Wednesday, March 18, 2009

Betulkah Keputusan Lembaga Disiplin Umno Menimbulkan Pelbagai Prasangka ?

Penganalisi politik macam sekata bahawa tindakan lembaga disiplin Umno yang mengenakan tindakan terhadap ahli-ahli parti yang didapati bersalah berhubung politik wang pada saat-saat akhir sebelum pemilihan parti akan menimbulkan prasangka di kalangan rakyat.

Jika Umno mahu mengambil tindakan yang telus, siasatan berhubung politik wang seharusnya dijalankan sebelum proses pemilihan peringkat bahagian dan bukannya menjelang pemilihan parti yang hanya akan berlangsung minggu depan.

Antara kesan daripada tindakan disiplin yang telah diambil ialah motif tindakan telah dan sedang dipertikaikan sehinggakan boleh mengwujudkan polimik tafsiran dan persepsi bahwa justifikasi tindakan adalah untuk membersihkan kotoran daripada politik wang menjadi subjek menarik untuk diperbahaskan sehingga menimbulkan konflik pelbagai tafsiran.

No comments: