Friday, March 13, 2009

PENGURUS VS PEMIMPIN

Adakah pengurus boleh menjadi pemimpin? Dan adakah pemimpin boleh menjadi pengurus?

Pemimpin adalah individu yang berupaya untuk mempengaruhi orang lain dan mempunyai autoriti pengurusan.

Kepimpinan merupakan kebolehupayaan untuk mempengaruhi kumpulan untuk pencapaian matlamat.

TEORI AWAL TENTANG KEPIMPINAN

Terdapat beberapa kajian yang melihat perkaitan antara gaya kepimpinan dengan keberkesanan kepimpinan itu sendiri. Faktor-faktor kontingensi yang ditinjau adalah seperti kompleksiti, jenis, teknologi dan saiz projek. Manakala faktor-faktor situasi adalah seperti penyelia, norma kumpulan, jangkauan kawalan, tekanan dan ancaman luaran, dan budaya organisasi.

TEORI-TEORI KOTEMPORARI TENTANG KEPIMPINAN
Model Fiedler

Teori yang menyatakan bahawa keberkesanan kumpulan bergantung kepada pemadanan yang betul antara gaya pemimpin berinteraksi dengan subordinat dan darjah di mana situasi memberikan kawalan dan pengaruh kepada pemimpin.

Maka pembolehubah yang pertama adalah: gaya kepimpinan yang terbahagi kepada dua iaitu :
a. berorientasikan kerja
b. berorientasikan hubungan

Pengukuran yang dibuat adalah berdasarkan kepada soal selidik least-preferred co-worker (LPC) iaitu satu soal selidik yang cuba mengukur sama ada para pekerja berorientasikan kerja atau hubungan.

Teori Laluan-Matlamat (Path-Goal Theory)
[Robert House]

Teori yang menunjukkan bahawa gelagat pemimpin yang diterima oleh subordinat di mana subordinat melihatnya sebagai punca untuk kepuasan mereka pada masa sekarang atau pada masa hadapan.

Gelagat pemimpin tersebut dilihat sebagai memotivasikan pekerja sekiranya ;
a. kepuasan hati pekerja dipastikan di mana akan membawa kepada keberkesanan prestasinya
b. menyediakan unsur-unsur jurulatih, panduan, sokongan, dan ganjaran untuk pencapaian yang efektif.

Untuk menguji kenyataan tersebut, maka diwujudkan 4 gelagat pemimpin:
a. Pemimpin berorientasikan arahan
b. Pemimpin berorientasikan sokongan
c. Pemimpin berorientasikan penglibatan diri
d. Pemimpin berorientasikan pencapaian

Teori Sifat Kepimpinan (attribution theory of leadership)

Ianya berkaitan dengan persepsi dan membantu menerangkan tentang persepsi kepimpinan. Ia juga melihat pehubungan sebab-akibat. Ianya menunjukkan bagaimana individu melihat ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang pemimpin.

Teori Kepimpinan Berkarisma(charismmatic leadership theory)
Menunjukkan bagaimana pengikut meletakkan diri pemimpin mereka dengan ciri-ciri seorang wira dan keupayaan yang luar biasa dalam bertingkahlaku.

Teori Kepimpinan Bervisi (visionary leadership)

Keupayaan untuk mewujudkan visi yang realistik, berkredibiliti, dan menarik untuk masa depan organisasi atau unit organisasi. Di samping itu visi tersebut perlulah boleh membangunkan dan memperbaiki keadaan yang wujud pada masa sekarang.

Teori ini adalah melebihi jangkauan Teori Kepimpina Berkarisma, berdasarkan kepada definisi yang diberikan itu.
Kepimpinan Transaksional vs Kepimpinan Transformasional
Kepimpinan Transaksional merupakan pemimpin yang memberi panduan atau memotivasikan pengikutnya untuk mencapai matlamat melalui penjelasan memenuhi peranan dan tugas mereka.

Kepimpinan Transformasional merupakan pemimpin yang menyediakan pertimbangan dilakukan sendiri oleh pengikutnya, kebebasan intelektual, dan proses karisma.

ISU-ISU KOTEMPORARI DALAM KEPIMPINAN

Pemimpin dan Kuasa
Kuasa (power) - Kapasiti pemimpin untuk mempengaruhi tindakan atau keputusan kerja.
Kuasa Sah (Legitimate power)
Kuasa individu yang berada dalam hirarki formal di organisasi, juga dikenali sebagai autoriti.

Kuasa Paksaan (Coercive power)
Kuasa yang bergantungan kepada ketakutan atau permintaan (kuasa paksaan). Kuasa yang dapat menyebabkan individu terasa diancam, atau menyebabkan kesakitan fizikal, kecewa dengan kekangan pergerakan mereka, atau kawalan dengan paksaan terhadap keperluan asas psikologi dan keperluan.

Kuasa Ganjaran (Reward power)
Kuasa menawarkan faedah atau ganjaran yang positif.

Kuasa Kepakaran (Expert power)
Pengaruh yang terhasil daripada kepakaran, kemahiran khusus, atau pengetahuan.

Kuasa Rujukan (Referent power)
Kuasa yang wujud daripada individu yang dikenalpasti yang mempunyai sumber-sumber yang diingini atau ciri-ciri peribadi.

Mewujudkan Budaya Mempercayai

Pengikut memerlukan pemimpin yang boleh dipercayai (trust) dan berkredibiliti. Kredibiliti adalah berkaitan dengan kejujuran, berkemampuan, dan berkeupayaan untuk mendorong. Manakala kepercayaan adalah berkaitan dengan integriti, sifat, dan berkeupayaan sebagai pemimpin. Kepercayaan terdiri daripada dimensi berikut:

• Integriti (integrity) - kejujuran dan sepenuh kepercayaan
• Kemampuan (competence) - pengetahuan dan skil interpersonal dan teknikal
• Ketekalan (consistency) - kebolehpercayaan, kebolehjangkaan, dan penghakiman yang baik terhadap situasi
• Kesetiaan (loyalty) - kesanggupan untuk melindungi dan menyelamatkan maruah individu
• Keterbukaan (openness) - kesanggupan berkongsi idea dan maklumat dengan bebas

Terdapat beberapa cadangan tentang bagaimana pemimpin boleh mewujudkan rasa percaya pengikut terhadap dirinya:
• Mengamalkan keterbukaan
• Adil
• Mengutarakan perasaannya
• Memberitahu yang benar
• Menunjukkan ketekalan
• Menepati janji
• Mengekalkan keyakinan pengikut
• Mempamerkan kemampuan

No comments: