Friday, March 20, 2009
"KENAPA PERHIMPUNAN PRIBUMI"
"Perhimpunan ini untuk memperingati orang Melayu tentang kedudukan mereka, betapa mereka perlu hapuskan amalan yang boleh merosakkan orang Melayu." Tun Dr Mahathir
KATA KATA ALUAN SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA PADA 22 MAC, 2009.
Perhimpunan dan sidang kemuncak Pribumi Perkasa Negara ini memperingati saya akan perhimpunan-perhimpunan orang Melayu menentang cadangan Malayan Union oleh British.
Kita berhimpun kerana kita berasa cemas, seperti pada 1945-46 kita berasa cemas. Kita berasa sesuatu akan terlepas dari genggaman kita. Kita berasa mungkin kita tidak dapat pulih semula yang sudah terlepas ini. Kita berasa sesuatu perlu dibuat untuk menyelamatkan diri kita di negara kita.
Rapat rasaksasa dahulu berjaya menyedarkan kita akan kegentingan keadaan kita. Justeru itu kita bersatu dan menggemblengkan segala tenaga yang ada pada kita. Walaupun kita menghadapi satu kuasa besar tetapi dengan azam dan perpaduan kita dapat jayakan perjuangan.
Kali ini kita hadapi musuh dalam diri kita sendiri. Musuh kita ialah kelemahan kita dalam melawan nafsu, kesukaan kita kepada yang mudah, keutamaan kita kepada kepentingan masa kini tanpa mengambilkira bala di masa hadapan.
Melawan musuh dalam diri sendiri lebih sukar dari musuh luar. Sama ada kita menang atau tidak terpulang kepada kita sendiri.
Ingatlah, Allah tidak akan ubah nasib sesiapa melainkan ia berusaha mengubah nasibnya sendiri terdahulu.
Dr Mahathir bin Mohamad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment