Friday, March 6, 2009

KEPENTINGAN MAKANAN HALAL BAGI SELURUH MANUSIA

Firman Allah (s.w.t.) :

“ Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”

( Surah Al Baqarah :168 )

Al-Hafizh Abu Bakar bin Mardawaih meriwayatkan dari Ibnu Abbas,

dia berkata:

“ Saya membaca ayat, ‘ Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang ada di bumi’ di dekat Nabi saw. Lalu Sa’ad bin Abi Waqash berdiri seraya berkata, ‘Ya Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar kiranya doaku dikabulkan’. Maka Nabi bersabda, ‘Hai Sa’ad, perbaikilah makananmu nescaya doamu akan dikabulkan’. Demi Dzat yang diri Muhammad ada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, maka ibadatnya tidak akan diterima Allah selama 40 hari. Hamba mana saja yang dagingnya tumbuh dari barang haram dan riba, maka api neraka lebih layak untuk melahapnya” “ Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. ” ( Surah Al-Maidah : 1)

Sebagai persiapan membina keluarga yang bahagia, kita mesti berusaha untuk melaksanakan arahan Allah s.w.t. ini sebaik mungkin. Marilah kita perhatikan beberapa aspek penting seperti

a) Sudut halal dan haram makanan.

Manusia mesti meneliti soal halal dan haram dalam makanan kerana ia membabitkan status hukum dan kesan positif dan negatif dalam kehidupan individu dan masyarakat umumnya.

b) Sudut zat dan mutu makanan.

Dalam konteks zaman moden, perkataan halal mempunyai madlulnya yang tidak jauh bezanya dengan perbincangan fiqh, sekadar ia bersifat ringkas memenuhi kehendak pihak yang mengeluarkan permit dan lesen perniagaan. Perintah Perihal Dagangan (penggunaan perbahasan Halal) 1975 mentakrifkan perkataaan “ Halal ”, “ makanan orang Islam” atau makanan “ditanggung Halal ” bererti:

a) Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak,

b) Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak,

c) Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak; dan

d) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) dan (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.


DILEM A, SANGKAAN DAN SENARIO PARA PENGGUNA DAN PENIAGA DAN DILEMA PIHAK BERKUASA.

DILEMA YANG MUNGKIN BERLAKU

1. Barangan dalam negarapun banyak yang tak halal.

2. Logo palsu banyak ditemui, perkataan halal digunakan sewenang-wenangnya.

3. Sekerap mana pemeriksaan dibuat? Adakah kursus untuk pemilik dan operator?

4. Peniaga meletakkan jenama mirip Melayu/Islam sebagai tarikan pelanggan.

5. Peniaga bukan Islam juga pakai nama mamak.

6. Terdapat kasut, beg,jaket, tali jam, sofa, sarung tangan juga dibuat dari kulit babi.

7. Majoriti jenama ubat gigi terkenal mengguna tulang sebagai bahan utama. Tulang apakah itu.

8. Insulin dari bahan meragukan, sarung kapsul bergelatin babi, Vaksin?

9. Pihak antarabangsa dikuatiri mula meraguinya.

10. Mungkin pengguna diperguna.

11. Babi juga dibungkusan halal.

12. Para pengeluar tidak merasa perlu mohon sijil halal.

13. Yang ada hanya peraturan label KPDN.

14. Kes Ayam campur babi, denda

APA YANG PENGGUNA HARAPKAN

1. Semua barangan yang masuk Malaysia adalah HALAL

2. Semua logo/label halal adalah halal.

3. Semua label tulen adalah sentiasa halal.

4. Semua jenama Islam/Melayu adalah halal.

5. Semua restoran Mamak adalah Halal.

6. Semua pakaian adalah halal.

7. Semua ubat gigi adalah halal.

8. Semua ubat adalah halal.

9. Logo halal malaysia kebanggaan kita.

10. Pengguna ada hak pengguna.

11. Bungkusan bertanda halal hanya untuk produk halal.

12. Barangan berjenama semua halal.

13. Undang-undang Agama Islam ada.

14. Kerajaan mesti bertindak.

HARAPAN PENGGUNA

1. Kalau ada barang haram mesti kena rampas.

2. Para pegawai pasti terlatih dan bertanggungjawab.

3. Orang jahat pasti tertangkap.

4. Barang ternama dan lama di pasaran, mestilah halal, kalau tidak takkan boleh jual?

5. Made in Malaysia sure halal.

6. Banyaknya logo halal, yang mana satu ni? Tak bolehkah hanya pakai satu yang standard?

7. Mana nak buat aduan ni? Jenayah sedang berlaku?

DILEMA PIHAK BERKUASA

1. Memerlukan maklumat untuk bertindak.

2. Telah mencuba sedaya upaya, malangnya kakitangan tidak mencukupi.

3. Bagaimana nak membuktikannya?

4. Tidak berkuasa memaksa semua pengusaha menggunakan status halal.

5. Isu logo sebanyak-banyaknya agar perniagaan maju.

6. Terpaksa mengadap Raja-raja dan majlis agama negeri-negeri.

7. Polis nak charge apa? Jakim, tak boleh masuk kedai kerana tiada kuasa.

KPDNHEP, nak sahkan tak halal bagaimana? PPIM hanyalah sebuah NGO sukarelawan. Pendakwa, ayam dah jadi gulai bagaimana nak buktikan tidak halal?. Hakim, terpaksa buang kes.

DILEMA PENIAGA DAN PENGELUAR

1. Bolehkah barangan ini dijual dulu.

2. Tidak sangka barangnya tercemar najis dan tidak halal.

3. Pekerja kurang mahir.

4. Ia melibatkan kos, nanti pengguna yang kena bayar.

5. Bolehkah import dari China, tulis Made in Malaysia. Tidak pasti samada katak itu halal?

6. Adakah boleh kita Sendiri tulis perkataan halal? Pakai nama Ahmad boleh tak.

7. Jika bersalah, kena saman. Rugi.

KESIMPULAN

CADANGAN PENYELESAIAN MELALUI PENGUBALAN AKTA HALAL HARAM BARANGAN MALAYSIA

Pembuktian halal haram, terhadap barangan makanan, barangan pengguna dan industri tidak lagi menjadi bebanan pengguna dan pendakwa, sebaliknya pengeluar dan peniaga yang memperolehi imbuhan keuntungan, yang wajib membuktikan barangan yang dijual kepada masyarakat Islam adalah halal. Sementara label “HALAL” tidak lagi diperlukan sebaliknya label “TIDAK HALAL” perlu di keluarkan oleh pengeluar sendiri atas semua barangan tidak halal. Jika didapati terdapat unsur tidak halal dalam sesuatu barangan yang tidak berlabel “TIDAK HALAL” maka peniaga terlibat boleh didakwa di mahkamah di bawah akta ini. Ini termasuk juga peniaga yang tidak mengasingkan mengikut peraturan minima antara barangan halal dengan barangan haram. Secara tidak langsung, para peniaga yang ingin berniaga di negara ini akan mempunyai kesedaran untuk memastikan barangan mereka tidak bercanggah dengan agama rasmi Malaysia. Akta ini secara jelas akan meningkatkan permintaan barangan halal samada barangan makanan, barangan pengguna ataupun barangan keperluan industri. Impaknya sudah pasti akan menaikkan taraf ekonomi peniaga bumiputra sendiri. Dari satu segi, masyarakat peniaga akan mula meningkatkan pengetahuan fasal halal haram dalam agama Islam. Ini akan menjadikan agama Islam akan lebih difahami dan dihormati oleh mereka. Akibatnya, tahap tolenransi antara agama di negara ini dapat ditingkatkan dan mengujudkan masyarakat majmuk yang harmoni dan saling mengenali. Dari segi politik pula, kerajaan yang selama ini dianggap kurang Islam oleh pihak pembangkang akan mengukuhkan sokongan rakyat kepadanya. Senario politik hari ini lebih cenderung kepada soal agama dan dengan adanya akta ini maka ia akan menjadi dasar yang baik dalam menangani tohmahan pihak pembangkang. Harapan pengguna Islam di negara ini adalah supaya kerajaan dapat membela nasib mereka melalui akta ini. Rungutan demi rungutan telah dibuat bertahun-tahun dan kini tibalah masanya untuk kita sama-sama mengambil langkah drastik bagi mendaulatkan kesucian agama dengan mengujudkan Akta Halal-Haram Barangan Malaysia.

No comments: