - menegaskan janji untuk melakukan beberapa perubahan besar dalam parti bagi memastikan kelangsungan berterusan UMNO pada masa hadapan.- prasarana boleh dibina dalam zaman moden ini; - proses pemilihan UMNO yang berintegriti adalah jalinan kelangsungan kuasa UMNO sebagai parti yang berdaulat - "Selagi proses ini tercemar, selama itulah orang akan hilang kepercayaan kepada UMNO,".
"Maknanya, kalau Tun kembali ke parti, dia beri satu pengakuan kepada parti. Saya percaya Tun boleh beri pandangan dan nasihat dari semasa ke semasa. Sebab itu saya sudah mengajukan untuk berjumpa dengan kedua-dua negarawan (Dr. Mahathir dan Abdullah) untuk membincangkan masa depan parti dan negara,"
SAF UTAMA KEPIMPINAN YANG BOLEH MEMBANTU DATUK SERI NAJIB MEMBUAT PILIHAN UNTUK MEMUTUSKAN SAMADA "BERUBAH ATAU REBAH" ?
"Saya percaya, saya menyerahkan tanggung jawab negara kepada nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudikan bahtera negara". mantan president umno ke5
Presiden
Datuk Seri Najib Razak (menang tanpa bertanding)
Timbalan presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin - 1,575 undi
Naib presiden
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - 1,592 undi
Datuk Seri Hishammuddin Hussein - 1,515 undi
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - 1,445 undi
Pak Lah merumuskan bahwa ada lima faktor yang menjadi punca penolakan rakyat terhadap Umno, iaitu seperti berikut:-
1. setelah selesa kerana lama berada di tampuk kuasa, sebahagian pemimpin Umno tidak seakrab dahulu dengan rakyat jelata yang selama hari ini menjadi akar kekuatan Umno.
2. tumpuan yang kurang seimbang kepada masyarakat luar bandar dalam keghairahan dan hasrat untuk mencapai status negara maju di peringkat global.
3. program-program politik Umno yang kurang berkesan mendampingi generasi muda, selain dari apa yang dilaksanakan oleh pelbagai institusi kerajaan.
4. perbalahan berpanjangan sesama sendiri terutama ketika berebut jawatan di dalam parti telah meruntuhkan semangat kekeluargaan di kalangan ahli.
5. sifat mengutamakan kebendaan hingga menjadikan sebahagian ahli bersifat tamak – bersifat haloba, lalu memberikan persepsi negatif bahawa Umno adalah parti yang korup.
"Faktor-faktor dalaman tersebut telah memberikan modal besar kepada musuh-musuh Umno untuk memburukkan Umno. Ditambah pula dengan sikap dan gelagat watak-watak Melayu tertentu yang mengangkat bola tanggung hingga memberi ruang seluas-luasnya untuk orang-orang Melayu dan bumiputera boleh dilibas atau dicerca sewenang-wenangnya.
"Akhirnya susulan dari gerakan tersusun menyerang dan mencalarkan Umno secara berterusan, minda warga berjaya diracun, hingga sampai ke tahap warga pada hari ini, tanpa penilaian rasional dan objektif begitu mudah mempercayai dan menerima setiap fitnah yang dilemparkan kepada Umno," tambahnya.
"Sedarilah! Di luar Dewan Merdeka ini, ramai yang berpandangan bahawa jika Umno, dan jika Barisan Nasional tidak berubah, maka pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 merupakan kemenangan terakhir kepada Barisan Nasional menubuhkan kerajaan."Selepas ini, rakyat di luar dewan ini tidak akan mengundi kita lagi.
"Di peringkat negeri, Barisan Nasional turut menghadapi cabaran yang sama. Di kalangan kita juga, malah di kalangan yang duduk di atas pentas ini, turut menyuarakan bahawa 'Umno wajib melakukan perubahan',".
"Apa yang saya ingin dengar, adalah suara yang menyatakan 'Aku akan berubah', lalu disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan itu dalam diri sendiri. "Betapa malangnya Umno jika ramai yang gagal memahami bahawa Umno itu adalah kita, selagi kita tidak berubah, Umno tidak mungkin dapat berubah."

TAHNIAH kerana telah berjaya menjadi saf utama untuk membantu Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggalas amanah perjuangan bangsa, agama dan negara. drpd. www.msgsabah.blogspot.com/ dan www.suararumpumbumiputera.blogspot.com/
Wednesday, March 25, 2009
DATUK SERI NAJIP BERSIKAP AMAT REALISTIK DALAM MELAKARKAN HALA TUJU & TRANSFORMASI UMNO ?
1. SEJAUH mana UMNO mengambil iktibar yang betul daripada mesej yang disampaikan oleh orang Melayu atau rumpun peribumi ?
2. Bagaimana formula pembaharuan yang diucapkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri kelmarin dapat diterjemahkan pada pilihan raya akan datang khususnya Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Gantang, Perak pada 7 April ini?
3. Ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak datang dari lubuk hati dan adalah suara UMNO yang sebenar serta mewakili aspirasi majoriti Melayu ?
4. Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui kelemahan-kelemahan UMNO di semua peringkat yang kerap kali menjadi asas kepada penilaian rakyat terhadap parti selama ini. UMNO perlu perubahan drastik dan holistik ?
5. UMNO sebagai parti pemerintah perlu kembali memberikan tumpuan kepada agenda untuk memperkasakan rakyat di peringkat akar umbi. Bajet dan projek-projek ekonomi yang wajib diutamakan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO mestilah sentiasa mengutamakan projek yang berimpak dan berskala besar serta bersifat people centric.
6. UNTUK terus utuh sebagai parti utama orang Melayu, UMNO perlu melihat jauh ke depan. Rintangan dan cabaran yang menanti tidak lagi sama sifatnya dengan apa yang pernah didepani oleh UMNO sebelum ini.
7. Bagaimana transformasi politik parti perdana itu dapat difahami, banyak bergantung kepada landskap politik negara yang berubah sama sekali dengan kehadiran generasi muda sebagai pengundi baru. Peranan generasi muda adalah signifikan kerana golongan inilah yang membentuk, seterusnya menentukan apakah pengisian sewajarnya untuk parti ini terus sesuai dan relevan.
8. Dianggarkan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti, kira-kira 7.5 juta pengundi muda akan menyatakan suara mereka. Ia merupakan pertambahan kira-kira dua juta berbanding pilihan raya lepas dan ia terlalu besar untuk dipandang mudah.

Tuesday, March 24, 2009
Perisytiharan 25 Rabiul Awal 1430 / 22hb Mac 2009
Dengan nama Allah yang pemurah dan penyayang. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang berjuang di jalanraya dalam barisan yang teratur umpama bangunan tersusun kukuh. - Ash Shaff 44.
BAHAWASANYA Persidangan Kemuncak Pribumi Negara yang berlangsung di Kuala Lumpur pada - 25 Rabuul Awal 1430/22hb Mac 2009 yang dianjurkan oleh pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dengan disertai 1,500 orang perwakilan dari 65 pertubuhanpertubuhan
bukankerajaan kebangsaan dengan ini telah bermuafakat untuk menyatakan pendirian bersama:
MENGULANGI dan memperkukuhkan pendirian bagi mempertahankan Kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu ke-215 pada 16 Oktober 2008 berhubung hak keistimewaan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain mengikut Perlembagaan Persekutuan.
MENYERU pemimpin kaum pribumi memperkukuhkan perpaduan dan ukhuwah Melayu dan pribumi sebagai teras perpaduan dan keharmonian bangsa Malaysia serta berperanan
mengekalkan kestabilan sebagai tanggungjawab bersama.
MENGGESA semua pihak termasuk parti siasah dan badan bukan kerajaan agar mengakui dan menerima peruntukkan berkaitan hak keistimewaan Melayu dan pribumi serta kepentingan sah kaum lain dan menentang pindaan yang boleh melemahkan kedaulatan
dan kedudukan kaum Melayu dan pribumi dalam perundangan dan pelaksanaan.
MENGESYIRKAN pihak berkuasa mengambil langkah memperkasakan peruntukkan mengenai hal Islam dalam Perlembagaan dan menolak provokasi bagi maksud penyamarataan, pencerobohan tauhid dan gagasan pluralisme agama yang bercanggah Perlembagaan.
MENCADANGKAN kedudukan Tanah Simpanan Melayu (TSM) dimasukkan di bawah perlindungan Raja-Raja Melayu melalui pindaan kepada perkara 159 fasal 5 dan perkara 10 fasal 4, bagi memastikan tidak berlaku penghakisan dan penghapusan TSM secara berterusan
tanpa sebarang gantian yang wajar.
MENGGESA semua pihak menghormati semangat Perlembagaan yang mendasari dan menjadi paksi kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta tidak melakukan sesuatu tindakan secara langsung atau tidak langsung menjejaskan dan menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan dan media pengajaran dalam sistem
pendidikan kebangsaan.
MENGGESA kerajaan Pusat dan negeri menggubal langkah strategi dan inovasi serta pengawalan dan pencegahan dalam memastikan pribumi bukan saja mampu menghadapi keadaan krisis ekonomi semasa, bahkan pencapaiannya terus dipertingkatkan bagi
mempastikan pribumi mampu bersaing dalam perubahan landskap ekonomi dunia yang semakin liberal dan global.
MENGGESA pihak bertanggungjawab merangka pelan dan jangka masa tindakan dan pengukuran kejayaan terhadap usaha memperkasakan hak istimewa bangsa Melayu dan pribumi serta Raja Melayu selaku penaung dan penasihat dan melaksanakan semua pelan
tindakan ini sehingga berjaya.
MENYERU digabungkan seluruh kekuatan antara pertubuhan Melayu, pribumi dan Islam dalam suatu saf gerak kerja lebih tersusun dan berkesan untuk memperjuangkan suatu pembentukan pemikiran strategik dalam mengekalkan ketahanan dan kelangsungan kedaulatan Melayu, pribumi dan Islam dalam Perlembagaan dan pelaksanaan.
MENGGESA kerajaan mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu sensitif yang sudah disepakati bagi tujuan kepentingan politik dan kumpulan.
Bahawasanya perhimpunan ini berikrar akan mempertahankan dan memperjuangkan perisytiharan di atas demi kepentingan dan kesinambungan generasi Melayu dan Pribumi yang akan datang sebagai kaum majoriti asal yang sah menurut sejarah dan perlembagaan. Perpaduan kaumMelayu dan Pribumi adalah teras kepada kestabilan rakyat Malaysia seluruhnya.
Kita mengusahakan, semuga Allah menyempurnakan.
Sekian.
PETUNJUK YANG TERPERCIK DARI MESSEJ "BERUBAH ATAU REBAH" - ASAS PENJENAMAAN SEMULA HALA & ARAH TUJU UMNO ?
Petunjuk-petunjuk:-
1. "Apabila Datuk Seri Najib menyatakan bahawa, Pemuda UMNO harus "Berani Berubah" dan menyebut nama mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad - begitu kuat tepukan yang diberikan oleh perwakilan semalam. Ternyata terdapat mesej tersirat yang haru segera difahami oleh para perwakilan."
2. Pada pandangan saya, inilah satu-satunya ucapan Datuk Seri Najib yang paling baik dan memahami aspirasi kehendak akar umbi dan masyarakat - beliau tidak hanya mahu barisan kepimpinan yang bersih dan mampu bekerja semata-mata, bahkan mahu membuka lebih ruang kepada seluruh ahli UMNO agar terlibat sama dalam menentukan pucuk pempinan pada masa akan datang.
3. Dan bermula hari ini, para perwakilan harus jelas akan mesej yang telah disampaikan oleh Datuk Seri Najib semalam, moga-moga mereka mengundi dengan tepat dan ikhlas.
4. Terdapat petunjuk yang menarik perhatian iaitu terdapat satu mesej yang sangat jelas bahawa apa-apa yang sedang berlaku ketika ini merupakan pertembungan antara "pemimpin UMNO yang berimej bersih VS pemimpin UMNO yang berimej tidak bersih", malah terdapat usaha yang meminta mana-mana pemimpin UMNO yang mempunyai imej tidak baik dan bersih, disaran berehat dahulu daripada politik, serta pikirkan terlebih dahulu kepentingan parti dan kehendak akar umbi.
5. Perwakilan memikul amanah dan beban tanggunjawab untuk menterjemahkan messej Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkehendakkan saf atau barisan kepimpinan yang setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi untuk bersama-sama beliau meneruskan perjuangan UMNO sebagai pembela nasib rakyat.
"Atas sebab itu, UMNO wajib mengambil iktibar yang betul daripada mesej yang disampaikan oleh orang Melayu. Jika tidak, perasaan sayang tapi marah ini akan bertukar pula menjadi benci dan terus tidak peduli.
Sebagai orang Islam, dalam menghadapi kemelut dan pelbagai cabaran, eloklah kita kembali merujuk kepada ajaran agama. Marilah merenung tiga ayat berikut sebagai panduan dan pedoman.
Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 26 bermaksud:
“Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mahu dan Engkau jua yang mencabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa yang Engkau mahu dan Engkau hinakan pula sesiapa yang Engkau kehendaki.”
Dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 ditegaskan: “Bagi manusia ada malaikat yang berganti-ganti mengintip, di hadapan dan di belakang. Mereka itu menjaganya dari perintah Allah. Sesungguhnya, Allah tiada mengubah keadaan suatu kaum kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
Surah Az-Zumar ayat 53 Allah memberikan harapan bahawa:
“Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Mengambil maklum dan iktibar daripada ayat-ayat suci itu, maka, kita berkumpul pada malam ini bukan untuk bersedih mahu pun untuk berduka lara di atas musibah yang berlaku, tetapi kita berhimpun sebagai sebuah parti atas satu tujuan untuk mencarta dan memeta arah tuju seterusnya kepada perjuangan UMNO."

Monday, March 23, 2009
CAKAP-CAKAP TUN DR MAHATHIR MENGENAI POLITIK UMNO ADALAH REFLEKTIF KEPERIHATINAN BELIAU MENGENAI ISU INTEGRITI DALAM PEMILIHAN KEPIMPINAN NEGARA
1. Mengenai Datuk Seri Najib. "Saya akan menyokong Datuk Najib tapi ia mempunyai syarat di mana beliau hendaklah jangan melantik mana-mana pemimpin yang korup dalam kabinetnya".
2. Mengenai calon pilihannya sebagai Timbalan Presiden UMNO. "Saya fikir apa yang tinggal ialah seseorang yang..ialah, tidak boleh membaca Bahasa Inggeris dan oleh itu dia buat sesuatu yang salah di Australia..jadi pilihan saya ialah Muhyiddin".
3. "Jika yang menang adalah orang yang menghulur rasuah maka UMNO akan dipimpin oleh perasuah. Dan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit Kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan Kerajaan".-Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun Dr. Mahathir Mohamad

Sunday, March 22, 2009
"RETORIK PERJUANGAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. ANTARA REALITI DAN PERSEPSI ? "
Konsep dan prinsip "Kuasa dikongsi, hak tidak sekali"
Bagi memenuhi janji untuk "updated" lagi ruangan ini, buat permulaan mohon dikongsi maklumat seperti tajuk yang tertera dibawah:-
ANJAKAN PARADIGMA PERKUKUHKAN UMNO:
UMNO dan pemimpin Melayu perlu BERSATU DAN MEMAHAMI REALITI DAN KEPERLUAN POLITIK BARU. Anjakan paradigma dari segi pendekatan politik dan cara memperkasakan Melayu adalah perlu. Maklumat lanjut mohon rujuk http://sskeruak.blogspot.com/2009/03/anjakan-paradigma-perkukuhkan-umno.html atau klik tajuk "RETORIK PERJUANGAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. ANTARA REALITI DAN PERSEPSI ? "
DAPATKAH NAJIP BERFUNGSI SEBAGAI DOKTOR PAKAR YANG DAPAT MENGUBATI PENYAKIT PERSEPSI YANG KRONIK YANG MENGANGKITI UMNO ?
Proses "mengubati penyakit persepsi yang kronik yang dihadapi oleh UMNO hanya boleh dilakukan melalui empat proses menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,iaitu seperti berikut:-
Peringkat pertama: bermula ketika mesyuarat bahagian berlangsung dengan semua bahagian memastikan pengamal politik wang tidak dicalonkan untuk bertanding sebarang jawatan. “Kalau bahagian itu jujur, mereka akan calonkan orang yang tidak sogok wang, tetapi kita tahu bahagian-bahagian UMNO telah pilih calon yang terlibat dengan sogokan wang, ini peluang pertama hendak bersihkan UMNO yang sudah hilang,”.
Peringkat kedua: ialah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Lembaga Disiplin UMNO dalam memastikan parti itu bersih sepenuhnya daripada calon-calon yang korup. “Lembaga Disiplin juga tidak berhasil, mereka masih merestui politik wang, mereka sudah hilang peluang untuk membetulkan parti atas sebab-sebab yang kita tidak tahu,”. Kredibiliti Lembaga Disiplin tercalar apabila calon yang melakukan kesalahan sama diberikan hukuman lain-lain. “Ada yang bersalah tetapi boleh bertanding. Ada yang diketahui umum mengamalkan politik wang tetapi didapati tidak bersalah,”.
Peringkat ketiga: adalah semasa pemilihan yang bakal berlangsung sempena Perhimpunan Agung UMNO minggu depan tetapi beliau bimbang perwakilan tidak menolak calon-calon yang rasuah.
Peringkat keempat atau terakhir: Najib adalah peringkat terakhir pemulihan UMNO yang memegang kunci memastikan calon-calon pengamal politik wang tidak diberi ruang dan jawatan dalam Kabinet beliau. “Peluang terakhir (membetul dan membersihkan UMNO) ada pada Najib. Kalau dia pilih orang seperti ini dalam Kabinet dia, maka peluang masa depan untuk UMNO telah luput,” katanya. Bagaimanapun Dr. Mahathir berkata, beliau setakat ini tidak nampak UMNO boleh dipulihkan.
Bagi Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, menyenaraikan dua kriteria utama untuk perwakilan mempertimbangkan sebelum mereka memberikan keputusan.
“Dalam keadaan seperti ini, Umno tidak ada pilihan tetapi memilih pemimpin dengan integriti dan kredibiliti,” katanya dengan hakikat bahawa parti ini kini dilihat telah dicemari dengan rasuah melalui tindakan-tindakan oleh sesetengah anggota.
Memberikan sentimen yang sama oleh beberapa penganalisis politik lain, Khoo berkata kegagalan memilih pemimpin yang bersih dan berkemampuan merupakan petanda “berkuburnya Umno dan Barisan Nasional (BN)”.
Seorang ahli politik Umno yang menghadiri pemilihan parti sebelum ini bersetuju bahawa beban yang dipikul perwakilan pada tahun ini adalah lebih berat kerana mereka juga perlu memberikan petanda yang sangat jelas bahawa parti telah mempelajari dan sepatutnya dalam proses untuk perubahan bagi yang lebih baik.
“Semua akan menumpukan perhatian pada pemilihan Umno tahun ini, tanpa mengira sama ada mereka adalah penyokong Umno atau bukan. Mereka mahu melihat Umno kotakan apa yang dikatakan, iaitu, pembersihan parti,” kata Encik Kibin Samad, Ketua Penerangan USBO yang juga salah seorang perwakilan USBO ke persidangan Rumpun Pribumi Malaysia.
Jika bancian pendapat dijalankan oleh beberapa institusi dipercayai, orang ramai telah membayangkan pemimpin pilihan yang diminati mereka sementara maklum balas daripada kalangan anggota Umno membayangkan bahawa pilihan mereka ialah yang berguna untuk masa depan Umno dan negara.
Malangnya, orang ramai dan kira-kira tiga juta anggota Umno tidak akan berada di Dewan Merdeka Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengundi pada minggu depan.
Masa depan di tangan 2,500 orang yang mempunyai tanggungjawab.
Seperti sesetengah orang mengatakan, sesiapa sahaja boleh bebas mengeluarkan pendapat tetapi pada akhirnya ia terpulang kepada perwakilan ini, dikenali sebagai “G6” atau “G7”, yang akan menentukan nasib calon yang berhasrat menceburi bidang politik.
Jangan bersikap apologetik dalam membela nasib Rumpun Peribumi
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak takut ditahan di bawah ISA sekali lagi demi memperjuangkan bangsa, agama dan negara. "Walaupun dah masuk ISA dua kali, saya tak takut masuk kali ketiga atau keempat. Tetapi sungguhpun begitu, saya tak pernah menuntut ISA dihapuskan," katanya ketika berucap di Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara, di Kuala Lumpur Ahad.
"Saya bukan macam sesetengah orang, apabila kena ISA, dia salahkan orang lain. Sikit-sikit kata konspirasi. Kami sedar siapa sebenarnya dalang yang merosakkan bangsa, agama dan negara," katanya.
Dalam ucapannya, Ibrahim turut mendesak kerajaan supaya berhenti bersikap apologetik dalam membela nasib pribumi dan Melayu dan meminta kaum lain di negara ini supaya tidak lagi mempersoalkan isu kesamarataan kerana keadilan yang sebenar-benarnya masih belum memihak kepada pribumi.
"Semua pihak mesti sedar dan insaf bahawa kewujudan keistimewaan pribumi Malaysia masih jauh ketinggalan, terutama di segi pencapaian ekonomi. Tahap pendidikan dan kesejahteraaan Pribumi juga masih mundur dan kurang selesa dibandingkan dengan bukan Pribumi.
"Setelah merdeka selama 52 tahun, adalah ironik apabila soal pribumi, khususnya soal Islam dan orang Melayu masih dijadikan kontroversi oleh segolongan rakyat Malaysia sehingga kitasemua berasa tercabar dan hilang sabar. Tetapi kita tetap memilih langkah perjuangan yang bermaruah, berhemah dan berdisiplin. Setakat ini kita tidak memilih untuk bertindak berjuang di luar skop adat budaya, susila dan undang-undang.
"Semua pihak mesti menerima, menghormati dan jangan mempertikaikan hak pribumi dan Orang Melayu lagi kerana golongan yang enggan menerima hakikat ini hanya akan menggugat keharmonian, kesejahteraaan, keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia. Status pribumi termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan kaum lain tidak seharusnya melupakan atau menafikan hakikat sejarah.," katanya.
"Kaum pribumi, khususnya orang Melayu boleh bertolak ansur, baik hati dan tidak buruk sangka, tetapi apabila maruahnya diinjak-injak, keitismewaannya dipertikai, Rajanya dihina dan agama Islam dipermainkan, mereka tidak akan bersabar lagi.
"Perkasa tidak mahu bergalas dengan NGO bukan Melayu yang lain. Kami juga tidak akan menyokong NGO yang menggelar dirinya Pribumi Malaysia kononnya yang mendukung aliran perjuangan Malaysian-Malaysia.
"Perkasa diwujudkan untuk memperkasakan hak dan kedudukan pribumi menerusi jalan yang tidak berkonfrontasi. Kami tidak mahu menentang NGO bukan Melayu yang lain, tetapi kalau NGO itu sopan, kita lagi sopan. Kalau mereka kritik, kita lagi kritis dan kalau mereka kurang ajar, kita sedikit kurang ajar," tegasnya. - 22/03/09.

Tun Dr. Mahathir: Melayu dalam cemas, perlu tolak rasuah & usaha keras untuk ubah nasib dalam cabaran globalisasi
"Keadaan Melayu hari ini lebih merbahaya dari Malayan Union" - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu agar sedar bahawa keadaan mereka hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union.
Katanya pada masa itu orang Melayu boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh mereka sebagai racist.
“British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum lain yang berhak membuat apa-apa perjanjian.”katanya.
Dalam ucaputamanya di perhimpunan dan sidang kemuncak Pribumi Perkasa Negara di Kuala Lumpur Ahad beliau berkata sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu.
Perhimpunan anjuran Perkasa yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali itu dihadir oleh 1,500 perwakilan dari 65 buah badan bukan kerajaan (NGO).
Menurut Dr Mahathir negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India.
“Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai.
“Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja,”katanya.
Berikut ialah ucapan penuh Dr Mahathir Diperhimpunan dan Sidang Kemuncak Peribumi Perkasa Negara pada 22 Mac 2009:
1. Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada penganjur perhimpunan ini kerana menjemput saya dan memberi peluang kepada saya untuk berucap kepada hadirin.
2. Saya yakin ramai daripada kita yang hadir, terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain, hadir kerana kita berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan terancam.
3. Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak.
4. Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang.
5. Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan.
6. Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain.
7. Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi.
8. Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu.
9. Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain.
10. Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist. Mereka harus terima sahaja semua tuduhan/tohmahan ini dan berdiam diri atau bersetuju sahaja. Mereka juga boleh tambah tokok kepada kecaman ini dan mereka ini akan dianggap liberal dan disanjung tinggi oleh orang lain. Sebenarnya orang Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin yang sanggup pertahankan mereka. Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi keadaan dengan memohon maaf walaupun kesalahan dilaku oleh orang lain.
11. Demikianlah situasi yang mereka hadapi sehingga mereka berasa mereka bersalah, tergamam dan tak dapat berkata apa-apa.
12. Keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai racist. British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum laim yang berhak membuat apa-apa perjanjian.
3. Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India. Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja.
14. Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.
15. Namun saya memberanikan diri untuk bercakap sedikit berkenaan orang Melayu di Malaysia walaupun akan dituduh sebagai racist. Saya beranikan diri kerana sesungguhnya orang Melayu berada dalam keadaan cemas, dilanda oleh bermacam-macam masalah dan ancaman. Jika orang Melayu tidak dibenar bercakap berkenaan masalah mereka, maka mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak (dispossessed) di negara mereka sendiri. Bahaya ini benar kerana kita sudah lihat tekanan dan kehinaan terhadap bangsa kita apabila mereka dijadikan bangsa minoriti di wilayah yang dahulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.
16. Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan sahaja kerana orang lain tetapi kerana orang Melayu sendiri. Mereka suka membinasakan diri mereka.
17. Mereka tidak mahu merebut peluang yang disedia bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi Mat Rempit.
18. Majoriti daripada rakyat Malaysia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada orang Melayu, yang mendapat penyakit HIV Aids kebanyakan adalah Melayu, kes rogol dan jenayah lain juga ramai orang Melayu.
19. Yang gagal dalam perniagaan juga Melayu, tidak bayar hutang Melayu, tak selesaikan kontrak juga Melayu.
20. Gejala jualan AP pun melibatkan Melayu.
21. Kita tak suka dengar semua ini. Kita malu. Tetapi jika tidak disuarakan masalah tidak akan hilang dengan sendirinya. Orang lain tahu juga. Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan yang salah lagi. Yang lain tak malu tak mengapa. Tak mungkin kita dapat sedarkan semua. Yang kena akan terus kena.
22. Dasar Ekonomi Baru dibentuk supaya dalam jangkamasa 20 tahun kita akan dapat bahagian kita sebanyak 30%. Tetapi sekarang sudah hampir 40 tahun. 20% yang dikatakan kita dapat pun dapat kerana badan-badan yang mewakili Melayu, bukan orang Melayu sendiri. Kita hendak supaya DEB diteruskan. Apa gunanya jika kita tidak mahu guna peluang yang diwujudkan? Apakah kita mahu DEB kerana nak jual AP, kontrak, lesen dan sebagainya? Lebih baik DEB tidak diteruskan dan kita tidak dapat selewengkannya. Sekurang-kurangnya kita tak akan malu kerana pelbagai ejekan yang akan dibuat kepada kita.
23. Kita bernasib baik kerana dalam bidang politk kita cekap, kita kuat, kita dapat menguasai Kerajaan selama 50 tahun. Walaupun Melayu berpecah kepada beberapa parti, bermusuh sesama sendiri, tetapi majoriti Melayu masih dapat kekalkan kuasa mereka. Mereka dihormati dan disegani.
24. Tetapi itu pun sudah terlepas daripada genggaman kita. Sekarang kita tidak kuat lagi. Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12. Parti Melayu yang menangpun berada dalam ketakutan jika parti rakan mereka menolak mereka. Sekarang orang tidak lagi hormat kita. Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.
25. Sesungguhnya pemimpin kita yang perjuangkan kemerdekaan, yang menebus maruah kita sudah kita khianati. Mereka berjuang bermati-matian supaya kita hidup bahagia. Mereka korbankan apa sahaja yang ada pada mereka. Pemimpin Melayu hari ini, pengikut –pengikut mereka tidak tahu mengenang budi. Mereka khianati pejuang-pejuang dahulu dengan melupakan perjuangan asal kerana utamakan kepentingan diri sendiri. Biar bangsa hancur asalkan dapat kemenangan bagi diri sendiri, dapat jadi Menteri, Perdana Menteri, dapat kontrak, dapat duit.
26. Kononnya nak jadi Perdana Menteri termuda. Bukan nak majukan bangsa dan negara, hanya jawatan tertinggi untuk diri sendiri seawal mungkin. Dengan apa cara sekalipun, halal atau haram, tak mengapa asalkan boleh jadi Perdana Menteri termuda.
27. Jika kita sudah sanggup jual bangsa kita, kita jual untuk dapat duit sedikit, untuk jawatan kecil dan besar, untuk isi temolok kita, alamatnya apa? Yang dikejar tidak akan dapat, yang dikilik akan berciciran. Lepas itu kita tidak ada apa-apa yang boleh diraih lagi. Semuanya akan dikuasai orang. Pada masa itu kita jadi hamba sahaja, kita akan meminta-minta sepanjang masa.
28. Ada pula yang dibawah bertanya, orang yang mereka sokong dapat jadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar – dapat kereta, dipanggil Yang Berhormat, elaun besar, terbang sana, terbang sini.
29. Kita dapat apa? Duduk di takuk tu juga. Lebih baik kita ambil sedikit bagi diri kita, sementara ada peluang.
30. Salahkah kalau kita terima duit sedikit? Mungkin kita tidak undi orang yang menyogok. Dia bukan tahu. Tetapi Tuhan tahu. Kamu membuat sesuatu yang haram. Kamu bukan sahaja jual bangsa. Kamu menolak agama kamu yang melarang, yang mengharamkan perbuatan kamu. Kamu berdosa.
31. Tapi tak mengapa. Masih muda, tak akan mati lagi. Bila dekat nak mati pakai kopiah putih dan sembahyang kuat-kuat.
32. Tetapi yang haram, haram juga. Kalau makan daging bibi haram, makan duit rasuah lebih haram, kerana ia akan binasakan bukan kita sahaja, tetapi kaum bangsa kita yang semuanya beragama Islam.
33. Pengundi salah, samada undi penyogok atau tidak. Salah kerana sudah terima jenayah rasuah sebagai budaya kamu. Apabila rasuah dibudayakan, percayalah bangsa dan negara mungkin dijajah oleh penyogok secara langsung atau tidak langsung. Bangsa akan dihina oleh dunia, akan dipandang rendah, akan dipermainkan orang. Akhirnya yang makan suap, mereka sendiri akan jadi mangsa, mereka sendiri akan terpaksa hulur untuk mendapat apa yang sebenarnya hak mereka. Inilah nasib bangsa yang menjadikan rasuah sebagai budaya biasa.
34. Sesungguhnya Melayu mudah lupa. Kita lupa betapa kita dijajah dahulu, kita terpaksa panggil tuan orang yang menjajah kita, orang yang menghina kita. Tak boleh cakap berkenaan ketuanan Melayu. Kamu jadi hamba dahulu, bukan Tuan, layak hanya untuk tanam padi, tangkap ikan, jadi kuli orang, bawa kereta orang, tukang masak orang.
35. Selama 450 tahun kita dijajah, hidup sebagai hamba, dianggap tidak layak mentadbir negara sendiri, tidak layak merdeka.
36. Kita terpaksa letak diri kita dibawah naungan negara-negara jiran yang lebih kuat.
37. Tiap tahun kita usung bunga emas dan perak untuk dipersembahkan kepada negara penaung-penaung kita.
38. Kadang-kadang Raja kita pun pergi bersama, untuk membukti kesetiaan diri dan negeri kepada negara penanung.
39. Kata orang Kedah “Terkerempun-kerempun” apabila berhadapan dengan orang asing. Mungkin ramai yang tidak faham. Tanyalah orang Kedah. Itulah “body language” kita dahulu walaupun hari ini ada juga, tetapi pada Raja yang tak bertakhta.
40. Saya biasa lihat seorang orang tua Melayu berbasikal di tendang jatuh oleh askar Siam semasa Kedah diberi kepada Siam oleh Jepun. Kesalahan orang tua ini ialah kerana tidak berhenti dan menghormati lagu kebangsaan Siam.
41. Saya biasa lihat orang Melayu ditempeleng dan disuruh panjat pohon kelapa seperti kera oleh Jepun. Inilah nasib orang yang tidak merdeka, tidak memerintah negara sendiri. Boleh ditendang, boleh ditempeleng.
42. Dan yang lihat diam sahaja, tak dapat buat apa-apa, termasuk saya. Dalam kehinaan ini muncul kesedaran dan semangat untuk menebus balik maruah bangsa. Dan bergabunglah orang Melayu untuk menangkis rancangan Malayan Union British, untuk mengekalkan perhambaan orang Melayu. Tidak siapa yang bertanya “apa yang saya akan dapat bagi diri saya” pada ketika itu. Yang kita tumpukan ialah untuk membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah dan dihina. Kalau dalam proses ini kita terkorban, atau kita berada seperti biasa, itu tidak mengapa. Yang kita utamakan ialah maruah bangsa kita, tidak lagi akan ditendang, tidak lagi akan ditempeleng – tetapi akan dihormati oleh kawan dan lawan.
43. Sekarang kita merdeka. Perjuangan pengasas negara telah berjaya. Kita tidak akan ditendang dan ditempeleng lagi. Kita bebas daripada kehinaan. Memang pun keadaan terhormat ini sudah menjadi perkara biasa bagi kita. Bagi ramai dari kita ia datang bergolek. Ia datang melayang. Ia tidak akan dipisah dari kita.
44. Perjuangan orang dahulu adalah perkara lama, tidak perlu diingati. Yang jelas kita sudah merdeka, dapat pelajaran dan kaya sedikit. Soal tendang, tempeleng, itu cerita lama. Pepatah Melayu berkata sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Apa pun kita buat merdeka tetap merdeka. Sekarang ialah masa untuk kita “enjoy”. Kita kecap sepenuhnya nikmat yang ada pada kita.
45. Apa dianya semangat ke-Melayuan? Apa relevannya? Bukankah kita sudah berjaya? Hendak semangat buat apa lagi? Masuk parti untuk apa? Perjuangan sudah selesai dengan jayanya.
46. Tidak bermakna masuk parti jika tidak dapat sesuatu bagi diri sendiri. Kita sokong orang dapat jadi Yang Berhormat, jadi Menteri, dapat peluang raih duit kerajaan dan lain-lain. Kita tak bolehkah dapat sikit bagi diri kita?
47. Tetapi benarkah kita akan merdeka selama-lamanya? Memang benar. Walaupun kita tidak buat apa-apa untuk mengekalkan kemerdekaan, bukankah sudah 50 tahun kita merdeka? Apa yang hendak dikhuatirkan? Lima puluh tahun, 100 tahun lagi pun kita akan merdeka walau apa pun kita lakukan. Takkanlah kerana kita ambil 100 Ringgit duit sogokan maka akan hilanglah kemerdekaan kita? Kita boleh sembahyang hajat dan terima 100 Ringgit lagi. Orang lain terima lebih daripada kita., katanya satu juta. Masih kita merdeka. Tidak benar kerana sedikit rasuah kemerdekaan akan hilang.
48. Tetapi ingatlah penjajahan tidak selalu berbentuk penaklukan secara langsung. Penjajahan boleh berlaku walaupun kita miliki pemerintahan sendiri. Ia boleh berlaku apabila pemerintah kita yang dipilih dan diberi kuasa oleh kita sudah menjual diri mereka kepada orang lain, samada dari dalam negeri atau dari luar. Atau takut jiran marah.
49. Pemerintah yang mengikut telunjuk orang lain bukan bebas lagi. Pemerintah yang menjadi pemerintah melalui rasuah akan benar diri mereka disogok kerana perlu mendapat kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya kedudukan mereka sebagai pemerintah akan kekal.
50. Untuk mendapat sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan perkataan lain mereka akan jadi alat pada penyogok.
51. Kepentingan penyogok tidak sama dengan kepentingan kita, atau kepentingan bangsa dan negara.
52. Kita sudah lihat hanya kerana hendak kekal sebagai pemerintah, ada yang sanggup layan apa sahaja arahan, tuntutan, desakan oleh pihak yang menentukan jawatan bagi kita. Kalau pun apa yang dituntut merugikan orang Melayu, itu tidak mengapa asalkan kita dapat jawatan, walaupun sebagai “figurehead”, patung sahaja, tidak berkuasa pun.
53. Jika kita terjemah keadaan ini kepada jawatan yang didapati kerana disogok apakah yang tidak sanggup kita buat? Jual bangsa, jual negara pun kita sanggup.
54. Apabila kita sudah jual bangsa dan negara apakah kita merdeka lagi? Sudah tentu tidak.
55. Justeru itu tidak benar kepercayaan kita bahawa sekali merdeka selama-lamanya merdeka. Pada permukaannya kita merdeka tetapi pada hakikatnya kita sudah kembali dijajah. Apabila kita kembali dijajah maka kita sudah khianati pejuang-pejuang kemerdekaan kita dahulu.
56. Itulah kenyataan yang sebenar.
57. Melayu mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; “Mereka yang lupa akan sejarah mereka akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”.
58. Inilah hasil daripada mudah lupa. Kita lupa bahkan kita tidak suka diperingati akan sejarah kita. Apa kena-mengena peristiwa 50 tahun dahulu? Apa kena-mengena dengan kita akan kemiskinan Melayu, dengan kedaifan mereka dalam bidang ilmu dan profesyen di masa dahulu? Itu dahulu, ini sekarang. Sudah tentu sejarah penjajahan kita dahulu tidak ada kena mengena dengan keadaan kita sekarang. Tidak ada pelajaran yang akan kita dapati daripada sejarah 100, 500 tahun dahulu. Itu semua cerita dongeng.
59. Apa yang kita lakukan sekarang, kita lakukan kerana kita sudah merdeka dan selamat. Buatlah apa pun kita tetap selamat, tetap merdeka.
60. Jadi penagih dadah, jadi pelepak, jadi “Mat Rempit”, jadi penjenayah pun tak mengapa.
61. Bukankah kita yang memilih dan membentuk Kerajaan? Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kita. Jika kerana amalan buruk kita, sesuatu yang tidak baik menimpa kita, bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan pilihan kita untuk menyelamatkan kita?
62. Jika kita diserang orang bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan yang kita pilih untuk menangkis serangan ini?
63. Jika kerana Kerajaan yang kita pilih terdiri daripada orang yang sogok duit pada kita dan mereka pula disogok oleh orang lain dan mereka berasa lebih terikat kepada yang menyogok mereka dan kurang bertanggungjawab kepada kita kerana sokongan kita mereka dapati kerana kita terima sogokan, apakah yang dapat kita buat? Tak banyak. Hanya menerima sahaja.
64. Akan menjadi lebih buruklah nasib kita sepanjang masa.
65. Hakikat yang sebenar ialah sokongan kita, undi kita yang kita jual tidak lagi mengikat mereka yang kita pilih untuk jadi Kerajaan.
66. Mereka akan anggap balasan kepada sokongan kita sudah pun dibuat melalui wang sogokan daripada mereka.
67. Sesungguhnya nasib kita ada di tangan kita. Jika nasib ini tidak baik kitalah yang harus berusaha untuk memperbaikinya. Ingatlah, Tuhan telah berfirman yang Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubah nasibnya.
68. Apakah kita sedang berusaha untuk memperbaiki nasib kita? Tidak ternampak satu pun usaha ke arah ini. Yang kita lihat ialah perbuatan merosakkan lagi keadaan nasib yang sudah buruk ini.
69. Kita tahu yang kita lakukan bukan untuk memperbaiki keadaan. Tetapi kita lakukan juga untuk kepentingan semasa kita. Masa depan soal lain.
70. Pejuang-pejuang kemerdekaan telah pilih demokrasi sebagai cara kita memerintah. Kenapa?
71. Sebabnya ialah kerana mereka percaya majoriti daripada rakyat tentulah bijak dalam amalan mereka, tentulah tahu antara yang baik dengan yang buruk, tentulah bijak semasa membuat pilihan.
72. Pengasas kemerdekaan percaya majorti akan tahu pilih apa yang baik bagi mereka. Sudah tentu mereka akan menolak orang yang hanya bergantung kepada sogokan untuk dipilih.
73. Tetapi mereka tidak sangka pewaris mereka, sebilangan yang tidak kecil akan tolak kebaikan dan mengutamakan sogokan untuk menentukan siapa akan memerintah mereka.
74. Pejuang kemerdekaan yang sedar betapa sukarnya bagi orang Melayu mendapat peluang dan bantuan dahulu dan dengan kerana itu Melayu tidak berjaya.
75. Dengan kesedaran ini mereka merangka untuk mengadakan lebih banyak peluang dan sokongan kepada bangsa mereka supaya bangsa mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain, bahkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka percaya semua peluang dan sokongan akan direbut oleh pewaris daripada bangsa mereka.
76. Ya, mereka ini kebanyakan sudah tidak ada, sudah tinggal kita. Tetapi jika mereka ada apakah perasaan mereka? Tentulah mereka akan kecewa dan hampa amat sangat kerana segala-gala yang mereka ilhamkan sudah dipermainkan oleh pewaris mereka, tidak dihargai oleh pewaris mereka.
77. Mereka melihat bagaimana peluang dan bantuan disalahgunakan atau ditolak dengan begitu sahaja. Sepatutnya dengan peluang belajar di semua peringkat bangsa mereka sudah jadi bangsa yang berilmu. Dengan peluang berniaga mereka sudah jadi kaya, atau sekurang-kurangnya tidak miskin.
78. Tetapi tidak. Peluang bukan sahaja tidak direbut tetapi peluang digunakan secara yang boleh merosakkan bangsa. Mereka lepak, mereka jadi Mat Rempit, yang lakukan jenayah yang kadang-kadang menyebabkan kematian mangsa mereka.
79. Diberi peluang berniaga, diberi modal, diberi latihan tetapi kerana ingin kaya cepat mereka memperdagangkan peluang, kontrak, lesen, permit dan sebagainya.
80. Modal mereka guna untuk belanja bagi memenuhi nafsu, hutang mereka tidak dibayar. Kerana kelakuan beberapa daripada mereka, bangsa mereka dicap sebagai bangsa yang tidak beramanah, dan tidak boleh dilayan, tidak boleh diharap dengan duit ringgit.
81. Dan banyaklah lagi perbuatan mereka yang tetap mengecewakan pejuang bangsa dahulu.
82. Kata mereka, jangan buka pekong di dada.
83. Malu kata mereka.
84. Tetapi tidakkah lebih malu apabila mereka lakukan apa yang telah saya sebutkan. Tak buka pekong pun busuk juga. Biarlah pekong di dada dibuka supaya kerana bau terlalu busuk kita akan cuba melepaskan diri daripadanya. Jika tidak ia akan menjadi lebih busuk di dalam dan akan bunuh kita.
85. Semua yang disebut ini menjadi pengkhianatan kepada pejuang bangsa dahulu. Kerosakan kerana ini lambat laun akan merosakkan masa depan kita.
86. Tetapi yang terdahsyat diantara amalan buruk kita ialah rasuah, terutama rasuah politik. Politiklah yang dapat memberi kuasa walaupun pada yang lemah dan miskin. Politik kita sewaktu perjuangan untuk kemerdekaan berjaya memberi kekuatan kepada Melayu sehingga mereka yang daif ini dapat mengalahkan kuasa besar dunia. Hanya dengan bersatu dan bertindak bersama, hanya dengan pendirian yang tegas kelemahan dapat diatasi dan kejayaan dicapai. Sesungguhnya kuasa politik kuasa ajaib.
87. Selagi ada kuasa ini kepada kita, percayalah kita akan dapat pulih segala-galanya, kita akan dapat mengatasi kelemahan kita, kita akan dapat tentukan masa depan kita.
88. Tidakkah kita lihat bagaimana daripada bangsa yang dijajah dan dihina, kuasa politik sudah mengubah nasib kita demikian sehingga kita dianggap sebagai contoh kepada bangsa-bangsa lain di dunia.
89. Bandingkan negara kita 50 tahun dahulu di waktu kita mencapai kemerdekaan dan negara kita sekarang. Negara dagang yang ke-17 terbesar di dunia. Kemiskinan dikurangkan daripada 70 peratus kepada lima peratus. Bandar sebesar bandar di negara maju, penuh dengan pencakar langit. Bekalan air, api dan kenderaan yang terkini.
90. Pendapatan per kapita yang 20 kali lebih tinggi dari 50 tahun dahulu dan lain-lain.
91. Semua ini adalah hasil kuasa politik semata-mata. Kerana kuasa politik, negara berbilang kaum, ugama, budaya dan bahasa dapat distabilkan. Dan sesungguhnya kita sudah dapat berdiri hampir sama tinggi dengan kaum-kaum lain dan bangsa-bangsa lain.
92. Tetapi sekarang kita lakukan perbuatan untuk menghakis dan menghapus kuasa politik kita.
93. Kerana wang yang sedikit, kerana 100-200 Ringgit kita jual kuasa politik, kita serah nasib kita kepada perasuah, perasuah yang akan jual bangsa dan negara.
94. Apakah akan jadi kepada kita apabila kuasa politik terlucut daripada kita? Apakah kita akan terus merdeka? Saya fikir tidak.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
95. Perhimpunan Melayu hari ini memang menjadi hak bagi kita kerana kita menghadapi masalah-masalah yang besar-besar, bukan satu tetapi banyak masalah.
96. Kita semua berasa cemas. Di mana-mana sahaja orang Melayu sedang berhimpun untuk membincang masalah mereka, kecemasan yang mereka rasai.
97. Jika pada hari ini kita dapat menyedarkan akan musibah yang sedang dan akan timpa keatas kita, jika kesedaran ini akan menyebabkan kita bertindak keras terhadap mereka diantara kita yang mencetuskan masalah ini, jika kita dapat bandingkan gejala rasuah yang menjadi ancaman terhadap kita yang terbesar sekali, maka ralatlah perhimpunan ini, berjayalah perhimpunan ini.
98. Saya tak salahkan orang lain. Saya salahkan kita sendiri. Tak mungkin orang lain menguasai kita jika kita tegas dan tidak membenarkan mereka.
99. Maju mundurnya bangsa kita terpulanglah kepada kita. Ingatlah Tuhan tidak akan ubah nasib kita melainkan kita berusaha mengubah nasib kita sendiri.
100. Oleh itu berusahalah mengubah nasib diri sendiri setelah kita berhimpun di sini untuk membincang masalah yang kita hadapi. Saya percaya perbincangan kita akan membuahkan pemikiran dan tindakan yang boleh menyelamatkan kita.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.

Saturday, March 21, 2009
DILEMA MELAYU SEBAGAI SEBUAH BANGSA ATAU ETHNIC GROUP
Melayu sebagai bangsa atau ethnic group yang dominant di Malaysia sepatutnya lebih matang di dalam membuat keputusan dan menentukan nasib dan hala tuju negara yang kita warisi ini. Tetapi realiti adalah berlainan. UMNO mungkin suatu masa dahulu dipelopori dan didokong oleh golongan pemimpin yang berwawasan dan ikhlas di dalam perjuangan bangsa, tetapi di permulaan 1990 keikhlasan di dalam perjuangan telah mulai lupus dan hilang. Digantikan dengan majoriti Melayu yang rakus dan power hungry. Element atau budaya rasuah, kroni adalah sinonim dengan negara yang membangun, tetapi "check and balance" di dalam UMNO atau Bangsa Melayu itu sendiri gagal muncul. Badan disiplin atau golongan tua sepertimana "pendekar" atau Knight tidak lagi ada di dalam bangsa melayu itu sendiri.
Ketandusan Pemimpin yang lantang atau mampu berjuang dengan ikhlas telah hilang. Budaya kipas mengipas dan juga budaya mengampu dan diberikan jawatan akan menghilangkan kelantangan perjuangan Melayu itu sendiri. Siapakah harus di persalahkan? Pemimpin atau bangsa itu sendiri? Isu ini adalah sesuatu yang komplex dan sukar jika di lihat pada satu sudut, tetapi ianya akan menjadi mudah jika adanya pencetus dan juga segelintir yang menjadi pemegang amanah bangsa Melayu itu sendiri.
Element ini pada pendapat saya tidak wujud, antara dileman Bangsa Melayu yang paling ketara sekali adalah antara nasionalis dan agama Islam itu sendiri. Melayu terbahagi kepada dua di dalam diri mereka, antara agama dan juga bangsa. Kedua-dua pemikiran ini menjadi satu faktor yang mana telah menjadi realiti dengan adanya PAS dan UMNO. Kedua dua pihak ini adalah Melayu tetapi suatu perjuangan dan landasan yang berlainan, setiap satu menjadi champion kepada pemikiran yang berlainan.
Melayu yang beragama akan membawa "Islam" mengikut pemikiran mereka sendiri, Corak perjuangan Islam sendiri juga bermazhab dan juga bermasaalah mengikut susun atur atau percaturan pemimpin mereka. Pada satu kumpulan yang lain, perjuangan bangsa menjadi keutamaan tetapi Islam juga dijaga pada tempatnya.
Jadi bagaimana kita kesudahanya? Adakah kita patut meninggalkan manifesto bangsa dan berjuang mengikut agama? Atau kita mendokong bangsa tanpa meninggalkan agama?
Inilah dilema Bangsa Melayu sekarang ini. Jika kita melihat pada versi ketiga, muncullah Melayu Keadilan atau PKR. Melayu terbahagi kepada tiga? Mungkin tidak? Ada Melayu atas pagar atau melayu western, mereka ini menjadikan dileman Bangsa Melayu kepada 4 atau lebih pemikiran dan golongan.

Friday, March 20, 2009
"KENAPA PERHIMPUNAN PRIBUMI"
"Perhimpunan ini untuk memperingati orang Melayu tentang kedudukan mereka, betapa mereka perlu hapuskan amalan yang boleh merosakkan orang Melayu." Tun Dr Mahathir
KATA KATA ALUAN SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA PADA 22 MAC, 2009.
Perhimpunan dan sidang kemuncak Pribumi Perkasa Negara ini memperingati saya akan perhimpunan-perhimpunan orang Melayu menentang cadangan Malayan Union oleh British.
Kita berhimpun kerana kita berasa cemas, seperti pada 1945-46 kita berasa cemas. Kita berasa sesuatu akan terlepas dari genggaman kita. Kita berasa mungkin kita tidak dapat pulih semula yang sudah terlepas ini. Kita berasa sesuatu perlu dibuat untuk menyelamatkan diri kita di negara kita.
Rapat rasaksasa dahulu berjaya menyedarkan kita akan kegentingan keadaan kita. Justeru itu kita bersatu dan menggemblengkan segala tenaga yang ada pada kita. Walaupun kita menghadapi satu kuasa besar tetapi dengan azam dan perpaduan kita dapat jayakan perjuangan.
Kali ini kita hadapi musuh dalam diri kita sendiri. Musuh kita ialah kelemahan kita dalam melawan nafsu, kesukaan kita kepada yang mudah, keutamaan kita kepada kepentingan masa kini tanpa mengambilkira bala di masa hadapan.
Melawan musuh dalam diri sendiri lebih sukar dari musuh luar. Sama ada kita menang atau tidak terpulang kepada kita sendiri.
Ingatlah, Allah tidak akan ubah nasib sesiapa melainkan ia berusaha mengubah nasibnya sendiri terdahulu.
Dr Mahathir bin Mohamad
Jadikan perpaduan agenda UMNO
KOTA KINABALU 20 Mac - Ketika sokongan terhadap UMNO dilihat semakin terhakis, seorang pemimpin parti itu dari Sabah hari ini menyarankan agar UMNO menjadikan perpaduan sebagai satu daripada agenda utamanya pada perhimpunan agungnya minggu depan.
Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Salleh Said Keruak, berkata, agenda itu penting kerana ia menjurus kepada pengukuhan hubungan muhibah antara kaum dan ini dapat mengembalikan kekuatan UMNO.
"Walaupun UMNO adalah parti Melayu ia seharusnya disenangi dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Salleh berkata Perhimpunan Agung UMNO dari 24 hingga 28 Mac ini merupakan pentas terbaik bagi perwakilan memilih pemimpin berwibawa yang akan menentukan corak dan hala tuju UMNO pada masa depan.
"Kita perlu barisan pemimpin yang boleh membantu bakal presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak memperkukuhkan parti serta menangani masalah ekonomi yang sedang melanda negara ini.
"Sebab itu, perwakilan perlu bijak membuat pilihan demi masa depan parti dan negara," katanya.
— Bernama
PENTINGNYA MENYELIDIK SUMBER MAKLUMAT BAGI MENENTUKAN KEBENARANNYA
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
KENAIKAN HARGA BARANG-BARANG: BETULKAH TIDAK BOLEH DIELAK?
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2267/1/
Kenaikan gaji yang tidak seimbang (antara peringkat bawah dan atas) menunjukkan sikap tidak saksama di kalangan pimpinan masyarakat.
Oleh: Kassim Ahamad
Beberapa tahun sebelum beliau meletak jawatan, saya ingat Tun Dr. Mahathir mengemukakan suatu pandangan untuk menurunkan belanja hidup yang sekarang sudah meningkat terlalu tinggi, dibanding dengan lima puluh tahun dulu. Saya tidak ingat butiran pandangan kontroversi beliau ini, tetapi saya fikir perkara ini patut kita fikirkan balik dengan serius.
Kira-kira enam puluh tahun dulu, saya ingat murid-murid sekolah membawa tiga sen: 1 sen untuk beli sebungkus nasi lemak, 1 sen lagi untuk satu kueh lain, dan 1 sen lagi untuk membeli air serbat. Hari ini untuk tiga barangan itu kita perlu membayar sekurang-kurangnya RM 1.80. Ini bermakna belanja hidup sudah meningkat enam puluh kali ganda, atau 6,000 peratus! Gaji atau upah juga telah naik dalam masa 50 tahun, tetapi kenaikannya tidak sampai 6,000 peratus; ia naik pada kadar kira-kira separuh dari kenaikan harga, iaitu 3,000 hingga 3,500 peratus. Kenaikan gaji ini merujuk kepada gaji kakitangan peringkat pertengahan dan bawah, tidak peringkat atas.

Kebanyakan ahli ekonomi liberal kita menghuraikan perkara ini dari segi kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa, yang, kata mereka, di luar kawalan kita. Soalan yang pertama yang harus kita tanya ialah sebab kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa. Adakah kerana manipulasi, atau kenaikan kos? Jika kenaikan kos, mengapa?
Mengikut ilmu ekonomi, harga barangan dan perkhidmatan ialah kos campur keuntungan pada kadar yang menasabah, iaitu antara 10% hingga 30%. Kos boleh dibahagiakn kepada kos yang sebenar dengan kos yang palsu. Kos yang sebenar terdiri daripada tanah, kilang dan jentera dan gaji dan upah kakitangan dan pekerja. Kos palsu ialah riba, pembaziaran oleh institusi itu, dan rasuah dan penyelewengan oleh pegawai-pegawainya. Dalam perniagaan, orang tengah merupakan satu kos palsu. Mengikut teori liberal Barat, riba dibolehkan, dan pembaziran, rasuah dan penyelewengan telah menjadi suatu kebiasaan di semua negara. Empat perkara inilah, khasnya riba dalam pelbagai bentuk, yang menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Ambil kes sebuah pinggan kualiti sederhana. Katalah kos sebenar ialah RM 1.00. Keuntungan maksimum 30 sen. Jadi, harganya di pasaran ialah antara RM 1.10 hingga RM 1.30. Tetapi harganya di pasaran ialah antara RM 3.00 hingga RM 5.00, iaitu 30 hingga 50 kali ganda lebih mahal. Oleh kerana dasar awam dan juga swasta memberi keutamaan kepada 20% peringkat atas daripada kakitangannya dari segi gaji, maka kenaikan belanja hidup ini memberi tekanan kepada 80% rakyat bawahan, yang gaji dan upahan mereka atas sedikit saja daripada paras kemiskinan.
