Sunday, March 22, 2009
DAPATKAH NAJIP BERFUNGSI SEBAGAI DOKTOR PAKAR YANG DAPAT MENGUBATI PENYAKIT PERSEPSI YANG KRONIK YANG MENGANGKITI UMNO ?
Proses "mengubati penyakit persepsi yang kronik yang dihadapi oleh UMNO hanya boleh dilakukan melalui empat proses menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,iaitu seperti berikut:-
Peringkat pertama: bermula ketika mesyuarat bahagian berlangsung dengan semua bahagian memastikan pengamal politik wang tidak dicalonkan untuk bertanding sebarang jawatan. “Kalau bahagian itu jujur, mereka akan calonkan orang yang tidak sogok wang, tetapi kita tahu bahagian-bahagian UMNO telah pilih calon yang terlibat dengan sogokan wang, ini peluang pertama hendak bersihkan UMNO yang sudah hilang,”.
Peringkat kedua: ialah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Lembaga Disiplin UMNO dalam memastikan parti itu bersih sepenuhnya daripada calon-calon yang korup. “Lembaga Disiplin juga tidak berhasil, mereka masih merestui politik wang, mereka sudah hilang peluang untuk membetulkan parti atas sebab-sebab yang kita tidak tahu,”. Kredibiliti Lembaga Disiplin tercalar apabila calon yang melakukan kesalahan sama diberikan hukuman lain-lain. “Ada yang bersalah tetapi boleh bertanding. Ada yang diketahui umum mengamalkan politik wang tetapi didapati tidak bersalah,”.
Peringkat ketiga: adalah semasa pemilihan yang bakal berlangsung sempena Perhimpunan Agung UMNO minggu depan tetapi beliau bimbang perwakilan tidak menolak calon-calon yang rasuah.
Peringkat keempat atau terakhir: Najib adalah peringkat terakhir pemulihan UMNO yang memegang kunci memastikan calon-calon pengamal politik wang tidak diberi ruang dan jawatan dalam Kabinet beliau. “Peluang terakhir (membetul dan membersihkan UMNO) ada pada Najib. Kalau dia pilih orang seperti ini dalam Kabinet dia, maka peluang masa depan untuk UMNO telah luput,” katanya. Bagaimanapun Dr. Mahathir berkata, beliau setakat ini tidak nampak UMNO boleh dipulihkan.
Bagi Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, menyenaraikan dua kriteria utama untuk perwakilan mempertimbangkan sebelum mereka memberikan keputusan.
“Dalam keadaan seperti ini, Umno tidak ada pilihan tetapi memilih pemimpin dengan integriti dan kredibiliti,” katanya dengan hakikat bahawa parti ini kini dilihat telah dicemari dengan rasuah melalui tindakan-tindakan oleh sesetengah anggota.
Memberikan sentimen yang sama oleh beberapa penganalisis politik lain, Khoo berkata kegagalan memilih pemimpin yang bersih dan berkemampuan merupakan petanda “berkuburnya Umno dan Barisan Nasional (BN)”.
Seorang ahli politik Umno yang menghadiri pemilihan parti sebelum ini bersetuju bahawa beban yang dipikul perwakilan pada tahun ini adalah lebih berat kerana mereka juga perlu memberikan petanda yang sangat jelas bahawa parti telah mempelajari dan sepatutnya dalam proses untuk perubahan bagi yang lebih baik.
“Semua akan menumpukan perhatian pada pemilihan Umno tahun ini, tanpa mengira sama ada mereka adalah penyokong Umno atau bukan. Mereka mahu melihat Umno kotakan apa yang dikatakan, iaitu, pembersihan parti,” kata Encik Kibin Samad, Ketua Penerangan USBO yang juga salah seorang perwakilan USBO ke persidangan Rumpun Pribumi Malaysia.
Jika bancian pendapat dijalankan oleh beberapa institusi dipercayai, orang ramai telah membayangkan pemimpin pilihan yang diminati mereka sementara maklum balas daripada kalangan anggota Umno membayangkan bahawa pilihan mereka ialah yang berguna untuk masa depan Umno dan negara.
Malangnya, orang ramai dan kira-kira tiga juta anggota Umno tidak akan berada di Dewan Merdeka Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengundi pada minggu depan.
Masa depan di tangan 2,500 orang yang mempunyai tanggungjawab.
Seperti sesetengah orang mengatakan, sesiapa sahaja boleh bebas mengeluarkan pendapat tetapi pada akhirnya ia terpulang kepada perwakilan ini, dikenali sebagai “G6” atau “G7”, yang akan menentukan nasib calon yang berhasrat menceburi bidang politik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment