Monday, March 30, 2009
"Kepimpinan Umno Perlu Berbicara Dalam Lenggok Bahasa Komuniti Siber Dan Menjadi Pemuka Kepada Penggunaan Teknologi Sebagai Senjata Politik"
Generasi muda kepimpinan Umno perlu berbicara dalam lenggok bahasa komuniti siber dan menjadi pemuka kepada penggunaan teknologi sebagai senjata politik, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hanya dengan berbuat demikian barulah Umno boleh mengaku sebagai parti yang mewakili bisikan nurani sebenar rakyat terutama dalam kalangan generasi muda.
“Barulah kita, boleh menang dalam persaingan idea dan pertarungan pengaruh di antara parti-parti politik,” kata Timbalan Perdana Menteri.
“Suka atau tidak, kita (Umno) tidak boleh menjadikan hambatan medium ini sebagai musuh. Generasi muda kepimpinan Umno harus berperanan sebagai pelaku proaktif di tengah-tengah fenomena,” katanya.
Katanya Umno bersikap tidak acuh dengan perkembangan media baru itu pada pilihan raya umum 1999 dan lima tahun kemudian pada pilihan raya umum 2004, Umno “masih mengambil mudah kebangkitan media alternatif.”
“Kita telah alpa dengan mandat besar yang diberikan oleh rakyat (pada pilihan raya umum 2004) hatta tidak bersiap siaga untuk menghadapi peperangan alam siber.
“Natijahnya, semasa pilihan raya Mac tahun 2008, kita telah tersentak dari lamunan dek kegagalan memahami kesan pengaruh media baru,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Saudara,
Assalammualaikum,
Pendapat Datuk Najib yang saudara ‘extended’ kan dalam blog saudara memang tetap Sama sekali.
Dalam kajian, kebanyakan blog dan websites yang saya harungi ada lah berpro kepada pembangkang.
Contoh nya jarang sekali kita dapati blog yang berjiwa UMNO di daerah saya (Tuaran) atau pun di daerah saudara sendiri (Semporna).
Persoalan nya kenapa? Mungkin juga tidak ada aktiviti menarik parti UMNO diperingkat daerah untuk di blogkan. Seakan-akan keujudan parti UMNO di sana ada lah hanya bermusim. Dan untuk di miliki oleh segelintar sahaja.
Hampir-hampir tiada program yang berkonsepkan ‘turun padang’ yang d jalankan dengan lancar yang melibatkan ahli-ahli di peringkat akar umbi. Ketua-ketua cawangan di biarkan tanpa panduan yang berterusan.
Kerana pertalian saudara dan sahabat, rungutan-rungutan ini kekadang mereka keluarkan kepada saya. Secara amnya tiada apa yang boleh saya buat, kerana kehadiran saya tidak dikehendaki oleh UMNO. Menurut mereka ideologi saya terlalu hyper, susah untuk di fahami oleh kebanyakan pemimpin di peringkat daerah.
Namun sebagai anak bumiputera yang beragama Islam saya turut bersedih jua. Apa lagi bila mengenangkan, kebanyakan keluarga saya ada lah pro-UMNO dan BN.
Walaikumsalam Brader,
Niat saya untuk ‘extended’ pendapat Datuk Najib supaya messej yang dibawah oleh Datuk Najib dapat tersebar luas dan diharap para bloger dapat membantu untuk mengwar-warkan mesej tersebut kepada komuniti keseluruhannya.
Post a Comment