Dalam sebuah ekonomi moden yang saksama dan sihat, harga barangan dan perkhidmatan dan dengan itu belanja hidup patut turun, bukan naik. Ini kerana sains dan teknologi moden meningkatkan produktiviti masyarakat berlipat kali ganda. Kalau dulu dalam masyarakat pertanian lama, produktivi seorang itu 50% dari keperluannya, maka sekarang dalam ekonomi perindustrian, dengan pembagian tenaga buruh dan dengan penggunaan sains dan teknologi, seorang boleh menghasilkan 300% atau lebih daripada keperluannya. Masyarakat perindustrian jauh lebih produktif dari masyarakat pertanian lama. Sepatutnya, masyarakat moden menurunkan kos penghasilan dan belanja hidup, kerana peningkatan produktiviti, serta meningkatkan mutu kehidupan!
Malangnya, ini tidak berlaku, kerana riba dalam pelbagai bentuk dalam sistem kewangan antarabangsa. Ini meningkatkan kos wang. Katalah riba, dalam pelbagai bentuknya, mengambil 20 % daripada kos. Kemudian ada kos-kos palsu yang lain, iaitu birokrasi, pembaziran, rasuah, penyelewengan, termasuk orang tengah. Kos-kos palsu ini akan memakan kira-kira 50% daripada keseluruhan kos. Jika kos barangan atau perkhidmatan itu, termasuk keuntungan, tidak boleh lebih dari RM 1.00, dalam pasaran mereka akan dipasarkan pada harga RM 1.50 atau lebih.
Inilah yang menyebabkan kenaikan harga barang-barang.
Dalam masyarakat liberal-kapitalis ini, barangan banyak, tetapi kebayakan rakyat tidak mampu membelinya. Oleh yang demikian, perniagaan merosot. Inilah yang menyebakan krisis demi krisis dalam masyarakat kapitalis. Tetapi ekonomi-ekonomi yang sedang membangun di Dunia Ketiga, khasnya China dan India, telah menghasilkan barangan yang jauh lebih murah, walaupun mutu barangan itu tidak sebaik barangan dari Eropah dan Amerika Syarikat. Aliran ekonomi ini akan meruntuhkan sistem liberal-kapitalis, yang menggunakan kekuatan modal untuk menindas rakyat. Peralihan perhatian rakayt kepada suatu sistem lain, termasuk di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat sendiri, akan membawa kepada perubahan sistem kewangan dan sistem ekonomi yang lebih saksama bagi semua rakyat.
Inilah yang sedang berlaku dalam masa empat lima dekad yang lalu. Sekarang proses itu sudah sampai ke peringkat akhir. Pasaran-pasaran saham di A.S, di Eropah dan di Asia Timur merudum. Beratus billion dolar lesap dalam sekedip mata. Bagaimana wang itu jadi (gelembung angin), begitu wang itu pergi!
Sesetengah pemimpin kita masih menghuni zon selesa serta menyatakan asas-asas ekonomi kita kukuh dan kita boleh melalui krisis ini dengan mudah. Jika demikian, baguslah, tetapi tidakkah lebih baik kita bersikap lebih berhati-hati dan berwaspada? Apakah bezanya sistem kewangan kita dengan sistem kewangan antarabangsa dengan riba dan kos-kos palsu lain yang telah kita sebut di atas? Tidakkah perlu kita hapuskan kos-kos palsu ini supaya kos berniaga boleh turun dan, dengan itu harga barang-barang juga boleh turun dan kehidupan rakyat boleh menjadi lebih selesa?
Sama ada semua kerajaan di dunia berbuat demikian, atau mereka akan menghadapi pemberontakan yang besar-besaran daripada rakyat mereka sendiri!

257,000 Anak Haram Di Malaysia. Petunjuk kepada masalah moral ?
Anak haram adalah anak yang dilahirkan akibat daripada hubungan seks luar nikah, dimana ianya tidak sah di sisi undang undang. Penggunaan kata haram dimaksudkan sebagai “tidak sah” dari segi hukum agama dan undang-undang. Status anak haram terjadi apabila bayi yang dilahirkan akibat hubungan intim pasangan yang belum bernikah dan akibat jenayah pemerkosaan.
Statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengatakan bahawa terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran (surat beranak) didaftarkan tanpa catatan nama bapa sejak tahun 2000 hingga 2008. Secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan (83.3) kes setiap hari.
Thursday, March 19, 2009
Langkah Mengubah Persepsi Kepada UMNO - Najib harus tumpu pada tiga keutamaan
"UMNO akan berubah. Saya tidak akan cakap sekarang tetapi saya akan cakap apabila tiba masanya."
MEMANG benar kata orang. Kecemerlangan sesuatu organisasi bergantung kepada ketua. Begitu juga dengan kehancurannya. Ia bergantung kepada kewibawaan serta ketokohan pemimpin tertinggi organisasi tersebut. Bak kata pepatah Cina, "ikan busuk bermula dari kepala."
Tidak lama lagi, dengan izin Allah, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dinobatkan sebagai nakhoda baru UMNO.
Alhamdulillah, berkat rahmat serta hidayah-Nya UMNO yang cukup sinonim dengan budaya ke-melayuan, peralihan kuasa kepimpinan berjalan dengan baik sesuai dengan prinsip Islam yang menekankan amalan syura.
Sebagai bakal orang nombor satu UMNO dan negara, Najib bakal menggalas seribu satu tanggungjawab serta amanat rakyat. Seperti biasa beliau nampak tenang, ceria serta penuh dengan keyakinan dan keazaman.
Saya tertarik dengan komen beliau kepada media selepas menghadiri Persidangan Agenda Integriti Nasional, Penilaian dan Hala Tuju di Institut Integriti Malaysia. Katanya: "UMNO akan berubah. Saya tidak akan cakap sekarang tetapi saya akan cakap apabila tiba masanya."
Kenyataan Najib itu bolehlah diibaratkan seperti azimat yang bakal menjadi penawar untuk orang Melayu.
Untuk seseorang pemimpin seperti Najib dapat menerima hakikat mengenai persepsi rakyat bahawa UMNO dan pemimpinnya sombong dan angkuh adalah satu kenyataan yang ikhlas.
Pada hemat saya, ini adalah satu permulaan yang baik daripada bakal Presiden UMNO dan juga bakal Perdana Menteri Malaysia.
Prinsip "keberanian untuk menegakkan kebenaran" seperti ini sudah tidak banyak lagi wujud pada sebahagian besar pemimpin UMNO hari ini.
UMNO secara holistik tidak ada cacat-cela. Yang silap adalah pembudayaan ahli serta pemimpinnya. Manusia mudah lupa bila sudah berkuasa. Lantaran itulah UMNO harus dilihat sebagai pembela utama kepentingan dan agenda Melayu. Najib harus membuktikannya bukan sekadar dengan kata-kata tetapi bersama tindakan. UMNO perlu melakukan perubahan secara "total".
UMNO juga harus dilihat dan membuktikan bahawa ia adil dan berjuang bersungguh-sungguh untuk kepentingan rakyat Malaysia. UMNO sebagai tonggak BN perlu bertolak ansur, saksama dan memahami kehendak rakyat.
Kalau diperhatikan, selepas tsunami 8 Mac 2008, tidak ramai pemimpin UMNO yang berani menyuarakan isi hati berhubung politik negara serta kekalutan parti-parti komponen Barisan Nasional.
Kini sudah sampai masanya untuk UMNO bangun daripada mimpi dan menghadapi realiti sebenar. Tidak guna kita menitis air mata darah sekalipun kalau rakyat menolak UMNO dan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Sekarang bukan lagi zaman untuk orang Melayu berzapin dan berdondang sayang. Kita memerlukan perubahan dalam erti kata sebenarnya.
Sejauh mana dan sekuat mana Najib mampu menggalas harapan rakyat akan mula dilihat dalam April ini.
Beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk memulihkan kepercayaan terhadap UMNO, memulihkan kuasa orang Melayu, memusnah tohmahan dan meneruskan apa yang telah bermula iaitu era kebangkitan semula UMNO.
Tiga fokus utama yang harus menjadi keutamaan beliau bila memegang tampuk kuasa ialah UMNO, ekonomi dan perpaduan kaum di negara ini.
Beliau perlu memilih pemimpin serta barisan Kabinet yang berwibawa. Najib tidak boleh lagi mendokong biawak hidup dalam Kabinet beliau.
Najib perlu berani menongkah arus - jika perlu - demi membela nasib agama, bangsa dan negara.
DR. MOHD. AZAM RAUZAN

Subscribe to:
Posts (Atom)