Wednesday, March 18, 2009
Anak & Bapa atau Anak Bapa ?
Pada 17 Mac 2009, Karpal Singh (Pengerusi DAP) didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan berhubung ancamannya untuk menyaman Sultan Perak. Macam biasa, Karpal tetap dengan egonya. Karpal berkata "Saya telah menceburi politik selama 40 tahun dan saya juga pernah dihadap ke mahkamah sebelum ini. Ini adalah sebahagian daripada tugas seorang ahli Parlimen untuk bercakap tanpa rasa takut," .
Tanpa rasa takut? Sikap yang sama dibuat oleh anaknya, Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong) pada 12 Mac 2009 bila menyalah gunakan kedudukan sebagai ahli parlimen untuk membuat tuduhan liar dan menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan. Anak dan bapa, sama-sama naik.
Penggantungan MP Gobind S. Deo menyerupai penggantungan ayahnya, Karpal Singh, dalam tahun 1980-an dahulu bila mana beliau menuduh Datuk Haris Salleh, mantan Ketua Menteri Sabah sebagai pemilik kepada Pulau Labuan yang kini menjadi Wilayah Persekutuan Labuan.
Penggantungan Gobind S. Deo memang berlainan sekali dengan kes penggantungan serentak seramai 8 orang ADUN Perak oleh Speaker DUN Perak yang dilihat lebih bermotifkan "politik" - sehinggahkan krisis dan kemelut politik di Perak semakin berkecamuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment